Tuesday, August 9, 2011

LAPORAN UTUSAN MENGENAI PROGRAM WAKAF AL-QURAN KE KEMBOJA.



KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pemuda UMNO dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) melancarkan Program Wakaf al-Quran dalam usaha menghantar 10,000 naskah al-Quran ke Kemboja.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program itu adalah bagi mengumpul dana RM400,000 bagi menampung kos pencetakan dan penghantaran kitab suci itu.

"Al-Quran dicetak dengan kerjasama Yayasan Restu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Pejabat Perdasama, di sini, hari ini.

Sohaimi berkata, Al-Quran akan dihantar ke negara itu pada Oktober ini dan dapat membantu kira-kira 500,000 orang Islam Melayu Champa di Kemboja yang menghadapi masalah kekurangan naskah al-Quran kerana kitab suci itu tiada dijual di pasaran tempatan.

Katanya, program itu merupakan kesinambungan penghantaran 10,000 naskah al-Quran, 200 naskah muqaddam dan 1,000 helai sejadah ke Kemboja oleh rombongan Kementerian Pertahanan dan Yayasan Restu, yang diketuai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 27 Julai lepas. – Bernama

Monday, August 8, 2011

TERBUKA : JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA HARI INI.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

Saya dengan berbesar hati menjemput seluruh wartawan dan para blogers untuk menghadiri sidang media saya pada petang ini.

Sidang media ini akan memberikan butiran terperinci mengenai Pelancaran Program Wakaf Al-Quran ke Kemboja.

Anjuran : Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) ,Perdasama dan Yayasan Restu.
Tarikh : 8hb Ogos 2011 (Isnin)
Masa : Jam 3 petang.
Lokasi : Pejabat Perdasama ,Jalan Landak Off Jalan Duta (berhampiran kedutaan India)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Encik Ameer Firdaus (019 217 4110)

Thursday, August 4, 2011

PENUTUPAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR : BERHENTILAH DARIPADA MENJADI PENGKHIANAT.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Berdasarkan kepada laporan mengenai bakal penutupan 2 buah asrama milik Yayasan Selangor, ia telah mengundang saya untuk mempertikaikan tindakan gelojoh pemimpin Pakatan Selangor.

2. Dikabarkan 2 buah asrama milik Yayasan Selangor iaitu Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin bakal ditutup pada penghujung tahun ini. Alasan pihak Kerajaan Negeri adalah keadaan persekitaran kedua buah asrama tersebut tidak lagi sesuai untuk dijadikan lokasi strategik pembelajaran.

3.Saya melihat perkara yang menyentuh isu pendidikan anak bangsa ini dengan penuh kegusaran. Gusar kerana semangat luar biasa Pakatan Selangor yang nampaknya semakin galak untuk cuba menghakis pupus peluang pendidikan anak melayu khususnya di Selangor.

4.Tujuan 2 buah asrama ini dibina adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar luar bandar yang kurang berkemampuan untuk bersaing sama naik dengan pelajar di kawasan 'urban area'. Asimilasi ini sebenarnya lebih memfokuskan kepada pelajar luar bandar untuk lebih berdaya saing di kawasan yang jelas mempunyai kemudahan pembelajaran yang tinggi.

5.Anak-anak luar bandar ditempatkan di 2 buah asrama sekali gus memberikan mereka ruang dan peluang untuk ditempatkan di beberapa sekolah yang punyai kualiti pendidikan yang tinggi seperti Victoria Institution,Sekolah Men Jalan Cochrane,Sekolah Menengah Aminudin Baki dan Sekolah Menengah St John.

6.Objektif ini telah tersurat dalam penubuhan Yayasan Selangor yang ditubuhkan pada tanggal 5 November 1970.

7. Jika 2 asrama milik Yayasan Selangor ini ditutup, saya mahu Kerajaan Selangor memberikan jawapan munasabah dimana pula lokasi yang sesuai untuk ditempatkan kepada pelajar-pelajar  ini ? 

8. Kenapa semenjak 3 tahun Pakatan Selangor memerintah, ada semacam terdapat satu gerakan sistematik yang cuba dilaksanakan untuk menyekat pembelajaran anak bangsa khususnya di Negeri Selangor.

9. Pada penghujung tahun 2008, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah dinafikan haknya untuk mendirikan kampus UITM cawangan Serendah . Alasan larangan pihak Kerajaan Negeri melarang pembinaan kampus UITM di serendah itu menampakkan kedangkalan sikap pemimpin pakatan.

10. Hari ini rakyat selangor kerugian. Kampus cadangan ini akhirnya telah berpindah ke negeri Melaka. Rakyat Selangor kerugian kerana tidak mendapat lempias kenaikan ekonomi gara-gara sikap sombong dan busuk hati pimpinan Kerajaan Negeri.

11. Tahun lepas atau lebih tepat lagi pada bulan Jun 2010, satu lagi pusat pendidikan untuk anak Selangor ditutup. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar ditutup atas alasan ketidak efisensi lokasi pusat tersebut beroperasi.

12. Sesudah YBK,IKYS kini muncul pula giliran penutupan 2 buah asrama milik Yayasan Selangor.

13. Apa sebenarnya agenda Pakatan Selangor yang dilihat kemaruk dalam melanyak hak anak selangor untuk mendapat pendidikan yang sempurna ?

14. Saya mendesak agar pimpinan Pakatan Selangor untuk menghentikan rancangan busuk  mereka. Jangan terlalu obses untuk melaksanakan dasar hingga tidak lagi peduli nasib pendidikan anak bangsa.

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK.


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda.
Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Sahabat2 sekelian
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sahabat2 yang dikasihi
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita
 SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
Dato Sohaimi Shahadan & Datin Rabiatul Adawiyah

Wednesday, July 27, 2011

SPIN POLITIK BERMULA LAGI . RAKYAT JANGAN TERTIPU.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Spin politik bermula lagi. Ia sebenarnya sudah bermula sejak 3 tahun lepas dan ia diulang-ulang kerap kali.

2. Spin politik ini adalah idea menyapusampahkan siri-siri kegagalan pakatan sepanjang 3 tahun mereka memerintah. Baik di Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan segala busuk politik mereka cuba disembunyikan atau dilupakan daripada benak pengetahuan rakyat.

3.Cara mereka melekakan fikiran rakyat akan kesalahan mereka adalah dengan cara melaksanakan agenda politik perhimpunan bersih (yang kotor).

4. Hari ini pengalihan isu pokok 3 tahun kelemahan pakatan cuba dilenyapkan baranya oleh para spinners politik media pakatan.

5.Mereka merangkumkan isu kezaliman polis sebagai tajuk utama kesinambungan perhimpunan 9 julai. Kegagalan mendapatkan 300 ribu sokongan penyokong sudah tidak kedengaran. Tuntutan bersih (yang kotor) pula merupakan alasan yang tidak konstruktif. Jika pilihanraya di malaysia tidak adil, mana mungkin Nik Aziz boleh menjadi Menteri Besar selama 20 tahun .

6.Barisan pejuang-pejuang alternatif media (blogers pro kerajaan) telah memainkan peranan yang saya kira cukup berkesan dalam melumpuhkan psywar politik murahan mereka. Syabas saya ucapkan.

7.Namun pada masa yang sama saya menyeru agar fokus kita tidak terlalu terpesong dengan mainan politik yang sedang mereka 'arahkan'.

8. Serangan dan pembentangan hujah kelemahan dan kegagalan mereka dalam  pentadbiran,ekonomi,agama perlu terus disebarkan kepada rakyat jelata.

9.Dengan kembalinya aturan serangan kita, maka sekali lagi saya berkeyakinan mereka mampu dilumpuhkan.