Wednesday, May 11, 2011

RANGKUMAN MESYUARAT AGUNG PEMUDA UMNO BAHAGIAN SELAYANG.

  Assalamualakum wb dan Salam 1Malaysia

1. Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana telah menginzinkan perjalanan Mesyuarat Agung Pemuda Umno Selayang berjalan dengan jayanya.

2. Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia iaitu Datuk Razali Ibrahim telah sudi untuk merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda Umno Selayang pada hari ahad yang lepas.

3. Saya telah menggariskan beberapa intipati penting akan halatuju Pergerakan Pemuda terutamanya di Bahagian Selayang.

4. Saya menyeru agar pemuda umno perlu lebih analatikal dalam menilai dan mengupas isu apatahlagi jika ianya menyentuh akan kepentingan rakyat. Minda forensik yang lebih menjurus kepada pemikiran politik mikro perlu diimplementasi oleh seluruh penggerak parti.

5. Yang jelas sekiranya kaedah atau perlaksanaan minda forensik ini dijalankan, maka keberhasilan dalam mendapat keputusan yang terbaik pasti ditemui. 

6.Sebagai contoh, dalam usaha kita mengupas janji pilihanraya oleh kerajaan selangor. Tindak tanduk mereka yang dilihat banyak cakap tapi tak serupa bikin sebenarnya boleh dijadikan bahan politik yang kuat untuk menyedarkan rakyat akan 'keberhasilan pembohongan nyata' kerajaan pakatan.

7. Kaedah terbaik dalam melakukan tindakan membuat keputusan politik adalah apabila kita menggunapakai kaedah 6th sense yang ternyata boleh membuka ruang lingkup pemikiran pro dan kontra dalam menilai sesuatu isu.

8.Sepertimana yang kita ketahui, cara kita untuk menjawap dan seterusnya dapat menewaskan cara pakatan selangor adalah berfikir/bertindak 3 langkah ke depan. Inilah gaya strategi politik yang berkesan tatkala kita berhadapan dengan corak  putarbelit politik mainan mereka.

8.Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang sewajarnya menjadi pemangkin kepada era gaya politik terbaru yang banyak menggunakan medium media maya. 'Game' politik yang berlandaskan kepada aplikasi Blog,FB dan Twitter sewajarnya sudah menjadi 'mainan' semua ahli pemuda. 

9.Inilah indikasi tranformasi yang kerap dicanangkan oleh Presiden Parti, Dato' Seri Najib.

10. Dalam ucapan terakhir saya semasa menggulungkan ucapan, saya telah meletakkan satu tugasan penting kepada semua ahli pergerakan pemuda umno selayang. Pendaftaran pengundi baru harus dipergiatkan lagi hingga ke tahap paling maksima. Insyaallah tanggungjawap ini kami akan laksanakan bersama.

11.Beberapa foto menarik sepanjang mesyuarat ini akan dipamerkan dalam masa terdekat.

Tuesday, May 10, 2011

ANWAR IBRAHIM : MENTALNYA MAKIN TIDAK STABIL.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Bagaimana saya hendak memulakan isi artikel ini ? 

2. Anwar Ibrahim menggelarkan DS Najib sebagai xxxxxxxxxx. xxxxxxx ini semua orang sudah tahu, cuma saya tak sanggup untuk meletakkan perkataan ini kerana ia terlalu kurang ajar.

3. Budaya kurang ajar sudah meresap ke dalam jiwa segelintir penggerak PKR. Bermula daripada kepala hinggalah kepada golongan picisan AMK nya, semuanya bermentalitikan jiwa yang tidak stabil.

4. Adakah ini kerana permaslahan makanan mereka , atau mereka punyai masalah didikan sejak kecil.

5.Bagi saya anwar ibrahim sudah tertekan, jiwa dan corak pemikirannya semakin tidak stabil.
6. Pelbagai usaha yang beliau lakukan selama ini diyakini telah memakan diri. Antara yang terbesar adalah menyetujui ide pluralisme agama yang amat suka dikendongnya.

7. Adakah pemimpin pas akan bersetuju dengan kata-kata penghinaan yang Anwar berikan kepada DS Najib ? Adakah pemimpin pas akan bersetuju 'contoh akhlak terbilang' yang telah anwar ibrahim tonjolkan ?

8. Saya menyambut kata Setiausaha Agung Umno, kita tak perlu melayan orang gila dalam menjawap kes ini.

9. Maka artikel ini berhenti setakat ini sahaja.

Sunday, May 8, 2011

PLURALISME ANWAR MENGUNDANG PERSOALAN ABIM .

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Saya meneliti dengan tekun akan pendedahan video youtube yang dilakukan oleh bloger AIDC. 

2. Jelas di dalam kandungan video tersebut, anwar ibrahim telah di asak secara hebat oleh saudara yusri  mohamed ( presiden ke 6 ABIM) yang mempersoalkan tindakan pluralisme anwar ibrahim kerana menyokong pemurtadan lina joy.

3. Saya amat berharap agar pimpinan Pas dapat bermuhasabah diri setelah menonton video ini. 

4. Berpolitik itu ada gayanya dan ada batasnya.

Thursday, May 5, 2011

FAKTA PENTING KES TBH.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Sejak 2 minggu kebelakangan ini, kita semakin dipertontonkan dengan gambaran sebenar di sebalik tabir kegiatan licik Adun Seri Kembangan,TBH dan seorang kontraktor dalam skandal di selangor.

2. Saya amat berharap agar kesemua bahan bukti dan grand design mereka dapat diselongkarkan. Biar rakyat tahu akan fakta dan  punca sebenar kematian TBH.

3.Saya tersenyum sini sahaja melihatkan perkara RCI TBH. Patutlah pemilik jam omega takut hendak melakukan RCI dalam skandal video panasnya itu. 

4. Dulu orang itu kerap menyebut 'membujur lalu melintang patah' namun saya rasa eloklah ianya ditukar kepada 'membujur lalu melintang pukang'. 

KUALA LUMPUR 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009.

Katanya, intipati kesalahan sudah mencukupi kerana Wye Wing yang merupakan kontraktor bukan bumiputera menyedari bahawa projek yang diperoleh daripada kerajaan negeri Selangor dengan meminjam nama syarikat kontraktor bumiputera, adalah dikhaskan untuk bumiputera sahaja.

Bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap kesalahan tersebut tidak dapat dilakukan berikutan kematian Beng Hock selain kontroversi dan keadaan yang tidak sesuai selepas kejadian tersebut.

‘‘Bagi saya keterangan Beng Hock paling penting. Walaupun kes merujuk kepada Seksyen 18 (tuntutan palsu), terdapat juga kesalahan lain yang boleh disiasat seperti Seksyen 23 (salah guna kuasa) atau menipu di bawah Kanun Keseksaan.

‘‘Saya ada berbincang dengan pihak atasan, tetapi memandangkan keadaan dan senario pada ketika itu, kita tidak boleh siasat lanjut kesalahan lain kerana kemungkinan tidak akan dapat keterangan yang diperlukan terutama keterangan Beng Hock,’’ jelas beliau.

Menurut Ahmad Shafik, keterangan Hian Wah yang merupakan suspek utama dalam siasatan berhubung 80 projek di kawasannya serta ADUN angkat, Kuala Kubu Bharu juga tidak dapat dirakamkan kerana keadaan semasa yang kontroversi serta telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Sementara kenyataan Wye Wing terpaksa dirakam beberapa kali berikutan gangguan oleh beberapa peguam termasuk yang tidak dilantik oleh kontraktor itu kerana pihak SPRM terpaksa mengikut kesesuaian masa mereka selain tidak dibenarkan menyoal siasat selepas pukul 5.30 petang.

Katanya, hasil siasatan beliau bagaimanapun mendedahkan sebanyak sembilan syarikat kontraktor bumiputera digunakan oleh Wye Wing untuk meraih projek dan program di bawah peruntukan ADUN negeri Selangor.

Katanya, penyalahgunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F itu menyalahi tatacara Perbendaharaan Negeri Selangor yang terikat dengan arahan Perbendaharaan Kementerian Kewangan.

petikan Utusan Malaysia.

Tuesday, May 3, 2011

PROGRAM ACYEAF DI JAKARTA. (SIARAN AKHBAR)


 Seramai 38 orang usahawan muda telah menyertai program  3rd ASEAN-China Young Entrepreneurs Association Forum(ACYEAF) di Jakarta Convention Center. 

Forum berbentuk keusahawanan yang dianjurkan oleh Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) telah berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh kira-kira 500 orang delegasi dari ASEAN-China Young Entrepreneurs Association dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia,  Bapak Ir M. Hatta Rajasa. 
 Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Ybhg. Dato’ Sohaimi bin Shahadan selaku Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan (BePU) Pemuda UMNO Malaysia. Selain ahli BePU, turut serta mewakili negara dalam forum ini adalah ahli-ahli Gabungan Muda Berjaya (GMB), 1Malaysia Young Entrepreneurs, Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Perdasama Muda Malaysia serta Persatuan Usahawan Melayu Bandar Tun Razak. 

Pengerusi BePU, Dato’ Sohaimi Shahadan sewaktu ditemui baru-baru ini berkata, ”3rd ASEAN-China Young Entrepreneurs Association Forum ini merupakan satu platform terbaik kepada para usahawan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka melalui perkongsian kepakaran dan hubungan kerjasama dua hala dimana para peserta terdiri daripada satu populasi yang besar iaitu daripada Negara China dan ASEAN”.
 Sewaktu Forum berlangsung, Sohaimi yang juga merupakan salah seorang ahli panel telah menyarankan agar para usahawan di Negara ini lebih agresif dan bijak mengintai peluang-peluang untuk melebarkan sayap perniagaan masing-masing dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi atau projek-projek kerajaan semata-mata.

Sohaimi turut mencadangkan kepada ASEAN agar menyediakan dana khusus bagi program-program keusahawanan dan memfokuskan program-program berbentuk integrasi / knowledge base kepada para usahawan-usahawan  muda. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa perniagaan secara francais perlu diketengahkan kerana risiko kegagalan amat tipis. 

“Forum ini berjaya menghimpunkan usahawan-usahawan dari seluruh pelusuk China dan Asean yang dapat berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing. Banyak perkara-perkara baru atau peluang perniagaan dapat dicipta oleh para peserta forum ini. 

Selain itu, produk-produk tempatan dapat dipromosikan kepada para delegasi bagi mengetahui reaksi atau penerimaan daripada pasaran antarabangsa.

Di sini,para peserta berpeluang menjalin hubungan kerjasama dan mengukuhkan rangkaian perniagaan masing-masing selain mencipta peluang perniagaan baru”.

“Selain itu, sebagai seorang usahawan, kita seharusnya peka terhadap arus pembangunan teknologi yang terbukti dapat memudahkan urusan perniagaan kita. Melalui teknologi ICT dan rangkaian sosial seperti facebook dan twitter, segala urusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan pantas. secara atas talian”, tambah Sohaimi lagi.

“Malaysia turut menawarkan diri sebagai penganjur program bagi 4th ASEAN-China Young Entrepreneurs Association Forum pada tahun 2012”, tambah Sohaimi mengakhiri perbualan.