Wednesday, November 30, 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO. (SIRI 3)






PERHIMPUNAN AGUNG UMNO. (SIRI 2)

Ketiga-tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri - secara serentak memulakan perhimpunan agung masing-masing pada pukul 8 pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Perhimpunan agung kali ini dijangka menumpukan kepada pengukuhan jentera pilihan raya parti dalam persediaan tunjang parti pemerintah itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

NONE
Perhimpunan agung Wanita yang menghimpunkan 944 perwakilan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail manakala sayap Pemuda yang diwakili 942 anggota berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri Umno dengan 934 perwakilan di Dewan Merdeka.


Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti dirasmikan serentak Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan sebagai berkata bahawa pergerakan itu memfokuskan kepada perpaduan dan disiplin kerana aspek berkenaan sangat penting dalam persediaan ke "medan perang" bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula dilaporkan sebagai berkata bahawa pergerakan itu akan menumpukan kepada program-program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya ia lebih difahami dengan jelas para perwakilan khususnya generasi muda.

NONE
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dilaporkan berkata pergerakan itu akan membangkitkan isu-isu membabitkan generasi muda.


Para perwakilan akan membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing serta membahaskan usul ekonomi, pendidikan dan agama.


- Bernama

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO. (SIRI 1)


Monday, November 28, 2011

HARI INI JELAJAH FRANCAIS 1MALAYSIA DI KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

Saya dengan segala hormatnya menjemput saudara dan saudari untuk menghadiri Program Jelajah Francais 1Malaysia yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

Butirannya adalah seperti berikut.


Kuala Lumpur
Tarikh : 28 Nov 2011
Masa : 8 pagi hingga 5 petang.
Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific
Perasmi : YB Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Sebarkan kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan francais.

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

Semoga di tahun baru hijrah ini akan membawa kebaikan kepada seluruh umat islam. Berdoalah agar kita memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.

Doa akhir tahun di baca 3x selepas asar dan sebelum maghrib :


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. 

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.

Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

*Doa awal tahun dibaca 3x selepas maghrib :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1433!


Thursday, November 24, 2011

JELAJAH FRANCAIS 1MALAYSIA BERMULA ESOK. (JADUAL TERKINI)

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

Berikut adalah jadual untuk program Jelajah Francais 1Malaysia yang dijalankan oleh Biro Ekonomi Pemuda Umno Malaysia.

Pulau Pinang
Tarikh : 25 Nov 2011
Lokasi : Sunway Carnival Convention Center, Seberang Jaya. 
Perasmi : YB Tan Sri Nor Mohamed Yakob

Kuala Lumpur
Tarikh : 28 Nov 2011
Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific
Perasmi : YB Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Pahang
Tarikh : 18 Disember 2011
Lokasi : Dewan Belia Bera
Perasmi : YB Dato' Sri Ismail Sabri

(Mohon disebarkan kepada yang berminat)

Tuesday, November 22, 2011

JELAJAH FRANCAIS 1MALAYSIA BERSAMBUNG. ( NANTIKAN KUNJUNGAN KAMI )


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

Berikut adalah jadual untuk program Jelajah Francais 1Malaysia yang dijalankan oleh Biro Ekonomi Pemuda Umno Malaysia.

Pulau Pinang
Tarikh : 25 Nov 2011
Lokasi : Sunway Carnival Convention Center, Seberang Jaya. 
Perasmi : YB Tan Sri Nor Mohamed Yakob

Kuala Lumpur
Tarikh : 28 Nov 2011
Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific
Perasmi : YB Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Pahang
Tarikh : 18 Disember 2011
Lokasi : Dewan Belia Bera
Perasmi : YB Dato' Sri Ismail Sabri

(Mohon disebarkan kepada yang berminat)

SYABAS HARIMAU MUDA.

Tahniah kepada seluruh pemain dan jurulatih pasukan bolasepak Malaysia di atas kejayaan anda memperolehi pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea di Jakarta.

Kemenangan malam tadi adalah cerminan kepada kualiti permainan dan kerjasama sepasukan.

Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar pasukan ini berjaya juga pada pertemuan kelayakan olimpik bertemu Syria dan Bahrain.

Syabas Harimau Muda !

Monday, November 21, 2011

SYABAS RAKAN MEDIA SOSIAL.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Semalam termeterai sudah ikatan di antara pengamal media sosial dan Barisan Nasional.

2. Dato' Seri Najib telah secara terbuka menyatakan penghargaan di atas sumbangan luar biasa pengamal media sosial yang bertungkus lumus mempertahan dan menyerang tohmahan pihak pakatan di alam siber.

3. Saya telah lama mengikut perkembangan dan gerakan media sosial pro BN, terutamanya blogers.

4.Pada pandangan saya, pengamal media sosial seperti blogers dan facebookers pro BN telah berada dalam tahap mereka yang tersendiri. Cukup berwibawa dan tegas terhadap lawan.

5.Menyaksikan sendiri bagaimana mereka berentap di alam siber, pada setiap pilihanraya kecil melahirkan kebanggaan kepada saya. Melihatkan semangat anak muda mempertahankan BN merupakan satu perkara yang tidak harus kita lupakan.

6.Secara peribadi saya mengenali beberapa orang blogers hebat yang boleh dianggap wira yang tak didendang ini. Mereka ini bagi saya cukup 'friendly'. 

7. Saya mengharapkan agar beberapa siri pertemuan secara terus antara mereka dan pimpinan dapat dilakukan. Engagement antara pemimpin dan mereka wajib dilakukan.

8. Mereka ini adalah manifestasi 'wira yang tidak didendang'.

9. Syabas saya ucapkan kepada anda semua.

Wednesday, November 16, 2011

STATISTIK KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH. APA RESPON BUKIT LANJAN ?

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Dalam data terbaru, Negeri Selangor telah mencatatkan kadar kelahiran anak luar nikah yang tinggi.

2. Memetik kenyataan Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata,  Selangor mencatatkan jumlah kelahiran anak luar nikah pada 2008-2010 sebanyak (18,983).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

3. Pada 18/8/2010 Kerajaan Selangor telah menjalankan Kempen Anti Zina peringkat Negeri.

4. Ternyata kempen ini sekadar sloganista yang slapstik dan tiada menunjukkan hasil impak yang meyakinkan.

5. Apa pandangan Adun Bukit Lanjan mengenai isu ini ?

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDILADHA DARI SAYA DAN ISTERI.

  SALAM AIDIL ADHA

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari RayaHaji ataupun Hari raya Aidil-adha.

Pada hari raya ini, ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin. Ramai juga umat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullah ilharam (Makkah).

Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah. Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam, IsyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan di antara yang kaya dengan yang miskin, di antara yang kuat dengan yang lemah, di antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. 

Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga serta tidak hanya bergantung kepada pemberian orang.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakannya sekali seumur hidup. Allah S.W.T berfirman yang maksudnya :

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, kerana rezeki yang Allah S.W.T telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan kepada orang yang sengsara dan fakir."(Surah Al-Hajj : 27-28)

Sungguh besar manfaat yang akan diperolehi mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, di antaranya, InsyaAllah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan.

Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah S.A.W dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah S.W.T yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Pelbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi pelbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah S.W.T semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh 

Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala mala petaka mungkin kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Buat kaum mulimin dan muslimat yang berada di Tanah Suci, Selamat menjalani Ibadah Haji semoga dianugerahkan oleh Allah Haji yang Mabrur

Buat keluarga serta sahabat di tanah air .... Selamat mengerjakan Ibadah Qurban dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Dengan ingatan tulus ikhlas dari
DATO’ SOHAIMI SHAHADAN & DATIN RABIATUL ADAWIYAH

Dari Makkah Al-Mukarramah