Monday, August 6, 2012

MENGURUS UNISEL PUN GAGAL.



Cukup menghairankan apabila Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr. Anuar Ahmad bercakap kepada media bahawa universiti tersebut lebih baik di bawah pentadbiran PKR Selangor dan mendapat keuntungan sehingga boleh membayar bonus kepada kakitangan. 

Namun apabila lebih 3,000 pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti dijadualkan minggu lalu, menunjukkan banyak kelemahan daripada aspek pentadbiran dan kedudukan kewangan UNISEL yang semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu membayar kpd Pengendali asrama pelajar yang di fahamkan sudah meningkat kepada RM 15 juta.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, walaupun pelajar sudah membuat pembayaran yuran melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi  Unisel gagal untuk  melangsaikan  tunggakan bayaran.  Siapa yang harus dipersalahkan? Difahamkan Unisel  juga mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya untuk membeli IPad kepada ketua-ketua jabatan dengan nilai mencecah RM500,000.

“Inilah yang berlaku jika pengurusan universiti lebih cenderung berpolitik sehingga mengabaikan aspek pentadbiran universiti, menyebabkan prestasi akademik semakin merudum dan kebajikan pelajar tidak terbela. Lebih mengecewakan apabila universiti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini hanya memekakkan mata dan membutanya telinga terhadap kelemahan pentadbiran dan kewangan di universiti itu.

Selama ini Menteri besar mendabik dada mencanang kehebatan mereka mengurus kewangan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan UNISEL tapi jika inilah cara Menteri Besar dan NC mentadbir, tidak mustahil Unisel akan menjadi gagah putih dan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang tidak akan kesampaian,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Dato' Sohaimi Shahadan,
Pengerusi GPRS
Justeru, GPRS mendesak  Menteri Besar mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Dr Anuar yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus memecat Ahli Lembaga pengarah UNISEL yang tidak peka dengan kedudukan kewangan dan gagal merancang dengan baik perjalanan UNISEL serta memaklumkannya kepada kerajaan negeri. Mereka sekadar makan Elaun Buta sahaja, satu kerugian kepada rakyat Selangor, tetapi sekarang seperti sudah jadi satu amalan kerajaan negeri, apa saja yang di tegur oleh menteri atau kerajaan pusat akan di sanggah dan Menteri Besar dan kroni-kroninya gunakan taktik lama supaya setiap isu dapat dipolitikan kemudian.

“Setiap kelemahan kerajaan PKR, akhirnya BN juga yang akan disalahkan.  Kalau unisel ada masalah kewangan yg serius Kerajaan Negeri mesti cari jalan awal dan perancangan jangka panjang untuk bantu selamatkan UNISEL.

Lebih dari itu, yuran hostel juga patut disubsidi oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada menggunakan wang rakyat daripada dana khas peruntukan di bawah Geran Selangorku berjumlah RM5 juta untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah, lebih baik digunakan untuk memberi bantuan kepada penyelesaian asrama pelajar-pelajar berkenaan. Ini menunjukkan Menteri Besar hanya mengutamakan kepentingan politik  dan mengabaikan pelajar di Unisel,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Rakyat sudah semakin bosan dengan kerenah pentadbiran dan pengurusan Unisel yang dipengaruhi politik kerajaan negeri.   Jadi cakap-cakap tentang Unisel bakal bangkrap bukan lagi retorik. Malah sehingga kini Menteri Besar masih gagal mendedahkan laporan audit yang kononnya akan siap pada bulan Ogos 2012. Pastikan mengapa pembayaran tidak dapat dilakukan kepada  pengurusan asrama selama hampir 17 bulan turut dimasukkan dalam laporan audit itu nanti.

“Sampai bila lagi Menteri Besar mahu bertindak menyelesaikan  kudis-kudis yang semakin membiak di Unisel. Ini adalah antara kelemahan kerajaan negeri dalam pentadbiran sehingga menyebabkan sebuah universiti yang gah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, menjadi tiada hala tuju.

Rakyat perlu fikirkan adakah kerajaan negeri yang sedia maklum lemah dan tidak berintergriti ini perlu diberi mandat lagi pada pilihan raya umum akan datang? GPRS juga mencabar MB utk mengumumkan dan bentangkan Kedudukan kewangan UNISEL segera,” tambahnya lagi.

1 comment:

  1. Ex-official: Unisel being run to ruin
    SHAH ALAM: A UNIVERSITY with 12,000 students should not be facing financial trouble unless it is poorly managed.
    Former Universiti Selangor (Unisel) marketing and communication director Halid Hasbullah said the university would not face such a predicament if it was managed properly.
    The situation, he said, was made worse by political interference in the state-run university's administration.
    "This shows that Unisel has high operations cost. Other private college and universities can make profit by having 7,500 to 8,000 students.
    "From what I observe, Unisel has a high fixed cost.

    Sekadar pandangan…
    Saya merujuk kepada penyataan En Halid Hasbullah, bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi UNISEL dalam TheStar 7 Ogos 2012, mengenai masalah pengurusan kewangan Universiti tersebut.

    Banyak kebenarannya bahawa UNISEL dibawah PR ini menghadapi masalah. Bermula dengan campur tangan ahli politik yang bermotifkan wang, di dalam lembaga pengarah. Kemudian rombakan tenaga kerja yang menyaksikan pemecatan dan perletakan jawatan pegawai kanan dan pengurusan atasan. Penambahan VC dan perlantikan pegawai yang tidak cekap dan tiada keperluan. `Intake’ pelajar yang berkurangan setiap semester akibat dari kehilangan keyakinan ibubapa terhadap UNISEL pengurusan baru ini, menyumbang kearah aliran wang tunai yang ketat..

    Pada hemat saya, pengurusan yang berkiblatkan PR ini mengambil kesempatan yang ada untuk menghabiskan wang universiti kerana kemungkinan besar, selepas PRU13, Selangor akan ditabir semula oleh BN. Segala rezab kewangan harus dihabiskan dan hutang perlu diperbesarkan supaya pengurusan akan dating akan menghadapi masalah.

    GLC Kerajaan Selangor yang lain juga dikataan sedang sibuk meng`adjust’ akaun dan aliran wang tunai supaya jika berlaku pertukaran kerajaan, wang tunai sudah di guna atau di larikan ke projek kroni.

    Dokumen dokumen penting kerajaan seperti hasil mansul tanah dan bahan mentah sudah di ketepikan oleh kerajaan PR.

    Begitulah rakusnya PR di Selangor. Pada saya BN perlu `kurang ajar’ seperti PR juga.

    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete