Thursday, March 31, 2011

ISU VIDEO SEKS , PENUBUHAN SURUHANJAYA PERLU DISEGERAKAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Sepanjang minggu ini suhu politik tanah air nampaknya makin hangat. Isu video seks yang didakwa dilakonkan oleh seorang pemimpin pembangkang semakin mendapat tempat di arus media maya.

2. Pelbagai andaian dilakukan. Spekulatif mengenai isu juga sudah menuju ke tahap yang tidak boleh dikawal.

3. Saya mempunyai pandangan yang hampir sama dengan beberapa pemimpin. Jelas terdapat beberapa orang pemimpin pakatan yang nampaknya lebih rasional dalam mengeluarkan pandangan.

4. Dato Zaid Ibrahim, Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas Nasarudin Tantawi lebih mengambil pendekatan terbuka. Satu Suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan permaslahan ini.

5. Malah saranan Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu sidang media pertamanya juga amatlah saya alu-alukan. Suruhanjaya ini harus disertai antaranya dikalangan pemimpin utama parti pembangkang. Datin Seri Wan Azizah, Dato Seri Haji Hadi, Lim Kit Siang dan beberapa kenamaan dan tokoh perlu dikumpulkan dalam penubuhan Suruhanjaya ini.

6. Tujuan ini bermatlamat murni, mengelakkan segala idea tuduh menuduh selepas siatan lengkap dijalankan oleh Suruhanjaya.

7. Kepada rakyat amnya, saya meminta agar kita bersabar. Biar pihak polis selesai menjalankan siasatan dan sekiranya masih terdapat ketidakpuasan hati, maka alternatif terbaik adalah menjemput semua pihak yang berkaitan untuk menyertai Suruhanjaya ini.

Monday, March 28, 2011

JANJI PRK HULU SELANGOR ?

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Pada bulan April ini genaplah  setahun berlangsungnya Pilihanraya  Kecil Parlimen Hulu Selangor.

2. Pada ketika itu momentum kezaliman Pakatan Selangor yang menganiaya Yayasan Basmi Kemiskinan menjadi topik utama.

3.Seingat saya YBK dijadikan entiti musuh utama Kerajaan Pakatan hanya kerana mereka tidak mahu melantik Khalid Ibrahim sebagai bos besar yang baru.

4.Kenapa YBK dijadikan sasaran utama Pakatan Selangor ? Kerana projek pembinaan kampus besar UITM di Serendah tidak menguntungkan pakatan dari sudut politik.

5. Hari ini projek tersebut sudah berpindah ke Kampus Merlimau di Melaka. Dalam ucapan sewaktu upacara pecah tanah ,Perdana Menteri Dato' Seri Najib ada menyebut rakyat selangor kerugian besar dari segi pendapatan ekonomi gara-gara  mainan politik yang merugikan dari Pakatan.

6.Sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, demi untuk menutup  kelemahan Pakatan kerana menolak pembinaan Kampus UITM di Serendah, mereka secara kontranya telah menjanjikan pembinaan sebuah universiti madinah/mekah di Serendah.

7. Apa sudah jadi dengan janji ini ?

Friday, March 25, 2011

PERHATIKAN 2 KERATAN AKHBAR INI .

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Saya memohon agar pembaca dapat memerhatikan 2 tajuk yang saya ambil ini. 

2. Isunya mengenai pengharaman judi di kelantan yang kecoh diperdebatkan dikalangan pemimpin pakatan.

3. Dalam keratan pertama, kelihatan Exco Kanan Pakatan Selangor iaitu Theresa Kok memberi amaran kepada Pas Kelantan agar tidak mempolitikkan isu judi di sana (Kelantan).
4. Seperti diduga, Khalid Ibrahim dalam jawapan balasnya mengenai isu judi berkata,

Wednesday, March 23, 2011

ORKESTRA POLITIK PAKATAN YANG MEMUALKAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Entah sampai bila agaknya rakyat boleh mengangkat pemimpin pakatan untuk layak diletakkan sebagai gabungan pembangkang yang efisen ? Tak habis-habis dengan sensasi dan gimik politik penuh membosankan.

2. Saya meneliti pergerakan pembangkang sebelum pilihanraya 2008. Janji ditabur hingga ke tahap bulan dan bintang pun mereka kata rakyat boleh sentuh. Penambahbaikan ekonomi dijaja hebatnya laksana pujangga purba yang mengkhayalkan pendengarnya.

3. Namun setelah 3 tahun berkuasa, yang tertera di depan mata rakyat hanyalah retorik politik semata-mata. Khalid Ibrahim yang dijaja namanya sebagai pelaksana pentadir ekonomi yang hebat sudah tumbang jatuh tersembam. Yayasan Selangor yang ditubuhkan selepas DEB mengalami defisit kewangan. Itu tidak termasuk lagi akan defisit Belanjawan Negeri yang dialami 2 tahun berturut-turut.

4.Persoalan moral dan isu seks nampak gayanya tidak dapat dipisahkan dengan mereka. Adun yang bersekedudukan diangkat menjadi wirawati sejati. Kini timbul pula skandal seks pemimpin yang disanjungi.

5. Pendedahan isu video seks ini tampak jelas punyai motif tersembunyi. Rakyat seharusnya tidak dilalaikan dengan persoalan pokok dalam isu liwat. Encik Anwar harus tampil memberikan DNAnya. Berani kerana benar takut kerana salah.

6. Sayang pujangga keramat pujaan penyokong anwar tak dihayati sepenuhnya oleh beliau sendiri. Sebaliknya permaslahan diri habis semua dituding kepada orang lain. Dalam isu video seks terbaru, mereka berkata ini konspirasi peringkat tertinggi. Aduhai pakatan. 

7. Persoalan sepatutnya dijawap dengan jawapan,tetapi yang mereka lontarkan adalah tohmahan. DS Najib telah difitnah dengan sebegitu rakus sekali. Bertahun lamanya fitnah ini berleluasa. Namun atas dasar berani kerana benar,sudah 2 kali DS Najib bersumpah menafikan dakwaan. Bukan sekadar itu, DNA pun sanggup diberi demi membuktikan cerita mereka itu hanyalah fitnah sahaja.

8. Memalukan apabila saya melihat pimpinan pas pun sanggup menjebakkan diri dalam kancah politik gaya anwar ibrahim. Kenapa mereka tidak mendesak anwar memberikan DNA juga menimbulkan persoalan. Adakah  mereka takut kehilangan undi atau maruah sudah dibeli  ?

9. Pandangan saya mudah. Rakyat sudah dipertontonkan dengan orkestra politik yang merugikan selama 3 tahun pakatan memerintah. Ayuh kita ubah sebelum negara menjadi rebah !

Sunday, March 20, 2011

KHALID MEMALUKAN : KENYATAAN SAYA DI AKHBAR SINAR.

 Khalid memalukan
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kegagalan urus tadbir Yayasan Selangor yang berperanan besar dalam membantu pendidikan dan kebajikan rakyat negeri ini.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, defisit RM7.41 juta Yayasan Selangor disifatkan sebagai keadaan amat memalukan dan peranan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu boleh dipersoalkan.

“Sepatutnya, beliau mengawal hala tuju dan merangka dengan baik perjalanan yayasan itu dengan menjaga kepentingan pendidikan dan kebajikan. Abdul Khalid perlu letak jawatan kerana apa yang berlaku di yayasan itu membuktikan kelemahan- kelemahan di bawah pentadbirannya menuju kepada kehancuran kerana Selangor menjadi semakin teruk di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat Selangor mengenai kronologi yang berlaku melibatkan yayasan itu kerana rakyat berhak untuk tahu perkara sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu sedar kelemahan pentadbiran PR yang gagal menguruskan yayasan dengan baik dan mereka pandai membuat janji kosong dan retorik sahaja kerana tidak menunaikan janji.

Laporan Audit yang diedarkan kepada media, kelmarin menyebut Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar.

Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa singkat yang diluluskan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui Circular Resolusi tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.

Semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun- elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.