Sunday, July 3, 2011

BIRO EKONOMI PEMUDA UMNO (BEPU) SEDIA MEMBANTU.



KUALA LUMPUR 2 Julai – Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO bersedia menjadi penghubung bagi membincangkan undang-undang pengubahsuaian motosikal berkuasa tinggi dengan pihak berkuasa.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya memahami rungutan yang disuarakan oleh peminat motosikal itu apabila undang-undang ketika ini tidak membenarkan mereka mengubah suai kenderaan jenis itu.

“Kita bersedia untuk berbincang dengan pihak berkuasa supaya kreativiti penunggang motosikal ini tidak tersekat.

“Sebenarnya, peminat motosikal berkuasa tinggi ini bukanlah terdiri daripada kelompok bermasalah kerana banyak aktiviti yang mereka jalankan melalui konvoi adalah berbentuk amal malah ramai daripada mereka terdiri daripada golongan yang banyak menyumbang kepada masyarakat,” katanya,

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Butik Red Garage dan pelantikan vendor-vendor serta majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara butik itu dengan biro yang diterajuinya di sini hari ini.

Sempena majlis itu, Sohaimi turut melepaskan konvoi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi itu yang mengelilingi ibu negara.

Sementara itu, Sohaimi berkata, jalinan kerjasama menerusi MoU itu akan mewujudkan penembusan pasaran bersama Red Garage untuk mempromosikan produk berkaitan motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai kelompok peminat yang besar di negara ini.

Sementara itu, pemilik Red Garage, Muhd. Idi Iskandar Abu Zahar berkata, beliau gembira kerana kerjasama itu akan menarik minat usahawan muda dan baru menjadi ejen bagi membekal dan memasarkan aksesori dan alat ganti untuk motosikal berkuasa tinggi.
“Kita berharap kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti yang merancakkan lagi perkembangan bidang permotoran,” katanya. - Utusan

Saturday, July 2, 2011

JEMPUTAN KE PROGRAM BIRO USAHAWAN PEMUDA UMNO DAN HARLEY DAVIDSON.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

Saudara-saudara yang dimuliakan adalah dijemput ke Majlis Pembukaan Kedai The Red Garage ( The House Of Choppers) dan MOU kerjasama usahawan dengan Biro Usahawan Pemuda Umno (BEPU) di No 1, Jalan Kia Peng KL ( Bersebelahan Borneo Baruk Cafe) pada hari ini sabtu 2/7/2011, jam 2.30 petang dirasmikan oleh saya ( Dato' Sohaimi Shahadan) .

Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan pembukaan satu-satunya butik custom bike choppers di KL.

Program kerjasama BEPU dengan Harley Davidson ini akan dihadiri oleh 300 pemilik motorbesar seluruh negara termasuk selebriti terkenal seperti Awie,Erra Fazira,Maznah Zulkifli,Fauziah Latif dll.

Friday, July 1, 2011

PENGGUBAHAN WANG HARAM, SIASAT SEGERA ANWAR.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Satu lagi pendedahan yang menggemparkan negara apabila bekas wakil rakyat PKR, N Gobalakrishan (Padang Serai) memberitahu Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'raja'pengubahan wang haram.

2. Malah kata Gobala, dia tidak menolak kemungkinan bahawa duit haram mencecah berbilion ringgit itu turut digunakan bagi menjayakan perhimpunan haram 9 Julai ini, selain menampung perbelanjaan parti PKR.

3. Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000. 

4. Lebih membimbangkan lagi menurut Gobalakrishnan wang haram berkenaan bukan saja digunakan bagi tujuan politik, malah dikatakan untuk pembelian senjata.Jika benar terdapat pembelian senjata seperti yang didakwa, apakah tujuannya?

5. Ini sememangnya menimbulkan persoalan, jika benar berlaku pembelian senjata apakah ia bertujuan untuk mencetuskan huru-hara, ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa dan kita tidak boleh memandang remeh perkara ini. 

6. Apatah lagi penahanan beberapa pemimpin politik pembangkang beberapa hari lalu yang dikatakan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis, kemungkinan juga apa yang didakwa Gobalakrishnan itu ada asasnya.

7. Justeru pihak berkuasa diminta dan digesa supaya segera menjalankan siasatan terhadap Anwar. Dakwaan berkenaan adalah satu perkara berat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Oleh itu pihak berkuasa tidak perlu menunggu laporan polis, siasatan segera perlu dilakukan kerana pendedahan berkenaan jelas.

8. Selepas dibebaskan dari penjara sehingga kini, Anwar tidak habis-habis menimbulkan kekecohan serta suasana tidak selamat di Malaysia semata-mata bagi menjatuhkan kerajaan BN secara haram sekaligus menabalkannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

9. Perbuatan Anwar sukar untuk dimaafkan, saya kira segala anugerah serta kebesaran yang sebelum ini diberikan kepadanya perlu ditarik balik kerana 'manusia'ini sudah banyak merosakkan imej negara dan lebih dari itu skandal seks dihadapinya mencemarkan imej Islam.

10. Oleh itu pihak berkuasa, polis dan juga SPRM perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera. Jangan biarkan perbuatan Anwar menjadi 'barah' sekaligus merosakkan negara.