Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Suhu kebangkitan rakyat malaysia yang menentang perhimpunan bersih semakin meningkat. Di luar sana telah kedengaran keluh kesah dan bantahan rakyat dari kalangan 'silent majority' yang membidas motif sebenar perhimpunan bersih.
2. Penentangan daripada beberapa kumpulan yang mewakili rakyat terbesar nampaknya tidak boleh dibendung lagi. Pemuda Umno telah menubuhkan NGO Patriot bagi menangkis gerakan bersih. Manakala puluhan NGO yang besar seperti Perkasa telah menggerakkan momentum kesedaran kepada rakyat akan motif sebenar bersih.
3. Setakat ini, sudah hampir 1600 lebih laporan polis telah dilakukan oleh rakyat yang membantah bersih, satu ide lucu tema demokrasi yang menggunakan kepala lutut .
4.Rakyat harus menyalahkan penganjur bersih sekiranya berlaku kesesakan luar biasa sebelum dan selepas bersih dilangsungkan. Pihak polis telah memberikan peluang untuk mereka berdemonstrasi di kawasan stadium, namun mereka tetap memilih politik jalanan sebagai cara menyatakan bantahan kononnya SPR tidak bertindak adil.
5. Inilah gaya politik yang jelas menampakkan kebobrokan IQ yang cukup low class kualitinya. Mana mungkin SPR itu bertindak tidak adil namun pada masa yang sama mereka telah memenangi 5 buah negeri selepas pilihanraya umum yang ke 12.
6.Apa alasan SPR itu tidak adil jikalau beberapa siri awal pilihanraya kecil (bermula di prk kuala trengganu) mereka telah menang hampir 8 kerusi .
7. Rakyat wajib melakukan penilaian yang serius terhadap motif bersih.
8. Barisan Nasional telah tewas di 5 buah negeri selepas pilihanraya umum 2008. Barisan Nasional telah dinafikan majoriti kerusi 2/3 di parlimen. Barisan Nasional telah tewas hampir 8 kerusi pada siri pilihanraya kecil pasca 2008. Cuba tanya pada diri sendiri, pernahkah kita mendengar protes dari kalangan pimpinanan BN yang membantah ketidakadilan SPR ?
9.Perkara ini wajib digemburkan. BN tidak melatah walaupun pernah tewas selepas 2008. BN bangkit dan memperbetulkan semula perjalanan dalam semangat demokrasi yang cukup tinggi. BN bangkit dan belajar dari pengalaman lampau.
10. Akhir kebangkitan ini telah menyebabkan sokongan rakyat kepada BN semakin terus meningkat. Lihat sahaja dalam beberapa siri di pusingan terakhir pilihanraya kecil yang jelas menampakkan kembalinya sokongan rakyat kepada BN, bermula di manek urai,hulu selangor dan yang terakhir di pilihanraya negeri di sarawak.
11. Rakyat wajar bangkit menentang penyangak bersih. Bersih tidak mewakili hampir 27 juta pandangan rakyat malaysia, Bersih juga tidak mewakili hampir 10 juta pengundi di malaysia. Bersih hanyalah perkakas kepada sang politikus yang sedang terhimpit dengan masalah peribadi dan parti.




