Monday, January 31, 2011

TAHNIAH TOK AI.

1.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional Dun tenang iaitu Sdr Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai kerana telah berjaya memenangi PRK ini.

2.Kemenangan dengan majoriti yang besar ini adalah petanda  keyakinan rakyat terhadap konsep 1Malaysia.

3.Tahniah kepada semua jentera BN dan tidak lupa kepada kegarangan para-para blogers pro Umno kerana kerja keras anda semua.

Friday, January 21, 2011

 LABIS, 16 Januari 2011 – Seramai 100 orang warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah berkampung di Labis bagi menjayakan Program Sehari Bersama KPTM dan KPTM Prihatin . Program berbentuk informasi pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kg Sg Gatom, Labis.

Program Sehari Bersama KPTM ini merupakan satu program gabungan yang dianjurkan secara bersama oleh KPTM Kuala Lumpur, KPTM Batu Pahat, KPTM Bangi dean KPTM Kampus Kejurawatan, Kota Bharu. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama UMNO Bahagian Labis, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Labis.

Pengerusi KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan menjelaskan bahawa Program Sehari Bersama KPTM bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang peluang-peluang melanjutkan pengajian di KPTM. Selain itu, para pelajar yang hadir pada hari ini turut berpeluang untuk mendapatkan terus surat tawaran melanjutkan pengajian di KPTM sekiranya memenuhi syarat.

“ Program ini memberi peluang dan ruang untuk penduduk setempat khususnya para pelajar untuk berinteraksi secara terus dengan KPTM bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang KPTM” tambah Sohaimi lagi.

Program Sehari Bersama KPTM ini turut menyelitkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPTM bagi menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat disekeliling yang turut melibatkan Sohaimi bersama – sama dengan 40 orang pelajar KPTM Batu Pahat dan 25 orang pelajar Kejururawatan. Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma turut diberikan kepada penduduk setempat sebagai tanda keprihatinan KPTM. Golongan warga emas yang telah uzur tidak dipinggirkan di mana aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah telah dijalankan oleh pelajar Kampus Kejururawatan KPTM Kota Bharu.

Pada masa sama, Sohaimi dan juga Pengarah serta 40 orang pelajar KPTM Batu Pahat serta kakitangan-kakitangan lain yang turut serta dalam program ini tidak kekok bergotong royong membersihkan Surau Kg Sg Gatom.

Menurut Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), ini merupakan satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk disini. Golongan warga emas yang uzur tidak dipinggurkan dimana KPTM menerusi pelajar kejururawatan telah menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma dari rumah ke rumah.

“Melalui cara ini, kita bukan sahaja dapat mengeratkan silatulrahim, namun ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar KPTM yang terlibat dan juga kakitangan yang turut sama turun padang bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk setempat’, tambah Sohaimi mengakhiri perbualan.
 

Wednesday, January 19, 2011

FOTO PROGRAM BERSAMA RAKYAT DI KELANTAN.


Bersama pelajar kejururawatan membuat pemeriksaan kesihatan percuma bersama warga emas
Bersama pelajar KPTM Kota Bharu
 Bersama Pemuda UMNO Tumpat
Bersama warga KPTM
  
Menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Sdr Rashidi,i Ketua Pemuda Tumpat




Monday, January 17, 2011

KENYATAAN MEDIA : SEMUA PBT SELANGOR DIGESA MENCONTOHI MPSJ.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1) Saya meneliti akan perkembangan  terbaru mengenai isu larangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronie liu yang mengarahkan  agar Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menarik balik arahan melarang orang Islam berkerja di tempat yang menyediakan minuman keras.

2) Cuba kita teliti akan kronologi isu ini.

a) Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

 3) Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar MPSJ membatalkan penguatkuasaan tersebut dengan serta merta. 



4) Jelas di sini, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini tidak sensitif dan peka akan terhadap isu agama islam khususnya yang berkaitan dengan urusan Halal dan Haram.

5) Saya mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor yang kebanyakkannya dibarisi oleh Adun beragama Islam untuk melakukan tindakan proaktif dan mengajar rakan-rakan mereka dalam Pakatan supaya lebih beradab dalam membincangkan isu Islam.

6) Ronie Liu telah beberapa kali cuba mengusik akan Hak Agama Islam sepertimana yang telah tersedia termaktub dalam Perlembagaan dan Enakmen Agama di setiap Negeri.

7) Pujian saya berikan kepada seluruh kakitangan MPSJ kerana mempertahankan maruah umat islam.

8) Malah saya menyeru agar kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri selangor untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan meluluskan undang-undang yang melarang umat islam berkerja di premis yang menjual arak.

9) Bukan sekadar itu, seluruh PBT di selangor juga dicadangkan agar menghentikan/membatalkan pemberian lesen untuk premis rumah-rumah urut, kelab malam dan pusat hiburan yang nampaknya semakin banyak tumbuh seperti cendawan pasca pilihanraya 2008.

10) Jelas di sini, Menteri Besar Selangor ternyata GAGAL untuk mengawal keadaan. Mungkin kerana terlalu taksub berpolitiking 24 jam hingga dia lupa tugasnya sebagai pelaksana dasar-dasar islam negeri selangor.

11) Apa tindakan parti pas ?

13) 3 hari lepas, Setiausaha Agung Pas iaitu Dato Mustafa Ali telah meminta agar Pas Negeri Selangor untuk berpegang kepada prinsip yang telah diamanahkan oleh parti.

14) Isu MPSJ ini telah mengimbau semula akan cerita rampasan arak di kedai 7-11 yang pernah kecoh pada tahun lepas.

15) Persoalan saya, adakah Parti Pas akan tunduk kepada arahan YB Ronie Liu atau mereka akan mempertahankan MPSJ ?

Friday, January 14, 2011

ISU MPSJ : APA TINDAKAN PAS ?


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1) Saya meneliti akan perkembangan  terbaru mengenai isu larangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronie liu yang mengarahkan  agar Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menarik balik arahan melarang orang Islam berkerja di tempat yang menyediakan minuman keras.

2) Cuba kita teliti akan kronologi isu ini.

a) Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

 3) Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar MPSJ membatalkan penguatkuasaan tersebut dengan serta merta. 

4) 2 hari lepas, Setiausaha Agung Pas iaitu Dato Mustafa Ali telah meminta agar Pas Negeri Selangor untuk berpegang kepada prinsip yang telah diamanahkan oleh parti.

5) Isu MPSJ ini telah mengimbau semula akan cerita rampasan arak di kedai 7-11 yang pernah kecoh pada tahun lepas.

6) Persoalan saya, adakah Parti Pas akan tunduk kepada arahan YB Ronie Liu atau mereka akan mempertahankan MPSJ ?

Wednesday, January 12, 2011

ISU INTERLOK : KUPASAN MENARIK BARADAN KUPPUSAMY.





A new Form Five literature novel has kicked up a storm among certain quarters in the Indian community due to an offensive term, but the controversy can be diffused if the context of its use is properly explained.

THE novel Interlok by national laureate Datuk Abdullah Hussain that is compulsory reading for Form Five literature should be read, not banned or burnt just because some Indian leaders feel insulted by the mention of the caste system.

Several individuals and Indian organisations are protesting and want the novel banned simply because in one paragraph on page 211, the words kasta pariah or pariah caste are mentioned in the context of how the Tamils were recruited from various parts of South India and how they were packed into crowded ships and suffered long and dangerous journeys to arrive in this country.

The context of the paragraph is how the British masters brought the Tamils, mostly from the lower echelons of the Hindu caste system, to work and clear the jungles and start rubber plantations and later work the trees and produce the wealth for the colonialists.

The 418-page novel tells in a simple, easily read and engaging style the historical story of how our multi-cultural society came about with the beginning of colonial society and the arrival of Indians and Chinese labourers.

The novel should be read by all Malaysians, not just as a literature tool in Form Five, because in a nutshell, it tells the story of Malaysia and how the nation was born through the eyes of three main characters – Seman, Chin Huat and Maniam - and their families.

The story narrates the experiences of all three, their hopes and fears and how they come together and link or interlock in the final chapter, titled appropriately Interlok, which is also the title of the book.

In the contested political landscape today, Interlok is a must read for all Malaysians because it reminds us of the different strands that started in isolation to fit a colonial need but later their descendants came together as a struggling nation.

The novel is hard and tough where it has to be. It is a period novel and tries to tell the Malaysia story as it happened in a gentle and unassuming manner and with great respect to the people who left behind their loved ones and journeyed across the sea to a new land to seek their fortunes.

It does not seek to mock or ridicule any race – Malay, Chinese or Indian – but says it as it was a century and a half ago.

Hussain says although the Indian pioneers came from different parts of South India and were from different ethnic groups and were crowded like goats and sheep into the ships, they could get along because most could speak Tamil, the key Dravidian language.

He said they could find comfort in each other because they shared the same misery and dreamt the same dreams of making it in a new, unfamiliar land.

Besides, the author says in passing, most of the people on the ship were from the same kasta pariah and therefore did not fear being defiled as would have been the case in India a century ago, where intermingling between the lower and upper castes was prohibited by social norms and practices.

Hussain is honest and sincere in giving the complete picture, as best as he can, about how Indians and others arrived and their experiences. He should not be faulted for it.

The word “pariah”, from the Tamil word paraiyar or drummer, denotes the so-called lower groupings in the Hindu caste system that is the bane of a classless and egalitarian society in India and elsewhere where Indians have migrated and settled down.

Sometimes called dalit in India or nammavar among Tamils, they have suffered centuries of oppression and humiliation as untouchables and still do, but not as severely as in the past. That’s one reason why some take exception to the word because it still hurts – to hear it, read it and witness the discrimination.

Indian independence leader Mahatma Gandhi called them Harijan or Children of God in an attempt to turn the tables on the upper caste that controlled the politics and economy of the country.

The word “pariah” originally used against a group of oppressed people in India has entered the world’s lexicon and is frequently used for many, from songs, to people, to scientists with outlandish theories and to even mathematicians.

For many reasons, the caste system, an evil system of social structuring, has survived concerted attempts to eradicate it.

The Education Ministry has set up a committee to “study” the single, offending paragraph where the word “pariah” appears.

It is not necessary to remove the paragraph because if read in the context it is written, it explains that although the pioneers had a tough life and risked death, they could find comfort in a shared misery and a shared hope, a common Tamil language and a shared origin from South India, which also includes a shared kasta.

If this context is sufficiently explained to students, teachers and the reading public, including Indian politicians, there is no issue in using Interlok as Form Five literature reading.CLICK HERE

Tuesday, January 11, 2011

BERSAMA ANAK MUDA SELAYANG.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Disertakan di bawah ini foto-foto menarik program saya bersama anak-anak muda Selayang. Insyaallah program yang boleh merapatkan perhubungan antara parti dan pemuda akan kerap dilakukan. Tahniah kepada penganjur dan peserta program ini.







Friday, January 7, 2011

KHALID IBRAHIM SEMAKIN HILANG FOKUS.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih enggan mengiktiraf Datuk Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru.

2. Khalid Ibrahim menampakkan kedegilannya untuk menturuti perkenan DYMM Tuanku Sultan selangor yang telah memberi persetujuan akan perlantikan Datuk Muhammad Khusrin.

3. Rakyat Selangor telah menyatakan bantahan besar-besaran rabu yang lepas, diikuti dengan komentar bantahan yang merebak ke seluruh pelosok negara.

4. Sudah masuk minggu ke 3 isu ini berlarutan. 

5. Pertanyaan saya,apakah Kerajaan Pakatan Selangor sudah kekeringan ide akan cara-cara yang boleh membawa keuntungan ekonomi kepada Rakyat Selangor ?

6. Jika perenggan ke empat saya saya ada menyebut akan 'kesibukan mereka mempolitikkan' isu perlantikan SUK, bagaimana pula halnya dengan masa yang terbuang berminggu-minggu sewaktu kes SYABAS memuncak ?

6. 2 bulan mereka penuh politiking, muak dan meloyakan.

7.Rakyat masih lagi menunggu akan keberkesanan dan pengimplementasian janji Manifesto 2008 yang masih belum tertunai. 

8. Di mana tindakan pro aktif kerajaan negeri untuk menaikkan semula kantung kerajaan negeri yang disahkan mengalami penurunan 2 tahun berturut-turut ?

9. Khalid Ibrahim hilang fokusnya sebagai Menteri Besar. Hentikanlah gimik politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Thursday, January 6, 2011

SELANGOR TIDAK MELARANG LOGO 1MALAYSIA.PULAK.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1) Entri kali ini ringkas dan pastinya boleh membuatkan anda menggelengkan kepala.

SHAH ALAM, 5 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim menamatkan kontroversi berhubung penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan sambil berkata, larangan itu hanya satu “kekeliruan”.

Menteri Besar Selangor berkata, hanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri dilarang menggunakan logo 1 Malaysia.

Tegas beliau, pentadbirannya tidak pernah melarang restoran atau premis bisnes daripada berbuat demikian.

Tidak ada larangan guna logo 1 Malaysia pada papan iklan,” kata Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Khalid berkata logo 1 Malaysia boleh digunakan bagi tujuan individu atau komersial selagi tidak bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

Wednesday, January 5, 2011

KERAJAAN SELANGOR DIDESAK MEMOHON MAAF KEPADA DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Sungguh kelam kabut melihatkan gelagat kepimpinan kerajaan negeri selangor dalam menangani isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

2. Kita diberitahu bahawa Menteri Besar Selangor sebenarnya telah mengetahui terlebih awal akan kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor tiga bulan yang lepas.

3. Sewajarnya Pimpinan Kerajaan Negeri sudah menyediakan beberapa nama cadangan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam tatacara menggantikan penjawat awam yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

4. Sayang sekali mereka tidak bertindak seperti yang sepatutnya. 

5. Namun tatkala nama Datuk Mohammed Khusrin dicadangkan oleh SPA dan seterusnya diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Khalid Ibrahim menyanggah pula perkenan Duli Tuanku.

6. Lebih memilukan apabila saya melihat gelagat segelintir pemimpin pakatan yang begitu sibuk untuk mempolitikkan isu perlantikan Datuk Mohammed Khusrin hingga ke tahap melakukan solat hajat.

7. Corak pemikiran mereka untuk kerap mempolitikkan sesuatu perkara sebenarnya sudah melampaui batas. 

8. Semalam seperti yang dilaporkan oleh berita dalam sidang media Menteri Besar, Khalid Ibrahim secara tak sengaja bersetuju pula dengan perlantikan Datuk Mohammed Khusrin yang telah dilantik oleh SPA ! Sila rujuk kenyataan Khalid Ibrahim di sini.

9. Hari ini mereka terpaksa menutup kesilapan. Satu usul untuk mengadakan sidang DUN tergempar akan dilakukan dalam masa terdekat.

10. Di atas ini adalah kronologi sikap kelam kabut kerajaan Pakatan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim. 

11Pertama Kelam kabut kerana tidak mengemukakan cadangan nama kepada SPA tatkala kekosongan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berlaku , Kedua menyanggah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang menerima perlantikan Datuk Mohammed Khsurin dan dalam keadaan sidan media yang kelam kabut Khalid Ibrahim bersetuju pula dengan perlantikan Datuk Mohammaed Khusrin oleh SPA.

12. Hari ini gara-gara kerana ketaksuban politikal melampau, Adun Sri Muda dari PKR iaitu Shuhamie Shafie secara biadap telah menggertak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri atau bersedia menerima 'henyakan rakyat menentang Raja'. Kenyataan paling biadap pernah dikeluarkan oleh melayu dari parti PKR.

13. Kepada Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan Pakatan Selangor, hentikanlah sikap politiking melampau hingga boleh merosakkan apa yang telah kita bina sejak dulu lagi. 

14. Rakyat perlu menilai strategi kotor politik PKR ini dan sanggup membuat apa saja utk mencari populariti. Mereka ingin mengalihkan perhatian rakyat dan mencari helah agar kelemahan dalam mentadbir negeri selangor. Menteri Besar harus bertanggung jawab terhadap segala isu dan kemelut perlantikan SUK selangor dan harus didesak mengadap dan memohon maaf  dengan segera kepada  Duli Yang Mah Mulia Tuanku Sultan Selangor     


Sekian Terima Kasih.
DSS