Thursday, March 31, 2011

ISU VIDEO SEKS , PENUBUHAN SURUHANJAYA PERLU DISEGERAKAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Sepanjang minggu ini suhu politik tanah air nampaknya makin hangat. Isu video seks yang didakwa dilakonkan oleh seorang pemimpin pembangkang semakin mendapat tempat di arus media maya.

2. Pelbagai andaian dilakukan. Spekulatif mengenai isu juga sudah menuju ke tahap yang tidak boleh dikawal.

3. Saya mempunyai pandangan yang hampir sama dengan beberapa pemimpin. Jelas terdapat beberapa orang pemimpin pakatan yang nampaknya lebih rasional dalam mengeluarkan pandangan.

4. Dato Zaid Ibrahim, Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas Nasarudin Tantawi lebih mengambil pendekatan terbuka. Satu Suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan permaslahan ini.

5. Malah saranan Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu sidang media pertamanya juga amatlah saya alu-alukan. Suruhanjaya ini harus disertai antaranya dikalangan pemimpin utama parti pembangkang. Datin Seri Wan Azizah, Dato Seri Haji Hadi, Lim Kit Siang dan beberapa kenamaan dan tokoh perlu dikumpulkan dalam penubuhan Suruhanjaya ini.

6. Tujuan ini bermatlamat murni, mengelakkan segala idea tuduh menuduh selepas siatan lengkap dijalankan oleh Suruhanjaya.

7. Kepada rakyat amnya, saya meminta agar kita bersabar. Biar pihak polis selesai menjalankan siasatan dan sekiranya masih terdapat ketidakpuasan hati, maka alternatif terbaik adalah menjemput semua pihak yang berkaitan untuk menyertai Suruhanjaya ini.

No comments:

Post a Comment