Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara  dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan  Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang  berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan  baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA  yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu  upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara  kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua  Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang  beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan  memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat  dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan  istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan  lancar tanpa sebarang insiden perubatan.
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan  diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara  discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak  langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di  istana.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up  klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi.  Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana  sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini  memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan  Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera  pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang  bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf  kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr.  Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC  saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini  adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan  beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang  baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan  apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli  parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan  isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah  Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka.  Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit  dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk  di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan  serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula  dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib  Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun  berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali  berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.”  Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan  hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja,  maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM.  Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah  mengejek dan menghina PM.
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan  kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa  Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan  penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak  menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan  berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan  jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr  Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam  poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan  mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak  boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita.  Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan  jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati  protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang  merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu  hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli  Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya  perangai seperti ini dihindarkan.
Saya  dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi  balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap  kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang,  ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka  yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan  rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri.  Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli  Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib,  berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah  tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah  lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika  menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun.  Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah  di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan  mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan  dan rasa hormat anda  kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia  perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang  kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus  terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.
ARTIKEL PETIKAN AIDC 
 
 

 
saya benci tian chua
ReplyDeleteBangsat diorg ni....TARIK JE KERAKYATAN...HALAU DARI MALAYSIA...SIALL
ReplyDeleteMentaliti sampah untuk penyokong2 sampah..busuk semuanya...
ReplyDeleteApabila melayu barua menghina bangsanya sendiri, apa lagi patut kita buat.
Lain kali semua majlis resmi negara jangan sesekali diundang haramjadah2 tu semua....
ReplyDeleteapa nak dihairan perangai mereka ini. dah terjadi dalam sejarah melayu akan menjahanamkan melayu, mereka ini petualang melayu.
ReplyDeleteehem..macam perangai org tak sekolah !!..belajar je tinggi2 tapi otak letak kat lutut..bagaimana pulak kalau org lain mengejek @ mempersendakan mereka..inilah antara manusia2 yg tak sedar diri @ tak tahu untung..elok halau je dr malaysia..
ReplyDeleteMELAYU MUDAH LUPA....jangan lupa pada perkataan ini.....
ReplyDeleteBoleh percayake berita ni?
ReplyDelete