Friday, December 14, 2012

MANIFESTO BUKAN JANJI : RAKYAT SELANGOR SEMAKIN FAHAM PENIPUAN PAKATAN.



Umpama perlawanan tinju, kisah pertembungan antara kumpulan ibu tunggal yang menuntut hak mereka berdasarkan janji pilihanraya umum Pakatan Rakyat 2008 dengan kerajaan Selangor akan jadi perlawanan klasik.
Sudah pasti akan mendapat liputan meluas, berikutan sebelum ini ada macam-macam hu ha apabila Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor menuntut elaun yang dijanjikan kepada mereka di dalam manifesto pembangkang pada 2008.
Namun janji tinggal janji, dan lebih perit lagi apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata manifesto bukan janji.
Berikutan itu, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor Murtini Kasman mewakili lebih 3000 ahlinya menfailkan saman terhadap kerajaan negeri.
Dan kemudiannya, salah seorang exco Selangor, Rodziah Ismail mengancam akan melakukan saman balas.
Menurut Murtini Kasman, pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam Tetuan Kamarudin & Partners, Kamarudin Ahmad kerana ia sudah dibawah bidang kuasa perundangan.
"Saya serahkan pada peguam kerana ia sudah jadi kes mahkamah. Saya tidak akan menganggu kes mahkamah.
"Cuma, saya hanya menuntut janji yang dijanjikan dan terus akan perjuangkan walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada saya, saya terima," katanya yang ditemui selepas memfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Rabu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Rodziah sebelum ini yang mempertimbangkan untuk membuat saman balas kepada Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor demi mengekalkan integritinya selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kebudayaan.
Sementara itu, Kamarudin yang ditemui selepas memfailkan saman tuntutan itu berkata, seramai 3011 ibu tunggal dari Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat dan Gombak menuntut ganti rugi berjumlah RM 16,259,400 iaitu pada kadar RM100 selama 54 bulan yang dikira mulai 1 April 2008 bagi setiap plaintif.
Menurutnya, kesemua plaintif menuntut Representasi dan Deklarasi seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat pada 2008.
Antaranya ialah meminta defendan untk mewujudkan satu skim yang dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor dan meminta defendan pertama melantik jabatan atau agensi defendan pertama untuk menguruskan skim tersebut.
"Saman yang difailkan hari ini menuntut satu deklarasi supaya mahkamah memerintahkan kerajaan Selangor membayar elaun ibu tunggal kepada mereka yang dikategorikan sebagai wanita yang telah bercerai, balu, dan sebagainya.
"Ibu tunggal sebagai plaintif memohon diperintahkan kerajaan Selangor mewujudkan satu skim bantuan ibu tunggal di mana elaun sebanyak RM100 sebulan dibayar kepada ibu tunggal mulai 1 April 2008," katanya.-12/12/2012 *gambarfail

AGENDADAILY

2 comments:

  1. Tuan Sohaimi, harap kalau BN menang nanti di selangor, tolong jgn ikut perangai PR ni pulak ye???
    saya rakyat Selangor yg tidak memihak dlm mana mana parti politik...sekadar BN friendly jer...

    ReplyDelete
  2. Salam... tolong ulas apa yang Khalid Bebalhim ni katakan....



    Elaun: Buktikan undi Pas, DAP, PKR di mahkamah

    SHAH ALAM 13 Dis. - Ibu-ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor perlu membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan selepas itu baru mereka boleh menerima elaun RM100 sepertimana yang dijanjikan.

    Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu penting untuk memastikan setiap ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri tahu kelayakan mereka selain menyelidik bagaimana mereka mendapat perjanjian tersebut.

    Beliau berkata, selaku defendan pertama dalam kes berkenaan, kerajaan negeri akan menjawab segala pertuduhan di mahkamah seperti yang dikehendaki.

    "Dengan cara ini, kita boleh tahu ibu tunggal yang menyaman itu dari parti mana, jika mereka ahli UMNO dan mengaku mengundi calon Pas, PKR dan DAP baguslah kerana terbukti perkara ini hanya merupakan polemik politik semata-mata.

    ReplyDelete