Friday, July 22, 2011
Wednesday, July 20, 2011
FOTO PELANCARAN KONSORTIUM CAW.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Semalam saya telah berkesempatan untuk menghadirkan diri di dalam majlis pelancaran konsortium CAW (cartoonist at work) di Kuala Lumpur.
2. CAW adalah gabungan 10 syarikat milik penuh kartunis-kartunis tanah air yang berpengalaman selama 10-20 tahun dalam mengeluarkan produk animasi tempatan.
3. Saya selaku Penaung konsortium CAW melihat kehebatan artistik para penggiat animasi tempatan merupakan satu lagi produk tempatan yang wajar dikeketengahkan hasil mereka ke arah yang lebih jauh lagi. Produk animasi tempatan sewajarnya diberikan tempat dalam usaha untuk memberikan mereka peluang untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
4.Alhamdulillah, konsortium CAW telah mendapat sokongan luar biasa oleh Menteri Penerangan Komuikasi dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim semalam.
5.Dalam ucapan merasmikan konsortium CAW, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim telah memberikan sokongan yang hebat kepada golongan penggiat seni ini.
6.Di bawah ini adalah foto sekitar majlis perasmian konsortium CAW yang telah diadakan semalam.
Sunday, July 17, 2011
RAKYAT DESAK TINDAKAN TEGAS TERHADAP PIMPINAN BERSIH !
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1.Pihak penganjur demonstrasi haram bersih yang dilakukan pada 9hb julai 2011 sebenarnya tidak mewakili majoriti samada mewakili rakyat mahupun pengundi berdaftar di malaysia.
2.Pihak penganjur ini mendakwa ia mewakili suara rakyat malaysia yang membantah perjalanan sistem pilihanraya di malaysia. Bantahan dan demontrasi dilakukan sebagai siri kelangsungan 'suara rakyat' yang kononnya membantah ketidakadilan sistem SPR.
3.Hakikatnya sistem pilihanraya di malaysia telah berjalan dengan cukup adil sejak ia dilakukan pada tahun 1955. Hingga ke hari ini sudah hampir 12 kali pilihanraya umum dilaksanakan di malaysia.
4.SPR dari masa ke semasa telah memperbaiki dan menambahbaik ciri dan format pilihanraya bersesuaian dengan kehendak semasa.
5.Dakwaan mengenai ketidakadilan perjalanan sistem pilihanraya di malaysia sebenarnya mudah disangkal dan dinafikan oleh majoriti rakyat di malaysia. Jika benarlah sistem pilihanraya di malaysia tidak adil seperti yang didakwa oleh penganjur bersih, bagaimana pula justifikasi mereka apabila melihat kemenangan 4 pilihanraya secara berturut-turut yang dimenangi oleh parti pas di kelantan ?
6.Apa pula alasan mereka mengenai kemenangan pilihanraya di 5 buah negeri yang dimenangi oleh pembangkang ? Jika perjalanan pilihanraya tidak adil, adakah mereka mampu memenangi 5 negeri selepas PRU ke 12 ?
7. Sebenarnya alasan ketidakadilan yang dicanang oleh penganjur bersih ini adalah lapikan menutup kelemahan dan kesalahan ketara mereka sepanjang 3 tahun selepas PRU 2008.
8. Ditambah dengan kekalahan dalam siri-siri terakhir pilihanraya kecil yang menambahkan kebimbangan mereka mengenai penolakan rakyat terhadap gaya politik mereka.
9.Menutup kelemahan ini maka idea penganjuran demonstrasi haram bersih perlu dilaksanakan dengan kadar segera.
10.Dengan kaedah demonstrasi ini, harapan mereka untuk majoriti rakyat lupa akan kelemahan pentadbiran mereka akan berlaku.
11. 'Matlamat menghalalkan cara'. inilah kaedah yang digunapakai sepanjang perjalanan ke arah melakukan demonstrasi haram bersih.
12.Pujukan daripada KDYMM YDPA yang meminta agar penganjur demonstrasi haram ini untuk membatalkan rancangan ditolak mentah-mentah. Ini merupakan penghinaan secara terbuka terhadap KDYMM YDPA yang dilakukan oleh pemain dan penganjur demosntrasi yang kebanyakannya terdiri daripada pimpinan parti pembangkang.
13.Pasca demonstrasi, Ketua Pembangkang iaitu DSAI telah mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi bersih ini hampir sedikit arahnya menuju 'revolusi' merupakan satu betrayal,pengkhianatan dan penghasutan secara terbuka untuk menolak sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di malaysia.
14.Bersih merupakan ancaman kepada rakyat malaysia. Demonstrasi jalanan merupakan idea demokrasi picisan yang secara halus menolak hak perlaksanaan demokrasi di malaysia.
15.Bersih tidak mewakili suara majoriti rakyat malaysia, ianya sekadar didokong oleh segerombolan politikus desperado yang terhimpit dengan permaslahan diri sendiri dan parti.
16.Oleh itu kita yang mewakili suara kegusaran majoriti rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran memohon agar Perdana Menteri dan pihak KDN mengenakan tindakan paling tegas terhadap penganjur yang terlibat.
17.Menjaga hak majoriti senyap rakyat malaysia yang menolak demonstrasi haram bersih lebih penting daripada melayan suara penyangak demokrasi yang desprado kemarukkan kuasa melalui kaedah jalan raya.
Wednesday, July 13, 2011
11 NGO DESAK KERAJAAN BERTINDAK TERHADAP BERSIH. (KENYATAAN SAYA DI AKHBAR UTUSAN HARI INI)
KUALA LUMPUR 12 Julai - Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian RM3.5 juta yang terpaksa ditanggung akibat perhimpunan haram Sabtu lalu.
Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, pihaknya menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Bersih kerana perhimpunan haram lalu telah menjejaskan periuk nasi ramai peniaga dan pengusaha teksi.
"Akibat perhimpunan haram itu, peniaga dan pemandu teksi terpaksa bekerja lebih keras bagi menanggung kerugian hari itu kerana mereka masih perlu membayar sewa kedai dan kenderaan walaupun tidak menjalankan sebarang urusan perniagaan pada Sabtu lalu.
"Kami kesal apabila terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang mempertikaikan sebab kami menutup dan tidak menjalankan perniagaan pada hari itu. Soalnya, bagaimana kami mahu menjalankan perniagaan jika keadaan huru hara?" katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penyerahan memorandum kepada Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan untuk disampaikan kepada Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis.
Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera Malaysia (Perbumi), Datuk Mohd. Alias Abdul dan wakil Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Dr. Ibnu Hassan Thalha.
Antara NGO yang turut menyerahkan memorandum tersebut adalah Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Persatuan Pengusaha Teksi Ampang, Perdasama Muda dan Persatuan Usahawan Melayu Bandar Tun Razak.
Tambah Moehamad Izat, melalui penyerahan itu, pihaknya berharap suara pengusaha dan pemandu teksi diberi perhatian demi keharmonian negara.
Sementara itu, Sohaimi berkata, masyarakat harus sedar bahawa amalan berhimpun beramai-ramai dan demonstrasi bukanlah budaya negara ini.
"Bersih telah berjaya menjadikan perhimpunan haram itu sebagai satu platform untuk menonjolkan imej yang buruk mengenai negara kepada para pelancong dan media antarabangsa," katanya.
Sunday, July 10, 2011
BERSIH : SANG DESPERADO SEMAKIN GAGAL.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Gagal. Ia adalah kegagalan mutlak. Bersih sudah gagal.
2. Asal kehendak perhimpunan ini bukanlah bermatlamat untuk membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah membaca politik mereka. Dari awal lagi pembentangan sebab mengapa perhimpunan bersih perlu dilakukan telah dipatahkan faktanya oleh majoriti Rakyat Malaysia.
3.Mana mungkin sistem pilihanraya di Malaysia tidak adil sedangkan pada masa yang sama pembangkang telah memenangi 5 buah negeri dan puluhan kerusi di Parlimen.
4.Menutup kelemahan mereka ( sepanjang 3 tahun) maka perhimpunan haram bersih perlu dilakukan. Ini adalah tindakan politik desperado.
5. Bersih yang kotor ini mempunyai pelbagai matlamat, bergantung kepada pemain yang merancangkannya.
6.Anwar lakonannya semalam merupakan 'ide overkill' yang membunuh perjalanan proses bersih. Rakyat melihatkan gelagat 'tercedera' anwar itu sebagai bahan modal untuk peserta maharajalawak musim akan datang.
7.Rakyat tahu anwar merupakan master spinner politik simpati. Alahai anwar, modal pakai 'bengkung leher' ini sudah tidak laku. Ia sebenarnya menampakkan kekontangan ide si pelaku. Anwar, hadapilah perbicaraan kes liwat kamu dengan tenang.
8.Ambiga dan DAP pula mengoptimakan sikap sanggup 'menggadai' oleh Pas sebagai landasan meluaskan pengaruh. Sungguh kasihan melihatkan gerombolan penyokong pas, mereka ditahan semata-mata memperjuangkan matlamat Ambiga.
9. Mat Sabu gagal dalam pilot projeknya yang pertama. Anggaran dan permintaan kehadiran 300 ribu penyokong hanya disahut tak sampai 10 ribu sahaja. Cita-cita pengkagum ayatollah ini untuk menjadikan 9 Julai sebagai medan tahrin kedua, gagal.
10. Maklumat yang diperolehi, rakyat melonjak marahnya kepada pembangkang. Demonstrasi ini telah menyusahkan rakyat selama seminggu. Semalam adalah klimaknya. Para peniaga diyakini sudah tahu mana parti perlu mereka 'pangkah' pada PRU ke 13 nanti, begitu juga dengan sebilangan rakyat.
11. Politik desperado bersih semakin gagal.
Subscribe to:
Posts (Atom)

