Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1. Berdasarkan kepada laporan mengenai bakal penutupan 2 buah asrama milik Yayasan Selangor, ia telah mengundang saya untuk mempertikaikan tindakan gelojoh pemimpin Pakatan Selangor.
2. Dikabarkan 2 buah asrama milik Yayasan Selangor iaitu Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin bakal ditutup pada penghujung tahun ini. Alasan pihak Kerajaan Negeri adalah keadaan persekitaran kedua buah asrama tersebut tidak lagi sesuai untuk dijadikan lokasi strategik pembelajaran.
3.Saya melihat perkara yang menyentuh isu pendidikan anak bangsa ini dengan penuh kegusaran. Gusar kerana semangat luar biasa Pakatan Selangor yang nampaknya semakin galak untuk cuba menghakis pupus peluang pendidikan anak melayu khususnya di Selangor.
4.Tujuan 2 buah asrama ini dibina adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar luar bandar yang kurang berkemampuan untuk bersaing sama naik dengan pelajar di kawasan 'urban area'. Asimilasi ini sebenarnya lebih memfokuskan kepada pelajar luar bandar untuk lebih berdaya saing di kawasan yang jelas mempunyai kemudahan pembelajaran yang tinggi.
5.Anak-anak luar bandar ditempatkan di 2 buah asrama sekali gus memberikan mereka ruang dan peluang untuk ditempatkan di beberapa sekolah yang punyai kualiti pendidikan yang tinggi seperti Victoria Institution,Sekolah Men Jalan Cochrane,Sekolah Menengah Aminudin Baki dan Sekolah Menengah St John.
6.Objektif ini telah tersurat dalam penubuhan Yayasan Selangor yang ditubuhkan pada tanggal 5 November 1970.
7. Jika 2 asrama milik Yayasan Selangor ini ditutup, saya mahu Kerajaan Selangor memberikan jawapan munasabah dimana pula lokasi yang sesuai untuk ditempatkan kepada pelajar-pelajar ini ?
8. Kenapa semenjak 3 tahun Pakatan Selangor memerintah, ada semacam terdapat satu gerakan sistematik yang cuba dilaksanakan untuk menyekat pembelajaran anak bangsa khususnya di Negeri Selangor.
9. Pada penghujung tahun 2008, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah dinafikan haknya untuk mendirikan kampus UITM cawangan Serendah . Alasan larangan pihak Kerajaan Negeri melarang pembinaan kampus UITM di serendah itu menampakkan kedangkalan sikap pemimpin pakatan.
10. Hari ini rakyat selangor kerugian. Kampus cadangan ini akhirnya telah berpindah ke negeri Melaka. Rakyat Selangor kerugian kerana tidak mendapat lempias kenaikan ekonomi gara-gara sikap sombong dan busuk hati pimpinan Kerajaan Negeri.
11. Tahun lepas atau lebih tepat lagi pada bulan Jun 2010, satu lagi pusat pendidikan untuk anak Selangor ditutup. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar ditutup atas alasan ketidak efisensi lokasi pusat tersebut beroperasi.
12. Sesudah YBK,IKYS kini muncul pula giliran penutupan 2 buah asrama milik Yayasan Selangor.
13. Apa sebenarnya agenda Pakatan Selangor yang dilihat kemaruk dalam melanyak hak anak selangor untuk mendapat pendidikan yang sempurna ?
14. Saya mendesak agar pimpinan Pakatan Selangor untuk menghentikan rancangan busuk mereka. Jangan terlalu obses untuk melaksanakan dasar hingga tidak lagi peduli nasib pendidikan anak bangsa.
bisnes.... mau untung lebih.. asrama tu dibuat projek pembangunan. untung.. separuh dlm poket sendiri.. separuh lagi kroni... ape pun x boleh...
ReplyDeleteEntah entah ada tujuan lain. Maklumlah nilai RM tapak kedua asrama adalah tinggi. Kalau dijual, hasilnya cukup lumayan. Walau pun ada niat(mungkin) untuk menggantikan asrama di tempat lain(lebih murah), bakinya masih mampu membiayai agenda-agenda yang dapat mengangkat populariti pemerintah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato,
ReplyDeleteSesungguhnya tiap perbuatan yang merugikan ummah akan dibalas setimpalnya oleh Rabbul Alamin samada didunia ini sendiri atau di saat Sakaratul Maut, Alam Barzakh dan di Alam Akhirat kelak!
Wallahu'alam samada Sang Pemerintah yang Zalim sadar akan natijah pengkhianatan mereka ini?
Jangan lupa...
ReplyDeleteUnisel adalah yang seterusnya mungkin?
Khalid Ibrahim sebenarnya telah dijajah olek DAP agar semua harta milik Yayasan Selangor dihapuskan secara licik agar tidak ketara kesannya. Khalid merupakan kuda tunggangan kepada DAP dan PR. Kepada rakyat negeri Selangor diminta bangun menentangnya dan desak supaya BN ambilalih Negeri Selangor dalam PR 13 nnti.
ReplyDeletePKR pemusnah Pendidikan Melayu. PENGKHIANAT BANGSA. jawablah adi Padang Mahshar nanti!
ReplyDeleteAssalamualaikum komentar budiman
ReplyDeleteKita harus bangkit dan pertahankan maruah.