Menunaikan janji kepada mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO (BePU) akan mengadakan satu forum bagi mencari penylesaian kepada isu yang berlanjutan sekian lama itu.
Bertajuk `Muflis@Bankrap- Anda Masih Ada Peluang Kedua’, ia dijadikan platform kepada pihak terbabit mengupas masalah itu dan mencari satu formula terbaik untuk di bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk perubahan kepada Akta Kebankrapan 1967.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, forum ini akan diadakan pada 18 Februari ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), akan menghimpunkan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Bank Negara Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, forum berkenaan dijangka akan mencapai satu kesepakatan mengenai bagaimana status muflis yang kini membabitkan 240,000 individu pelbagai sektor di negara ini mempunyai ruang dan 'kelonggaran' untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
"Daripada senarai itu, kita dapati sebahagian besar yang diisytihar muflis adalah golongan muda berumur di bawah 40 tahun dan menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda Umno bersama gabungan NGO)membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib," katanya pada satu sidang media di sini, sebentar tadi.
Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul sejak 18 Disember lalu, terdapat lebih 1,000 maklum balas termasuk pendapat serta pandangan berhubung isu berkenaan dan menerusi forum itu nanti, pelbagai persoalan mengenainya dapat diselesaikan.
Berdasarkan rekod, pihaknya mendapati, ramai yang bankrap disebabkan pinjaman sewa beli kenderaan iaitu sekitar 26 peratus, pinjaman perumahan (12 peratus),hutang (21 peratus), pinjaman persendirian (13 peratus) dan pinjaman perniagaan sebanyak 11 peratus.
"Kita juga menjemput ahli panel yang arif mengenai isu ini termasuk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim johan serta Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk sama-sama mengupas permasalahan ini," katanya.
"Justeru, Pemuda berharap orang ramai turut serta di dalam perbincangan ini dan memberikan pandangan. Hasil maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa. Saya yakin, akta baru akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini lebih memberikan lebih ruang kepada orang bankrap mendapat peluang kedua," katanya.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua atau menghubungi sekretariat di talian 017-7157171.
BLOG SG
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. Datuk,
ReplyDeleteTahniah di atas forum yg bakal dirancangkan,seperti kes saya, saya ada membuat pinjaman perumahan dari MBSB, disebabkan pemaju perumahan yang tidak bertanggung jawab, projek tidak dapat disiapkan dan telah masuk tahun ke 6. Jbtn Perumahan Negara pun tidak dpt mengambil tindakan kerana projek perumahan ini di kategori sebagai projek brmasalah. JPN hanya dapat meminta pemaju menyiapkan projek ini dan tiada sebarang time frame untuk disiapkan. Pembeli rumah terinaya.
Mohon Bagaimana Caranya untuk mendaftar Penyertaan Bankrap@Muflis Anda masih ada peluang kedua pada 18hb Feb 2013 bertempat di PWTC. Saya akan mewakili pertubuhan / NGO Keusahawanan. Mohon Hubungi / SMS Saya ditalian 0169841493 dan email mohdjins@yahoo.com. Saya telah hubungi no urusetia 017-7157171 tetapi tidak berfungsi. Oleh Pen.Setiausaha Agong, DUID Msia.
ReplyDeletesyabas kepada datuk Shuhaimi kerana dapat mengadakan forum seperti ini, yang bakal memberi satu nafas baru dalam melalui penghidupan yang lebeh bererti bagi golongan2 seperti ini. yang muda dapat memperbetul kan landasan yg lebeh baik, dan yang telah penghujung usia , akan dapat keluar dari segala fenomena kepayahan penghidupan yg telah dilului seterusnya melunaskan segala cita2 yg baik sebelum kembali menemui penciptanya.......
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete