Thursday, March 31, 2011

ISU VIDEO SEKS , PENUBUHAN SURUHANJAYA PERLU DISEGERAKAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Sepanjang minggu ini suhu politik tanah air nampaknya makin hangat. Isu video seks yang didakwa dilakonkan oleh seorang pemimpin pembangkang semakin mendapat tempat di arus media maya.

2. Pelbagai andaian dilakukan. Spekulatif mengenai isu juga sudah menuju ke tahap yang tidak boleh dikawal.

3. Saya mempunyai pandangan yang hampir sama dengan beberapa pemimpin. Jelas terdapat beberapa orang pemimpin pakatan yang nampaknya lebih rasional dalam mengeluarkan pandangan.

4. Dato Zaid Ibrahim, Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas Nasarudin Tantawi lebih mengambil pendekatan terbuka. Satu Suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan permaslahan ini.

5. Malah saranan Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu sidang media pertamanya juga amatlah saya alu-alukan. Suruhanjaya ini harus disertai antaranya dikalangan pemimpin utama parti pembangkang. Datin Seri Wan Azizah, Dato Seri Haji Hadi, Lim Kit Siang dan beberapa kenamaan dan tokoh perlu dikumpulkan dalam penubuhan Suruhanjaya ini.

6. Tujuan ini bermatlamat murni, mengelakkan segala idea tuduh menuduh selepas siatan lengkap dijalankan oleh Suruhanjaya.

7. Kepada rakyat amnya, saya meminta agar kita bersabar. Biar pihak polis selesai menjalankan siasatan dan sekiranya masih terdapat ketidakpuasan hati, maka alternatif terbaik adalah menjemput semua pihak yang berkaitan untuk menyertai Suruhanjaya ini.

Monday, March 28, 2011

JANJI PRK HULU SELANGOR ?

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Pada bulan April ini genaplah  setahun berlangsungnya Pilihanraya  Kecil Parlimen Hulu Selangor.

2. Pada ketika itu momentum kezaliman Pakatan Selangor yang menganiaya Yayasan Basmi Kemiskinan menjadi topik utama.

3.Seingat saya YBK dijadikan entiti musuh utama Kerajaan Pakatan hanya kerana mereka tidak mahu melantik Khalid Ibrahim sebagai bos besar yang baru.

4.Kenapa YBK dijadikan sasaran utama Pakatan Selangor ? Kerana projek pembinaan kampus besar UITM di Serendah tidak menguntungkan pakatan dari sudut politik.

5. Hari ini projek tersebut sudah berpindah ke Kampus Merlimau di Melaka. Dalam ucapan sewaktu upacara pecah tanah ,Perdana Menteri Dato' Seri Najib ada menyebut rakyat selangor kerugian besar dari segi pendapatan ekonomi gara-gara  mainan politik yang merugikan dari Pakatan.

6.Sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, demi untuk menutup  kelemahan Pakatan kerana menolak pembinaan Kampus UITM di Serendah, mereka secara kontranya telah menjanjikan pembinaan sebuah universiti madinah/mekah di Serendah.

7. Apa sudah jadi dengan janji ini ?

Friday, March 25, 2011

PERHATIKAN 2 KERATAN AKHBAR INI .

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Saya memohon agar pembaca dapat memerhatikan 2 tajuk yang saya ambil ini. 

2. Isunya mengenai pengharaman judi di kelantan yang kecoh diperdebatkan dikalangan pemimpin pakatan.

3. Dalam keratan pertama, kelihatan Exco Kanan Pakatan Selangor iaitu Theresa Kok memberi amaran kepada Pas Kelantan agar tidak mempolitikkan isu judi di sana (Kelantan).
4. Seperti diduga, Khalid Ibrahim dalam jawapan balasnya mengenai isu judi berkata,

Wednesday, March 23, 2011

ORKESTRA POLITIK PAKATAN YANG MEMUALKAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Entah sampai bila agaknya rakyat boleh mengangkat pemimpin pakatan untuk layak diletakkan sebagai gabungan pembangkang yang efisen ? Tak habis-habis dengan sensasi dan gimik politik penuh membosankan.

2. Saya meneliti pergerakan pembangkang sebelum pilihanraya 2008. Janji ditabur hingga ke tahap bulan dan bintang pun mereka kata rakyat boleh sentuh. Penambahbaikan ekonomi dijaja hebatnya laksana pujangga purba yang mengkhayalkan pendengarnya.

3. Namun setelah 3 tahun berkuasa, yang tertera di depan mata rakyat hanyalah retorik politik semata-mata. Khalid Ibrahim yang dijaja namanya sebagai pelaksana pentadir ekonomi yang hebat sudah tumbang jatuh tersembam. Yayasan Selangor yang ditubuhkan selepas DEB mengalami defisit kewangan. Itu tidak termasuk lagi akan defisit Belanjawan Negeri yang dialami 2 tahun berturut-turut.

4.Persoalan moral dan isu seks nampak gayanya tidak dapat dipisahkan dengan mereka. Adun yang bersekedudukan diangkat menjadi wirawati sejati. Kini timbul pula skandal seks pemimpin yang disanjungi.

5. Pendedahan isu video seks ini tampak jelas punyai motif tersembunyi. Rakyat seharusnya tidak dilalaikan dengan persoalan pokok dalam isu liwat. Encik Anwar harus tampil memberikan DNAnya. Berani kerana benar takut kerana salah.

6. Sayang pujangga keramat pujaan penyokong anwar tak dihayati sepenuhnya oleh beliau sendiri. Sebaliknya permaslahan diri habis semua dituding kepada orang lain. Dalam isu video seks terbaru, mereka berkata ini konspirasi peringkat tertinggi. Aduhai pakatan. 

7. Persoalan sepatutnya dijawap dengan jawapan,tetapi yang mereka lontarkan adalah tohmahan. DS Najib telah difitnah dengan sebegitu rakus sekali. Bertahun lamanya fitnah ini berleluasa. Namun atas dasar berani kerana benar,sudah 2 kali DS Najib bersumpah menafikan dakwaan. Bukan sekadar itu, DNA pun sanggup diberi demi membuktikan cerita mereka itu hanyalah fitnah sahaja.

8. Memalukan apabila saya melihat pimpinan pas pun sanggup menjebakkan diri dalam kancah politik gaya anwar ibrahim. Kenapa mereka tidak mendesak anwar memberikan DNA juga menimbulkan persoalan. Adakah  mereka takut kehilangan undi atau maruah sudah dibeli  ?

9. Pandangan saya mudah. Rakyat sudah dipertontonkan dengan orkestra politik yang merugikan selama 3 tahun pakatan memerintah. Ayuh kita ubah sebelum negara menjadi rebah !

Sunday, March 20, 2011

KHALID MEMALUKAN : KENYATAAN SAYA DI AKHBAR SINAR.

 Khalid memalukan
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kegagalan urus tadbir Yayasan Selangor yang berperanan besar dalam membantu pendidikan dan kebajikan rakyat negeri ini.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, defisit RM7.41 juta Yayasan Selangor disifatkan sebagai keadaan amat memalukan dan peranan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu boleh dipersoalkan.

“Sepatutnya, beliau mengawal hala tuju dan merangka dengan baik perjalanan yayasan itu dengan menjaga kepentingan pendidikan dan kebajikan. Abdul Khalid perlu letak jawatan kerana apa yang berlaku di yayasan itu membuktikan kelemahan- kelemahan di bawah pentadbirannya menuju kepada kehancuran kerana Selangor menjadi semakin teruk di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat Selangor mengenai kronologi yang berlaku melibatkan yayasan itu kerana rakyat berhak untuk tahu perkara sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu sedar kelemahan pentadbiran PR yang gagal menguruskan yayasan dengan baik dan mereka pandai membuat janji kosong dan retorik sahaja kerana tidak menunaikan janji.

Laporan Audit yang diedarkan kepada media, kelmarin menyebut Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar.

Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa singkat yang diluluskan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui Circular Resolusi tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.

Semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun- elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.

Friday, March 18, 2011

KHALID IBRAHIM MAHU UBAH UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi mencetus gimik politik yang kurang bijak. Adakala ia kelihatan cukup bodoh dan sungguh memualkan.

2. Kenyataan beliau semalam yang mengakui jawatan SUK negeri tidak semestinya berbangsa melayu cukup menghinakan. Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar . 'Similarly I dont believe that a state secretary has to be Malay especially in a multi -ethnic and international state like Selangor.'

3. Berbeza pula dengan Enakmen Kerajaan Negeri Selangor yang mencatatkan bahawasanya :

Artikel 52 : Perlantikan Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri,Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

(2)(a) Ketua Setiausaha Negeri yang berbangsa Melayu dan Beragama Islam adalah Ketua Pentadbir di Selangor yang tugasnya mengawalselia perjalanan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

4. Sungguh dangkal corak pemikiran Khalid Ibrahim, melayu yang lupa diri. Tidak habis-habis lidahnya bercakap bagi pihak DAP. 

ISU BIBLE AL KITAB : PERINGATAN PENTING KEPADA RAKYAT SELANGOR.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1.Di bawah ini adalah transkrip dan pesanan penting daripada Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid yang mengupas mengenai isu Bible Al Kitab.

2.Setelah membaca kenyataan Mufti Selangor, rakyat selangor menanti tindakbalas kerajaan Pakatan Selangor  samada akan mencabar atau menyanggah gesaan Mufti ?

3. Kita menantikan jawapan bertulis Dato Dr Hasan Ali yang mengetuai Exco Agama Islam di Selangor mengenai isu ini.

4. Apa pula respon Khalid Ibrahim ? Adakah dia berani menyanggah gesaan Mufti.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu.

NONETamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya
.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.

Thursday, March 17, 2011

DNA : ALAHAI ENCIK ANWAR.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Seantero dunia sedang memerhatikan klimaks perbicaraan kes liwat antara anwar ibrahim dan mangsanya.

2.Dalih untuk menangguhkan kes sudah habis digunapakai. Peguam demam,surat teknikal dan pelbagai bantahan terpaksa mahkamah layan bagi memberikan ruang yang sepenuhnya untuk encik anwar berbicara.

3.Tatkala pakar perubatan mendedahkan ada kesan air mani 'Lelaki Y' di dalam dubur mangsa, encik anwar terpinga-pinga.

4. Mengikut kronologi perbicaraan, mangsa ada memberitahu mahkamah  bahawasanya encik anwar telah xxxxxxx. Agak memalukan untuk saya menulis ayat seterusnya namun saya yakini majoriti rakyat tahu apa yang encik anwar lakukan sewaktu proses 'itu'.

5. Kad penentu sebenarnya sudah berada di tangan encik anwar. Jika encik anwar memberikan sampel DNAnya, maka kes ini dijangka selesai.

6.Sayang encik anwar cukup risau dan keberatan memberikan jawapan. Jika ini dianggap perbicaraan konspirasi maka sewajarnya encik anwar membersihkan namanya 'once and for all'.

7.Sayang seribu kali sayang. isu DNA ini telah menakutkan bekas pejuang yang hebat oratornya sewaktu berbicara. Mana perginya slogan 'Lawan tetap Lawan' dan 'Membujur lalu melintang patah' ?

8.Ayuh encik anwar, sambutlah desakan seluruh rakyat Malaysia yang mahukan anda memberikan DNA. Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah !

Wednesday, March 16, 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
 
1. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas pelancaran 'Skim Rumah Pertamaku' selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian di Utamakan.

2. Pelancaran skim ini bagi saya tepat pada masanya, ketika harga hartanah di negara ini dikatakan semakin meningkat kerajaan melancarkan skim berkenaan bagi
membantu memudahkan golongan muda di negara ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 untuk memiliki kediaman sendiri.  Orang muda perlu cepat dan bijak merebut peluang yg di lancarkan oleh kerajaan ini.

3. Melalui skim ini golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan
mampu memiliki kediaman berharga RM220,000 kebawah. Ia sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk memiliki aset sebagai jaminan masa depan.

4. Pelancaran skim berkenaan juga membuktikan kerajaan prihatin dan mendengar kehendak
rakyat. Malah,cadangan ini telah di usulkan oleh Pemuda BN sendiri melalui kajian Makmal Generasi Muda ataupun BN Youth Lab yang mengemukakan pandangan dari org muda di peringkat akar umbi akhirnya mendapat perhatian positif dari kerajaan.

5. Makmal Generasi Muda sebelum ini mencadangkan kerajaan supaya menyediakan kemudahan pinjaman-ekuiti perumahan bagi mereka yang layak melalui bank swasta.

6. Hasil daripada kajian makmal berkenaan terhadap 1,000 golongan muda yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, mereka menyatakan keinginan untuk memiliki kediaman sendiri.

7. Skim 'Homebuy Direct' yang dilaksanakan di United Kingdom di mana kerajaan dan pihak pemaju memiliki 30 peratus ekuiti rumah dan pembeli memiliki 70 peratus pada masa pembelian adalah salah satu contoh terbaik dan boleh
dijadikan panduan bagi melaksanakan skim berkenaan.

8. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah tentu akan memainkan peranannya denganlebih berkesan bagi menjayakan skim berkenaan dengan
menyediakan rumah pada harga yang mampu dimiliki golongan muda.

9. Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memantau pelaksanaan skim terbabit dan pihak perbankan yang mengambil bahagian perlu mengurangkan birokrasi dengan
memudahkan pinjaman kepada mereka yang layak.

10.Sebelum ini sudah banyak kerajaan melancarkan skim bagi membantu golongan muda seperti pinjaman perniagaan, tetapi karenah pihak bank yang mengambil
bahagian serta syarat dikenakan menyebabkan mereka gagal mendapat pinjaman. Tidak kurang juga yang tidak tahu dengan skim diperkenalkan kerajaan.

11.Kerajaan juga mungkin bole mempertimbangkan semula had jumlah pinjaman kepada
golongan ini supaya tidak terhad kepada rumah berharga RM220,000 ke bawah saja tetapi di lanjutkan ke RM250,000 kerana kos kediaman di bandar kini semakin tinggi.    
                             
12. sykt pemaju juga perlu aktif mempromosikan skim ini dan bersama2 membantu kerajaan menjayakan prog ini secara konsisten 

13-manakala pihak bank pula dimintak jgn terlalu banyak birokrasi dan pelbagai syarat2 tambahan yg remeh temeh sehinggakan pemohon2 gagal mendapat pinjaman.  

14-saya juga mencadangkan CTOS tidak di jd kan rujukan dlm mempertimbangkan pinjaman skim ini kerana CTOS sering tidak update dan tidak mengeluarkan nama2 peminjam yg telah melunaskan pinjaman sblm ini.   
                                                     
15-Agensi dan bank yg mengambil bahagian perlu juga mempromosikan skim ini melalui pelbagai media termasuk media baru supaya rakyat sedar ttg keujudan prog skim rumah pertamaku.               
16- ini semua adalah tanda keikhlasan kerajaan utk membantu golongan muda dan prihatin dgn rakyat bukan sekadar rektorik dan janji2 kosong.

Tuesday, March 15, 2011

RUMAH KEBAJIKAN WAJIB DIBANTU.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1.Keratan akhbar di atas adalah rencana tulisan saya yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian semalam.

2.Saya menulis akan keperluan sektor korporat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu Rumah Kebajikan yang saya lihat kurang mendapat perhatian yang sewajarnya.

3.Pandangan saya ini berasaskan kepada pengalaman kami ( Pemuda Umno Selayang) yang pada waktu ini ada membantu secara yang berpatutan sebuah rumah kebajikan berlokasi di Rawang,Selangor. Kami membantu sekadar yang termampu namun Rumah Kebajikan ini masih tidak mendapat geran ataupun bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

4. Kes ini adalah mikro dan terpencil, namun jika dikumpulkan data berkemungkinan ada banyak lagi Rumah Kebajikan yang tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada JKM.

5.Keperluan Rumah Kebajikan seperti ini tidak hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja, ia melangkaui  bantuan sepanjang tahun.

6.Sewajarnya syarikat korporat juga diharap dapat membantu mengurangkan permaslahan yang dialami oleh Rumah Kebajikan. Selain bantuan pada musim perayaan, kumpulan sasaran  ini juga memerlukan bantuan langsung yang adakalanya membabitkan bantuan untuk menanggung kos pembelajaran dan kesihatan penghuni.

7.Bantuan secara menyeluruh merangkumi seluruh aspek amatlah diharapkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Rumah Kebajikan. Saya yakin dengan bantuan sedemikian, fokus penjaga-penjaga di rumah kebajikan ini dapat diatur semula.

Monday, March 14, 2011

TSUNAMI JEPUN : SELAMATKAN SEGERA RAKYAT MALAYSIA.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1.Di bawah ini adalah petikan kenyataan saya yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai malapetakan yang melanda Jepun. Saya menyeru agar tindakan segera diambil untuk menyelamatkan rakyat kita yang berada di sana.

2. Keadaan gempar bumi susulan berlaku lagi hari ini.

KUALA LUMPUR 13 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan bertindak segera bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di Jepun daripada ancaman letupan loji tenaga nuklear Fukushima.

Exco Pemudanya, Datuk Shohaimi Shahadan berkata, tindakan lebih proaktif perlu kerana kesan penyebaran radioaktif mampu membawa maut serta mengakibatkan pelbagai kesan sampingan berpanjangan.

Selain itu, beliau juga menggesa syarikat milik kerajaan (GLC) dan korporat bersama-sama kerajaan dengan menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana berkenaan.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, Shohaimi juga menggesa agar penuntut yang kehilangan tempat belajar diberi peluang menyambung pengajian di dalam negara atau luar negara melalui insentif khas.

"Sementara itu, rakyat Malaysia yang kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan juga perlu diberikan bantuan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan," katanya.

Akibat kesan gempa bumi Jumaat lalu, satu letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima mengakibatkan empat pekerjanya cedera dan bumbung sebuah bangunan yang menempatkan reaktor di loji tersebut dipercayai runtuh.

Berikutan itu, bahan radioaktif caesium yang biasanya menandakan kecairan reaktor telah dikesan di kawasan sekitar loji tersebut di Fukushima, 240 kilometer ke utara Tokyo. 

Sepasukan juruteknik kini berusaha melepaskan tekanan suhu dari reaktor di loji itu untuk mengelakkan kecairan reaktor.

Kerajaan Jepun sebelum itu, memberi amaran mengenai kebocoran bahan radioaktif di reaktor nuklear yang rosak apabila gempa bumi kuat dan tsunami melanda kawasan pantai di timur laut negara tersebut, tetapi menyifatkan risiko pencemaran radiasi sebagai kecil.

MAJLIS PERASMIAN BERKELOMPOK 135 CAWANGAN BAHAGIAN SELAYANG.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Pada 12hb Mac 2011, telah diadakan satu majlis  Perasmian Berkelompok 135 Cawangan Umno dalam Bahagian Selayang.

2.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Naib Presiden Umno.

3.Insyaallah perasmian secara berkelompok untuk kesemua 135 cawangan umno akan menjadi katalis kebangkitan perjuangan kita untuk merampas semula Negeri Selangor pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

4.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal kerana sudi merasmikan majlis ini. Kepada hadiran dan ahli umno yang turut hadir, ayuh kita perkuatkan saf perjuangan .

Saturday, March 12, 2011

BUKU JINGGA : OMONGAN KOSONG PEMBANGKANG.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Semalam saya telah mengeluarkan kenyataan di akhbar sinar harian akan cita-cita mat jenin pakatan yang mahu mengubah lanskap sosio politik negara melalui perlaksaan janji 100 hari Buku Jingga.

2. Di dalam Buku Jingga tersebut ada dinyatakan akan 10 janji pembangkang ke arah memenangi pilihanraya umum akan datang.

3. Janji ? Janji adalah makanan politik utama yang kerap dimainkan oleh pembangkang. Bagaimana janji pembangkang yang mahu membelanjakan wang sebanyk RM19.2 billion wajar dipersoalkan semula oleh rakyat. Dari mana datangnya peruntukan sebanyak itu ? Adakah dengan konsep gali lubang tutup lubang yang sedang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan di Selangor akan diulang semula konsep sekiranya mereka memerintah negara ?

4. Janji Buku Jingga adalah mahu menyelesaikan permaslahan rakyat dalam masa 100 hari. Rakyat harus menilai semula prestasi Kerajaan Pas Kelantan yang ternyata gagal dalam mengurangkan kadar pengangguran. Di tambah pula dengan kualiti bekalan air yang masih gagal di atasi oleh mereka. Jika 20 tahun memerintah pun  mereka gagal dalam melaksana dasar, apatahlagi janji 100 hari ?

5. Merakyatkan ekonomi merupakan salah satu utama janji mereka dalam Buku Jingga . Apa maksudnya merakyatkan ekonomi jika peniaga melayu di Pulau Pinang menjadi sasaran utama penindasan oleh rakan sekutu dalam Pakatan.


6.Selangor, antara negeri yang mengalami banyak masalah setelah ditadbir oleh PKR. Kes curi pasir, rasuah, arak dan cubaan untuk menghapuskan 30 peratus kuota pemilikan rumah milik Bumiputera. Itulah hadiah daripada kerajaan pembangkang di Selangor kepada rakyat setelah mereka dipilih membentuk kerajaan. Janji tinggal janji dan tiada ‘buah tangan’ yang boleh rakyat banggakan hasil perjuangan mereka itu.

7. Saya menyeru kepada mereka agar hentikanlah segala propaganda ini. Apakah janji-janji manis di dalam Buku Jingga ini boleh diterima pakai ? Usah termakan lagi dengan dakyah pembangkang dan apa yang pastinya PRU-13 nanti rakyat Selangor akan menghukum kegagalan kerajaan pakatan pembangkang.

8.Pada pengamatan saya jelas slogan “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang dicetus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat berbilang kaum di negara ini dan dibuktikan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini.

Friday, March 11, 2011

SKIM INSENTIF PERUMAHAN : HADIAH KERAJAAN KEPADA RAKYAT.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Salam pembaca budiman. Semoga senantiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. 

2. Pada 8hb mac yang lepas, Perdana Menteri telah melaksanakan janji kerajaan  dalam pembentangan Bajet 2011. Janji Perdana Menteri untuk memberikan peluang kepada golongan muda di Malaysia memiliki rumah mampu milik.

3. Antara kumpulan yang mendapat faedah secara langsung kesan daripada Skim Rumah Pertama ini adalah golongan muda yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

4. Diperjelaskan lagi, Skim Rumah Pertamaku ini mensasarkan jenis-jenis rumah yang berada dalam lingkungan RM220 ribu. Melalui skim ini, deposit 10% yang sepatutnya dibayar oleh pembeli telah ditanggung oleh Cagamas Sdn Bhd yang bertindak sebagai penjamin kepada setiap pemohon yang layak.

5.Dalam keputusan yang menguntungkan rakyat juga, Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan 300 buah rumah di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79 ribu unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8 ribu unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah.

5. Saya memandang usaha ini sebagai inisiatif terbaik dan tepat mengenai sasaran. Di kala kebanyakan masyarakat umum lebih banyak menyewa rumah disebabkan keterbatasan ,skim ini telah memberikan peluang kepada seluruh golongan masyarakat untuk merasai nikmat mempunyai aset sendiri.

6.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan Skim ini, pembaca budiman boleh melayari laman web ini. www.srp.com.my

Wednesday, March 9, 2011

BUKU JINGGA MANIFESTASI PENGKAYAAN RETORIK SLOGAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Salam pembaca budiman. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini kerana menumpukan beberapa program kebajikan yang kami anjurkan di Kelantan. Program kerjasama di antara KPTM dan Biro Ekonomi Pemuda Umno banyak menjelajah dalam membantu masyarakat desa.

2. Namun dalam kesibukan ini tanpa disedari sudah masuk 3 tahun pakatan memerintah Selangor.

3. Sejenak berfikir, apa yang sudah mereka persembahkan kepada rakyat ? Tiada lain, sekadar slogan demi slogan dan janji demi janji.

4. Slogan Ketuanan Rakyat tidak menyerlahkan maksud sebenar perkataan. Ketuanan Rakyat versi Anwar Ibrahim lebih condong kepada menjaga hati Azmin Ali. PKR semakin rapuh. 

5. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran ini diolah laksana pahlawan knights yang memberi sinar cahaya kepada rakyat.

6.Retorik ditambah bila gaji Penasihat Ekonomi ini dibayar RM1. Pendokong parti menganggap ia sebagai paksi ketelusan.

7. Dalam pembentangan Bajet Kerajaan Negeri, Pakatan mengakui mereka gagal mentadbir ekonomi. Defisit Kerajaan Negeri berlaku dua tahun berturut-turut. Apa sudah jadi dengan kerja dan  sumbangan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri ?

8. Hari ini Buku Jingga dikeluarkan. Dirasmikan secara besar-besaran di Stadium Malawati Shah Alam dalam keadaan hadirin yang kosong.Persoalan, adakah penyokong mereka pun sudah semakin muak dengan pengkayaan slogan yang ternyata membohongi perjuangan mereka ?

9.Pada pandangan saya, jelas Buku Jingga ini hanya sekadar alat menutup kelemahan Anwar dan Pakatan Selangor. 

10. Ternyata disebalik retorik Buku Jingga ini, Pakatan sebenarnya mengakui akan perlaksanaan berjaya konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

11. Nantikan sambungan artikel ini. Kaitan Buku Jingga dan Pilihanraya.

PROGRAM BAKTI SISWA ANTARA KPTM DAN BEPU ( BAHAGIAN 2)

Tuesday, March 8, 2011

PILIHANRAYA DAN PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP PAKATAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia 
 
1. Pertama sekali marilah sama-sama kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan iziNya maka Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan sekaligus mempertahankan kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.
 
2. Juga sekalung tahniah kepada pucuk kepemimpinan parti Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh jentera BN mahupun pihak media, baik media cetak, elektronik dan media baru kerana gerak kerja cemerlang bagi memastikan kemenangan BN.
 
3. Kemenangan ini semestinya memberi tekanan kepada pihak pembangkang apabila mereka sering kalah dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini. Ia juga bukti kepada keupayaan BN mengekalkan momentum kemenangan sebelum ini sekaligus sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum.
 
4. Ternyata slogan "1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan" diterima rakyat dan gerak kerja BN yang lebih menumpukan kepada usaha membela rakyat mendapat sambutan baik daripada rakyat.
 
5. Apa yang pasti, pihak pembangkang kini ketandusan isu dan idea untuk dijaja kepada rakyat, kemenangan BN di Kerdau dan Merlimau juga membuktikan bahawa segala isu yang didendangkan mereka dan segala pertuduhan jahat terhadap kerajaan ditolak pengundi.
 
6. Menyedari keadaan semakin kritikal, apatah lagi spekulasi mengenai pilihan raya semakin hampir, pakatan pembangkang terpaksa melancarkan 'Buku Jingga' sebagai 'gula-gula' baru mereka untuk memikat hati pengundi bagi menawan Putrajaya.
 
7. Buku Jingga berkenaan merangkumi janji-janji yang ditawarkan dan kononnya akan dilaksanakan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya berjaya membentuk kerajaan. Persoalannya mengapa perlu tunggu menjadi kerajaan pusat dan perlu 100 hari untuk melaksanakan semua itu.
 
8. Rakyat boleh menilai, kerajaan PAS Kelantan mentadbir negeri itu lebih 20 tahun, tapi kadar pengangguran masih lagi tinggi, peluang pekerjaan yang terhad dan masalah bekalan air masih belum dapat diatasi. Begitu juga Kedah, tarif air ingin dinaikkan kerajaan negeri itu.
 
9. Di Pulau Pinang, hampir tiga tahun DAP mentadbir negeri Pulau Mutiara itu kita boleh lihat bagaimana nasib peniaga di sana yang terus ditindas dan pelaburan juga semakin berkurangan.
 
10.Selangor, satu lagi bukti kepincangan pembangkang dalam mentadbir negeri, dalam tempoh tidak sampai tiga tahun pelbagai isu timbul di negeri ini. Isu curi pasir, rasuah, isu arak dan cubaan untuk menghapuskan 30 peratus kuota pemilikan rumah milik Bumiputera membelit kerajaan Selangor.
 
11.Itulah hadiah daripada kerajaan pembangkang di Selangor kepada rakyat selepas mereka dipilih membentuk kerajaan. Tiada buah tangan yang boleh rakyat negeri Selangor banggakan hasil perjuangan mereka. Segala kemudahan dan kejayaan yang dimiliki Selangor hari ini adalah hasil perjuangan BN sebelum ini.
 
12. Justeru tidak perlu menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu melalui "Buku Jingga", kerana rakyat tidak akan termakan lagi dengan dakyah pembangkang dan apa yang pastinya PRU ke-13 nanti rakyat Selangor pasti akan menghukum kegagalan kerajaan pakatan pembangkang.

Tuesday, March 1, 2011

PAKATAN SELANGOR HAPUSKAN KUOTA 30%.

Assalamualaikum wb. dan Salam 1Malaysia.

1. Saya amat terkejut dengan laporan berita TV3 semalam yang mendedahkan hasrat kerajaan pakatan pembangkang Selangor mahu menghapuskan kuota 30 peratus hak Bumiputera bagi pemilikan rumah di negeri itu.

2. Pemuda UMNO menentang sekeras-kerasnya cadangan itu dan ia adalah satu penghinaan kepada Bumiputera apabila haknya cuba dinafikan oleh kerajaan negeri demi meraih sokongan politik.

3. Bagi saya apa yang dilakukan kerajaan Selangor membuktikan bahawa mereka kini dalam keadaan terdesak dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat yang kian terhakis ekoran terdedahnya beberapa penyelewengan dilakukan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu.

4. Justeru bagi memastikan pakatan terbabit terus berkuasa memandangkan ura-ura pilihan raya umum dikatakan semakin hampir, maka kerajaan Selangor sanggup menggadai hak Bumiputera untuk memastikan sokongan masyarakat Cina dan India terus memihak kepada mereka.

5. Jika ini benar berlaku, saya tidak tahu formula apa yang diguna pakai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung perkara ini keranaBumiputera masih belum menguasai 30 peratus agihan kekayaan ekonomi negara, nampaknya kerajaan Selangor mahu membiarkan Bumiputera terus ketinggalan.

6. Sedangkan kerajaan pusat sedang giat berusaha untuk memudahkan urusan pemilikan rumah kepada Bumiputera bagi memastikan mereka dapat memiliki kediaman sendiri yang mampu menjadi aset bagi mereka kurang berkemampuan.

7. Jika kita perhatikan Bumiputera hari ini masih ketinggalan dalam hal pemilikan rumah terutamanya di kawasan strategik ataupun di bandar-bandar utama.

8. Hari ini masih ramai Bumiputera yang berpendapatan sekitar RM3,000 dan golongan muda sudah berkahwin masih gagal untuk memiliki kediaman sendiri kerana tidak berkemampun disebabkan harga kediaman sentiasa meningkat.

9. Saya fikir jika perkara ini benar berlaku, hak Bumiputera digadaikan dan  Menteri Besar Selangor saya kira perlu melepaskan jawatan yang disandangnya kini kerana ternyata beliau tidak mampu mentadbir.

10. Sejak akhir-akhir ini kerajaan negeri Selangor sentiasa mengalami kegagalan, antaranya usaha untuk meminda undang-undang tubuh Selangor gagal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan usaha untuk menyingkir ADUN Pelabuhan Klang juga turut tidak membuahkan hasil.

11. Kelemahan ini sebenarnya dinilai rakyat, jadi untuk menutup kesilapan itu dan untuk memastikan sokongan terus memihak kepada mereka, maka cadangan untuk menghapuskan hak Bumiputera ini dibangkitkan.