Wednesday, December 14, 2011

PAKATAN : SEMAKIN HARU BIRU.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Semakin dekat pada pilihanraya umum ke 13, pembangkang dilihat semakin bercelaru.

2. Di atas adalah antara contoh bagaimana kelakukan pembangkang dalam mengkhayalkan misi politik rakus.

3. DAP cuba mengintai kerusi Menteri Besar Selangor pada pru ke 13 nanti.

4.Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pembangkang dilihat lebih fokus dan terarah dalam membincangkan perihal pembahagian kerusi, pertikaian pembahagian kerusi, pertikaian dalam menentukan dasar.

5. Sebentar DAP menyanggah PAS, selepas itu PKR menyanggah DAP dan seperti biasa DAP senantiasa menunjal PAS.

6. Samada pru ke 13 semakin hampir atau tidak itu bukanlah priority yang perlu rakyat terkesan. Rakyat wajib menilai keberkesanan prestasi Ahli Parlimen dan Adun pakatan di kawasan mereka.

7. Adakah mereka telah mencapai 'par' sepertimana yang rakyat kehendaki atau sebenarnya lebih condong kepada ketukan ceramah tin kosong ?

8. Kekonsistensi dasar parti dalam pakatan juga wajib dijadikan penanda aras dalam rakyat menilai kesepakatan mereka. Jikalau dasar parti selama 50 tahun boleh dibakulsampahkan hanya kerana takut dan tunduk pada rakan parti yang lain, maka sewajarnyalah rakyat menilai semula sokongan mereka terhadap parti 'itu'.

9. Realiti politik hari ini, kerajaan Barisan Nasional tampak lebih teguh dan konsisten dalam menghala tujukan arah perjalanan politik,ekonomi dan sosio negara.


No comments:

Post a Comment