Monday, November 26, 2012

TERDESAK, PAKATAN EDAR BORANG BR1M PALSU.

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.

Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, PKR telah mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M ini bersama-sama denga flyer maklumat dari kerajaan negeri, satu perkara yang kita nampak mahu mensabotaj BR1M ini kerana mahu mengumpulkan boring-borang yang siap diisi oleh pemohon.

“Perkara ini telah berlaku sebelum ini, dan borang yang dikembalikan hilang di tengah jalan. Kita tak tahu ke mana pergi borang ini (borang yang dihantar kepada pihak PKR). Ini merupakan satu unsur sabotaj dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka yang membantu rakyat dengan memainkan peranan PKR membuat gerakan mengedarkan borang ini (dengan kepala surat PKR Selayang),  ke seluruh pangsapuri-pangsapuri di Selangor.

Kita nak maklumkan kepada rakyat agar jangan tertipu, kerana borang BR1M ini boleh didapati di tempat yang betul, dan pulangkan semula ke tempat yang betul. Hari ini, gerakan telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda, pejabat wakil-wakil Rakyat BN, bukannya melalui PKR.

“Kerajaan Pusat tidak pernah melantik mana-mana agen dari PKR untuk mengedarkan borang BR1M ini. Kekhuatiran kita adalah bila borang ini dipulangkan kepada PKR, mereka boleh sahaja mensabotaj dan membuat berbagai-bagai perkara lagi, namun dalam masa yang sama mereka cuba mengagalkan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat melalui BR1M ini.
Ini perbuatan terdesak PKR untuk mengekalkan kuasa sehingga terpaksa mengangkat BR1M ini sebagai elemen-elemen untuk membolehkan mereka mendapat sokongan kembali,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Sehubungan dengan itu, Sohaimi mengajak pemimpin dan ahli-ahli PKR untuk menyertai Barisan Nasional memandangkan usaha ini mereka ini juga secara tidak langsung membuktikan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui BR1M ini merupakan satu usaha yang baik untuk rakyat.

“Kini mereka mengakui BR1M ini adalah satu daya tarikan kepada baik, satu contoh pemberian terus kepada rakyat yang layak. Kita minta pihak PKR menghentikan usaha jahat mereka ini, atau mereka boleh masuk BN jika mereka mengakui BR1M merupakan satu perkara baik untuk rakyat” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Sumber

Saturday, November 24, 2012

2,020 IBU TUNGGAL SAMAN KERAJAAN NEGERI.


Seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal memberikan elaun ibu tunggal seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.
Tuntutan itu difailkan melalui tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, pagi tadi.
Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.
Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
September lalu, seramai 711 pengguna air Selangor, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.-22/11/2012
AGENDADAILY

Sunday, November 18, 2012

PEMUDA UMNO SELAYANG EDAR BORANG BRIM 2.0






Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO telah mengambil inisiatif untuk  mengedarkan lebih 3,000 borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada orang ramai di Pasar Raya Mydin, Taman Selayang Utama semalam dan di kedai roti canai Kamal Selayang Indah pagi tadi.

Gerakkerja ini diketuai pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan dan diedarkan oleh ahli jawatankuasa Biro Ekonomi selain Pemuda Selayang bagi membantu golongan sasar mendapatkan maklumat mengenai bantuan itu.

Jentera kita mengedar dan membuka kaunter sebagai pendekatan membantu golongan sasar mengisi borang permohonan BRIM 2.0. 

SUMBER SAHABAT GUNUNG.

Wednesday, November 14, 2012

MANA PERGI 'JANJI YANG DITABUR' ?



Baru Khalid Brahim nak tenangkan kepalanya apabila dah hampir 3 minggu takde lagi rakyat Selangor yang bangun menuntut hak mereka …. Untuk mendapatkan air percuma sebagaimana yang dijanjikan oleh PKR dan PAS Selangor pada PRU12 yang lalu …..

Rupanya, selepas Aparmen Mawar di Bukit Beruntung mengadakan demostrasi menuntut air percuma kira-kira 3 minggu lalu, baru-baru ini penduduk di Aparmen Lestari di Damansara Damai pula tampil bagi menuntut hak yang sama …..

Malas nak cakap banyak, yang pastinya 2013, kes tuntutan saman ini akan dimulakan di mahkamah …. Apa yang Khalid nak jawab plak lepas nie ….

GPRS