Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1. Pada bulan April ini genaplah setahun berlangsungnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
2. Pada ketika itu momentum kezaliman Pakatan Selangor yang menganiaya Yayasan Basmi Kemiskinan menjadi topik utama.
3.Seingat saya YBK dijadikan entiti musuh utama Kerajaan Pakatan hanya kerana mereka tidak mahu melantik Khalid Ibrahim sebagai bos besar yang baru.
4.Kenapa YBK dijadikan sasaran utama Pakatan Selangor ? Kerana projek pembinaan kampus besar UITM di Serendah tidak menguntungkan pakatan dari sudut politik.
5. Hari ini projek tersebut sudah berpindah ke Kampus Merlimau di Melaka. Dalam ucapan sewaktu upacara pecah tanah ,Perdana Menteri Dato' Seri Najib ada menyebut rakyat selangor kerugian besar dari segi pendapatan ekonomi gara-gara mainan politik yang merugikan dari Pakatan.
6.Sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, demi untuk menutup kelemahan Pakatan kerana menolak pembinaan Kampus UITM di Serendah, mereka secara kontranya telah menjanjikan pembinaan sebuah universiti madinah/mekah di Serendah.
7. Apa sudah jadi dengan janji ini ?
janji tinggal janji je la....ni parti pkr memang mudah berjanji....pembohong penipu pembelit SEMUA DARI parti pkr...ketua nya memang kuat pembohong
ReplyDelete