Wednesday, July 27, 2011

SPIN POLITIK BERMULA LAGI . RAKYAT JANGAN TERTIPU.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Spin politik bermula lagi. Ia sebenarnya sudah bermula sejak 3 tahun lepas dan ia diulang-ulang kerap kali.

2. Spin politik ini adalah idea menyapusampahkan siri-siri kegagalan pakatan sepanjang 3 tahun mereka memerintah. Baik di Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan segala busuk politik mereka cuba disembunyikan atau dilupakan daripada benak pengetahuan rakyat.

3.Cara mereka melekakan fikiran rakyat akan kesalahan mereka adalah dengan cara melaksanakan agenda politik perhimpunan bersih (yang kotor).

4. Hari ini pengalihan isu pokok 3 tahun kelemahan pakatan cuba dilenyapkan baranya oleh para spinners politik media pakatan.

5.Mereka merangkumkan isu kezaliman polis sebagai tajuk utama kesinambungan perhimpunan 9 julai. Kegagalan mendapatkan 300 ribu sokongan penyokong sudah tidak kedengaran. Tuntutan bersih (yang kotor) pula merupakan alasan yang tidak konstruktif. Jika pilihanraya di malaysia tidak adil, mana mungkin Nik Aziz boleh menjadi Menteri Besar selama 20 tahun .

6.Barisan pejuang-pejuang alternatif media (blogers pro kerajaan) telah memainkan peranan yang saya kira cukup berkesan dalam melumpuhkan psywar politik murahan mereka. Syabas saya ucapkan.

7.Namun pada masa yang sama saya menyeru agar fokus kita tidak terlalu terpesong dengan mainan politik yang sedang mereka 'arahkan'.

8. Serangan dan pembentangan hujah kelemahan dan kegagalan mereka dalam  pentadbiran,ekonomi,agama perlu terus disebarkan kepada rakyat jelata.

9.Dengan kembalinya aturan serangan kita, maka sekali lagi saya berkeyakinan mereka mampu dilumpuhkan.

No comments:

Post a Comment