Friday, August 31, 2012

TUKAR BENDERA MALAYSIA ? SUNGGUH MELAMPAU !



Tiada kata yang mampu saya ucapkan bila melihat gerakan ke arah menukar bendera Malaysia !

Politik kamu sudah melampaui batas !

Wednesday, August 29, 2012

KENYATAAN MEDIA GPRS.



Sebanyak 1,378  kawasan rumah pangsapuri dan kondominium tidak pernah menikmati 20 meter padu air percuma seperti dijanjikan oleh Kerajaan Negeri dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 lalu.

Jesteru, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menuntut kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji pilihan raya dengan memberi pampasan kepada isi rumah yang tidak terima air percuma seperti yang dijanjikan ini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil daripada aduan dikemukakan oleh rakyat dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) setakat ini.

“Jumlah tersebut melibatkan kira-kira sebanyak lebih RM300juta kerana Kerajaan Negeri berhutang tunggakan selama 50 bulan sejak PRU12.

“Petaling Jaya merupakan kawasan paling banyak iaitu sebanyak 479 kawasan tidak dapat menikmati subsidi air percuma dijanjikan Kerajaan Negeri diikuti dengan Gombak (462) dan Klang (273).

“Sepatutnya setiap rakyat menerima 20 meter padu setiap bulan seperti dijanjikan atau bersamaan dengan RM11.40,” katanya pada sidang media di pejabat GPRS di Seksyen 19 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan buat masa ini Kerajaan Negeri tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak menikmati air percuma itu. selain menyalahkan pengguna kerana tidak menukar meter pukal.

“Ini adalah kenyataan dangkal pemimpin pakatan pembangkang yang tidak memikirkan masalah pengguna di flat kos rendah dan apartment yang kebanyakannya berpendapatan kecil. Kegagalan memberikan air percuma secara adil kepada rakyat menunjukkan pakatan pembangkang ketika berjanji pada pilihan raya umum yang lalu, tidak membuat kajian secara menyeluruh,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Tambahnya, sebagai rakyat wajar mereka menikmati dasar air percuma dijanjikan oleh Kerajaan Negeri. Malah berdasarkan manifesto tersebut juga jelas menyatakan bahawa semua penduduk di negeri ini layak menerima air percuma dan tidak dinyatakan meter pukal atau sebaliknya tidak layak menerima.

Beliau turut membidas Kerajaan Negeri yang didakwa menjadikan masalah meter pukal sebagai alasan mengapa rakyat tidak dapat menikmati dasar air percuma tersebut.

“Semua rakyat yang memegang akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sepatutnya menikmati janji tersebut kerana tidak dinyatakan meter pukal tidak layak atau sebagainya.

“Memandangkan mereka yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati air percuma itu maka wajarlah Kerajaan Negeri membayar tunggakan kepada rakyat. Mana perginya wang lebih RM300juta itu?,” katanya.

Sohaimi berkata, beliau telah mendapat nasihat peguam berhubung perkara tersebut dan difahamkan terdapat klausa tertentu yang membolehkan rakyat untuk menuntut hak mereka.

Katanya, beliau turut melancarkan laman blog  www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk dilayari rakyat yang mempunyai sebarang masalah berhubung air.

“Kita akan menyediakan khidmat guaman percuma untuk membantu rakyat berhubung perkara ini demi mendapatkan kembali hak mereka. Malah mereka boleh buat sebarang aduan atau maklumat di laman tersebut di mana kita akan kemaskinikan semua perkara menerusi blog tersebut,” katanya.

Sohaimi berkata, beliau mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi respon dalam masa terdekat berhubung isu ini.

Katanya, beliau menyeru rakyat negeri ini untuk sama-sama bangkit kerana banyak janji yang dibuat didakwa tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri

“Kita mahu Kerajaan Negeri bertindak dalam masa terdekat ini bagi menangani masalah ini. Rakyat juga perlu sedar ini janji bertulis yang dibuat oleh Kerajaan Negeri pada semua rakyat tapi tak dapat dilaksanakan,” katanya.

Sunday, August 26, 2012

KERAJAAN SELANGOR 'BERHUTANG' AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT.


Kenyataan akhbar


Kerajaan Selangor Hutang Rakyat Air Percuma


KUALA LUMPUR –  Kata pepatah Melayu ada mengatakan: jika lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud: “Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya.”

Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji. Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama ‘menanam tebu di bibir’.

Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya  selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’.

Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu.

Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan  menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang  kebanyakannya kurang berkemampuan.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertindak agresif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai.

Kerajaan negeri Selangor  sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.


DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
25 Ogos 2012

Sunday, August 12, 2012

TERKINI LANGAT 2.

KEPENTINGAN RAKYAT : PROJEK LANGAT 2 WAJIB DITERUSKAN.



Kapasiti pengeluaran air sedia ada di kesemua loji rawatan air di negeri ini pada masa ini telah pun mencapai tahap pengeluaran maksimum ataupun melebihi had kapasiti rekabentuk.

Dengan keadaan rezab bekalan air yang rendah pada masa ini, kemungkinan situasi pembekalan air yang kritikal boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat gangguan di loji rawatan air.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, disebabkan peningkatan permintaan bekalan air berbeza mengikut kawasan, terdapat sesetengah kawasan pada masa ini kadar permintaannya hampir sama atau melebihi tahap pembekalan.

“Ini secara langsung mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan tersebut terutama semasa penggunaan puncak terutama di kawasan berpenduduk padat seperti yang berlaku  di Pangsapuri Putra Budiman, Taman Bukit Belimbing dan beberapa kawasan lain yang menghadapi catuan air sejak beberapa minggu lalu.

Penyelesaian masalah ini bagi jangka masa panjang ialah mendapatkan bekalan air menerusi sumber yang baru seperti Projek Penyaluran Air Mentah (PPAM) dari Pahang ke Selangor dan Projek Loji  Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Malangnya projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kedegilan dan keengganan Kerajaan negeri untuk meneruskannya kerana mendakwa projek tersebut untuk kroni Barisan Nasional (BN) dan menakut-nakutkan rakyat dengan kemungkinan tarif air akan meningkat,” ujarnya selepas melawat tapak Projek Langat 2 bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan kenaikan tariff air kerana projek Langat 2 masih belum dimulakan. Sebenarnya tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tariff air, bukan Kerajaan Pusat.

“Kerana itu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (NGO) membawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan media massa melawat projek Langat 2 yang tidak dapat diteruskan untuk melihat sendiri kepentingan dan keperluan loji ini bila siap dibina kelak.

Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah dari sumber air mentah seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya, tetapi masalah sekarang ialah  bekalan air terawat yang semakin berkurangan.

Air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan seharian seperti minum dan mandi, bukannya menggunakan air mentah yang disedut secara terus dari empangan, sungai atau lombong. Air mentah dari Pahang  yang disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh (dalam lingkungan 500km berbanding  Tasik Kenyir yang lebih jauh jaraknya seperti dicadangkan kerajaan negeri), di samping loji baru yang memerlukan sumber air yang lebih banyak,” tambahnya lagi.

Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Abdul Khalid bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.

Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air 1991 akibat fenomena El-Nino boleh berulang kembali. Malah Suruhanjaya Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan 34 loji rawatan air Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

Dalam masa yang sama, GPRS turut membidas kenyatan dangkal Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar bahawa  paras air empangan di negeri ini melimpah dan tidak digunakan, menunjukan beliau tidak mendapat maklumat yang betul atau sengaja mempamer sisi kebodohan beliau.

Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Untuk pengetahuan Xavier, air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja jika digunakan secara berterusan.
 
“GPRS turut kesal dengan sikap prejudis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menuduh krisis air sengaja direka bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan untuk diberikan kepada Puncak Niaga sebagai habuan.
Beliau bercakap tanpa bersandarkan maklumat yang sahih, hearsay dan hanya berpandukan kepada tuduhan semata-mata.Ini adalah kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang penuh hasad dengki dan sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan politik.

Saya mencabar beliau datang  ke tapak projek ini untuk meninjau dan mendapatkan maklumat yang benar mengenai projek Langat 2 yang dibina untuk kepentingan rakyat. Bahkan projek ini jika siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya.

Justeru GPRS mendesak agar kerajaan negeri tidak bermain politik demi keperluan dan kepentingan rakyat dan menyokong langkah Kerajaan Pusat meneruskan projek Langat 2 demi rakyat Selangor,” tambahnya lagi.

Pengalaman lepas yang pernah dialami rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kerajaan negeri untuk mengetepikan perbezaan politik dan kepentingan kepartian, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk.

Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air terus disekat, bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat bahkan memberi kesan buruk kepada ekonomi.

“Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama dan  jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi. Jika sesuatu buruk berlaku kepada rakyat pada masa akan datang, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab!

Sekali saya memetik perumpaan yang diberikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa tidak guna jika kita mempunyai bekalan padi yang banyak tetapi tidak mempunyai kilang untuk memproses menjadikannya sebagai beras.

Rakyat mahu makan beras, bukan padi. Oleh demikian menjadi tugas dan tanggungjawab menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan beras yang secukupnya kepada rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Sumber Sahabat Gunung.

Saturday, August 11, 2012

KRISIS UNISEL :RAKYAT DIANIAYA.

NASIB PEKERJA JANA NIAGA TIDAK TERBELA ANGKARA UNISEL.


Kemeriahan Syawal sudah mula dirasai. Ketika umat islam yang lain sudah mula menyediakan persiapan hari raya, namun buat para pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), masih buntu untuk menyediakan persiapan memandangkan sejak beberapa bulan ini, mereka tidak menerima gaji mereka.


Keadaan ini memaksa sebahagian besar kakitangan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) hari ini mengadakan demonstrasi secara aman menuntut pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) melunaskan tunggakan kos pengurusan asrama yang dianggarkan RM15 juta kepada syarikat itu serta-merta.

Kira-kira 100 orang perkerja telah berhimpun kira-kira pukul 2.30 petang di hadapan pintu masuk Unisel di kampus Bestari Jaya, berang dengan tindakan pihak pengurusan Unisel yang menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah kewangan kerana JNSB tidak mampu membayar gaji serta tuntutan mereka sejak Mac lalu.
 
Menurut wakil kakitangan JNSB, Norul Hayati Mustafa, pihaknya kesal dengan tindakan Unisel tidak melangsaikan tunggakan berkenaan yang menyebabkan JNSB itu tidak lagi mampu untuk menjalankan operasi pengurusan asrama di universiti berkenaan.

"Unisel tidak jelaskan hutang kepada syarikat kami (JNSB) yang menyebabkan syarikat kami mengalami masalah kewangan. Namun, paling menyedihkan ialah nasib kami semua sebagai pekerja kerana syarikat kami tidak mampu untuk membayar gaji serta elaun kami kerana tindakan Unisel itu.

"Bagaimana dengan nasib kami semua selepas ini. Kami semua ada keluarga, ada anak-anak lebih-lebih lagi sambutan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi," katanya yang telah bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan di JNSB selama tujuh tahun.

Bagi Noorashikeen Mohd Stap, beliau turut mempertikaikan penjelasan Unisel yang sebelum ini dikatakan tidak boleh membayar hutang JNSB kerana universiti itu mempunyai kengkangan kewangan.

Sebaliknya, beliau difahamkan, kakitangan Unisel telah menerima bonus serta imbuhan lain. 

"Jadi jika Unisel mempunyai kengkangan kewangan, mengapa mereka mampu membayar bonus serta imbuhan kepada kakitangan mereka. Jika Unisel ada kemampuan, mengapa pula hutang mereka JNSB tidak langsaikan," tegasnya lagi.

Dalam masa yang sama, rakan sekerjanya Ahmad Abdul Latif, 45, yang mengakui merasa kekecewaan berikutan tindakan Unisel itu terhadap JNSB yang secara tidak langsung telah menyulitkan kehidupan seharian mereka.

Beliau yang bertugas sebagai juruteknik di JNSB itu, kecewaan tersebut lebih-lebih lagi dirasainya bersama isteri serta lima orang anaknya menjelang sambutan hari raya yang semakin hampir.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang turut sama menyertai perhimpunan itu berkata, pihaknya menuntut agar pihak pengurusan Unisel menyelesaikan hutang mereka dengan JNSB sebelum hari raya ini.

Katanya, penyelesaian hutang itu harus disegerakan oleh universiti itu atas dasar mengambilkira hak serta kemanusiaan para kakitangan JNSB yang terpaksa berhadapan masalah kewangan.

"Kalau bayaran yuran guaman kepada Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat) kerajaan negeri boleh bayarkan, kenapa tidak kepada JNSB bagi membolehkan syarikat itu membayar gaji kepada pekerja mereka.

"Ini bukan soal politik, ini soal hak dan kebajikan para pekerja JNSB.  Selain itu, kita juga minta supaya MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) menyiasat dan melakukan audit terhadap Unisel," ujarnya yang turut kesal dengan sikap Unisel yang tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum daripada kakitangan JNSB, hari ini.

Sumber: Sahabat-Gunung

Friday, August 10, 2012

UNISEL MANGSA KEGAGALAN URUS TADBIR PAKATAN.




Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur. 

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah. 

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu.

Petikan Beruang Biru.

Wednesday, August 8, 2012

KRISIS AIR : CADANGAN YANG DIBAKUL SAMPAHKAN.



Puncak Niaga telah menghantar 3 proposal untuk penyelesaian kes jangka pendak, sederhana dan panjang kepada Selangor. Namun proposal tersebut telah dibakulsampahkan. 

Lawatan kerja oleh GPRS semalam berjaya menerangkan kepada penduduk kampung perkara sebenar dalam bahasa mudah. Ikuti catatan  lawatan tapak dalam Bahasa Inggeris di bawah;-



Based on facts and figures given by Puncak Niaga on a study trip to the plant yesterday-these are the findings to be shared with members of the public. The on site   briefing was done by representatives of Puncak Niaga at  the Ulu Langat 1 Treatment Plant.



On Balakong isolated water crisis



It was an  "isolated" water crisis in Balakong is due to the incapability of the existing Langat 1 plant  to supply treated water to the Cheras Balancing Reservoir (near Bandar Mahkota - Operate & Maintain by Puncak Niaga) which will then be channeled to Syabas distribution system....which consist of  old pipes, pumphouses, valves and storage tank. 


Hence the existing Langat 1 capacity has to be increased by the following 3 options...Contrary to the "blame game" by Selangor, the present water crisis has nothing to do with Langat 2 plant which has been halted by Selangor State Government.  If and only if the Selangor State Government allow the work order for the Langat 2 plant and if and only if  the  Langat 2 plant  is completed, then this crisis will be over because by far that is the best long term solution to avert another water crisis in Klang Valley. But with the delay tactics on the state government .....the Langat 2 plant will not be fully operational for the next 3 years!.

The Puncak Niaga Solution that was trashed out by Selangor State Government

Option 1 Partial Upgrading of Langat 1 Plant

To upgrade or replace all the major mechanical & electrical work to improve efficiency and availability without touching the civil works which would impaired the present critical operation of Langat 1. This is in fact a FAST TRACK SHORT TERM SOLUTION 

Option 2 - Total Upgrading of Langat 1 Plant. 
For both Options further hydrological studies has to be done to establish the max allowable capacity of the upgrading works beside the feasibility of implementing it from techno commercial perspective. This is in fact a MEDIUM TERM SOLUTION to the water crisis

Having done that the following steps need to be taken
1 - To increase the storage capacity of BMC Balancing Reservoir (Puncak Niaga)
2 - To upgrade or replace all the the distribution plants and facilities in consistent with the Balakong demand i.e pumphouses, valves, storage tanks and pipelines (Syabas)

Please note, this proposal was not part of the RM 600 M Mitigation Projects and hence a separate budget has to be approve by KeTTHA

It seems Puncak Niaga has submitted the proposal few years ago to both KeTTHA and State Govt to mitigate the Balakong Crisis and so far no action has been taken by both parties.

The GPRS Team was at the Langat plant yesterday.
Langat Intake (Muka Suak) picture was taken on 2nd Aug..please note that the low water level at intake point. This is the place where the water level should be measured not at the dam as splashed out in the newspapers with some Pakatan Rakyat leaders posing. The dam is the reservoir for untreated water!



According to PUNCAK NIAGA based on their hydrological record, they are also not sure how much more the existing plant can be further upgraded, since the demand has shoot up and the riverflow cant cope out with the demand.. 

To Pakatan Rakyat , they claimed the high water level in the dam as part of the Syabas & Puncak Niaga  strategy to manufactured the crisis. In actual fact it is part of Puncak Niaga crisis management exercise. the pre preemptive measures taken to avert the crisis!
Option 3
All in a nut shell , it is logical that The  Pahang Water Transfer and Langat 2 treatment plant is a MUST CONSIDER  option , under the present  circumstances and parametersas- and it is considered to be  the LONG TERM SOLUTION to avert Klang Valley Water Crisis



Credit

Datuk Fuad Omar

Monday, August 6, 2012

MENGURUS UNISEL PUN GAGAL.



Cukup menghairankan apabila Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr. Anuar Ahmad bercakap kepada media bahawa universiti tersebut lebih baik di bawah pentadbiran PKR Selangor dan mendapat keuntungan sehingga boleh membayar bonus kepada kakitangan. 

Namun apabila lebih 3,000 pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti dijadualkan minggu lalu, menunjukkan banyak kelemahan daripada aspek pentadbiran dan kedudukan kewangan UNISEL yang semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu membayar kpd Pengendali asrama pelajar yang di fahamkan sudah meningkat kepada RM 15 juta.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, walaupun pelajar sudah membuat pembayaran yuran melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi  Unisel gagal untuk  melangsaikan  tunggakan bayaran.  Siapa yang harus dipersalahkan? Difahamkan Unisel  juga mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya untuk membeli IPad kepada ketua-ketua jabatan dengan nilai mencecah RM500,000.

“Inilah yang berlaku jika pengurusan universiti lebih cenderung berpolitik sehingga mengabaikan aspek pentadbiran universiti, menyebabkan prestasi akademik semakin merudum dan kebajikan pelajar tidak terbela. Lebih mengecewakan apabila universiti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini hanya memekakkan mata dan membutanya telinga terhadap kelemahan pentadbiran dan kewangan di universiti itu.

Selama ini Menteri besar mendabik dada mencanang kehebatan mereka mengurus kewangan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan UNISEL tapi jika inilah cara Menteri Besar dan NC mentadbir, tidak mustahil Unisel akan menjadi gagah putih dan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang tidak akan kesampaian,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Dato' Sohaimi Shahadan,
Pengerusi GPRS
Justeru, GPRS mendesak  Menteri Besar mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Dr Anuar yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus memecat Ahli Lembaga pengarah UNISEL yang tidak peka dengan kedudukan kewangan dan gagal merancang dengan baik perjalanan UNISEL serta memaklumkannya kepada kerajaan negeri. Mereka sekadar makan Elaun Buta sahaja, satu kerugian kepada rakyat Selangor, tetapi sekarang seperti sudah jadi satu amalan kerajaan negeri, apa saja yang di tegur oleh menteri atau kerajaan pusat akan di sanggah dan Menteri Besar dan kroni-kroninya gunakan taktik lama supaya setiap isu dapat dipolitikan kemudian.

“Setiap kelemahan kerajaan PKR, akhirnya BN juga yang akan disalahkan.  Kalau unisel ada masalah kewangan yg serius Kerajaan Negeri mesti cari jalan awal dan perancangan jangka panjang untuk bantu selamatkan UNISEL.

Lebih dari itu, yuran hostel juga patut disubsidi oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada menggunakan wang rakyat daripada dana khas peruntukan di bawah Geran Selangorku berjumlah RM5 juta untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah, lebih baik digunakan untuk memberi bantuan kepada penyelesaian asrama pelajar-pelajar berkenaan. Ini menunjukkan Menteri Besar hanya mengutamakan kepentingan politik  dan mengabaikan pelajar di Unisel,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Rakyat sudah semakin bosan dengan kerenah pentadbiran dan pengurusan Unisel yang dipengaruhi politik kerajaan negeri.   Jadi cakap-cakap tentang Unisel bakal bangkrap bukan lagi retorik. Malah sehingga kini Menteri Besar masih gagal mendedahkan laporan audit yang kononnya akan siap pada bulan Ogos 2012. Pastikan mengapa pembayaran tidak dapat dilakukan kepada  pengurusan asrama selama hampir 17 bulan turut dimasukkan dalam laporan audit itu nanti.

“Sampai bila lagi Menteri Besar mahu bertindak menyelesaikan  kudis-kudis yang semakin membiak di Unisel. Ini adalah antara kelemahan kerajaan negeri dalam pentadbiran sehingga menyebabkan sebuah universiti yang gah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, menjadi tiada hala tuju.

Rakyat perlu fikirkan adakah kerajaan negeri yang sedia maklum lemah dan tidak berintergriti ini perlu diberi mandat lagi pada pilihan raya umum akan datang? GPRS juga mencabar MB utk mengumumkan dan bentangkan Kedudukan kewangan UNISEL segera,” tambahnya lagi.