Wednesday, November 30, 2011
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO. (SIRI 2)
Ketiga-tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri - secara serentak memulakan perhimpunan agung masing-masing pada pukul 8 pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Perhimpunan agung kali ini dijangka menumpukan kepada pengukuhan jentera pilihan raya parti dalam persediaan tunjang parti pemerintah itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan agung Wanita yang menghimpunkan 944 perwakilan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail manakala sayap Pemuda yang diwakili 942 anggota berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri Umno dengan 934 perwakilan di Dewan Merdeka.
Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti dirasmikan serentak Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan sebagai berkata bahawa pergerakan itu memfokuskan kepada perpaduan dan disiplin kerana aspek berkenaan sangat penting dalam persediaan ke "medan perang" bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula dilaporkan sebagai berkata bahawa pergerakan itu akan menumpukan kepada program-program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya ia lebih difahami dengan jelas para perwakilan khususnya generasi muda.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dilaporkan berkata pergerakan itu akan membangkitkan isu-isu membabitkan generasi muda.
Para perwakilan akan membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing serta membahaskan usul ekonomi, pendidikan dan agama.
- Bernama
Monday, November 28, 2011
HARI INI JELAJAH FRANCAIS 1MALAYSIA DI KUALA LUMPUR.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
Saya dengan segala hormatnya menjemput saudara dan saudari untuk menghadiri Program Jelajah Francais 1Malaysia yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.
Butirannya adalah seperti berikut.
Kuala Lumpur
Tarikh : 28 Nov 2011
Masa : 8 pagi hingga 5 petang.
Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific
Perasmi : YB Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Sebarkan kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan francais.
Saturday, November 26, 2011
SALAM MAAL HIJRAH 1433H.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
Semoga di tahun baru hijrah ini akan membawa kebaikan kepada seluruh umat islam. Berdoalah agar kita memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.
Doa akhir tahun di baca 3x selepas asar dan sebelum maghrib :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
*Doa awal tahun dibaca 3x selepas maghrib :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1433!
Subscribe to:
Posts (Atom)

