1. Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana telah menginzinkan perjalanan Mesyuarat Agung Pemuda Umno Selayang berjalan dengan jayanya.
2. Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia iaitu Datuk Razali Ibrahim telah sudi untuk merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda Umno Selayang pada hari ahad yang lepas.
3. Saya telah menggariskan beberapa intipati penting akan halatuju Pergerakan Pemuda terutamanya di Bahagian Selayang.
4. Saya menyeru agar pemuda umno perlu lebih analatikal dalam menilai dan mengupas isu apatahlagi jika ianya menyentuh akan kepentingan rakyat. Minda forensik yang lebih menjurus kepada pemikiran politik mikro perlu diimplementasi oleh seluruh penggerak parti.
5. Yang jelas sekiranya kaedah atau perlaksanaan minda forensik ini dijalankan, maka keberhasilan dalam mendapat keputusan yang terbaik pasti ditemui.
6.Sebagai contoh, dalam usaha kita mengupas janji pilihanraya oleh kerajaan selangor. Tindak tanduk mereka yang dilihat banyak cakap tapi tak serupa bikin sebenarnya boleh dijadikan bahan politik yang kuat untuk menyedarkan rakyat akan 'keberhasilan pembohongan nyata' kerajaan pakatan.
7. Kaedah terbaik dalam melakukan tindakan membuat keputusan politik adalah apabila kita menggunapakai kaedah 6th sense yang ternyata boleh membuka ruang lingkup pemikiran pro dan kontra dalam menilai sesuatu isu.
8.Sepertimana yang kita ketahui, cara kita untuk menjawap dan seterusnya dapat menewaskan cara pakatan selangor adalah berfikir/bertindak 3 langkah ke depan. Inilah gaya strategi politik yang berkesan tatkala kita berhadapan dengan corak putarbelit politik mainan mereka.
8.Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang sewajarnya menjadi pemangkin kepada era gaya politik terbaru yang banyak menggunakan medium media maya. 'Game' politik yang berlandaskan kepada aplikasi Blog,FB dan Twitter sewajarnya sudah menjadi 'mainan' semua ahli pemuda.
9.Inilah indikasi tranformasi yang kerap dicanangkan oleh Presiden Parti, Dato' Seri Najib.
10. Dalam ucapan terakhir saya semasa menggulungkan ucapan, saya telah meletakkan satu tugasan penting kepada semua ahli pergerakan pemuda umno selayang. Pendaftaran pengundi baru harus dipergiatkan lagi hingga ke tahap paling maksima. Insyaallah tanggungjawap ini kami akan laksanakan bersama.
11.Beberapa foto menarik sepanjang mesyuarat ini akan dipamerkan dalam masa terdekat.
11.Beberapa foto menarik sepanjang mesyuarat ini akan dipamerkan dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment