Tuesday, June 28, 2011

BERSIH : DEMOKRASI KEPALA LUTUT.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Suhu kebangkitan rakyat malaysia yang menentang perhimpunan bersih semakin meningkat. Di luar sana telah kedengaran keluh kesah dan bantahan rakyat dari kalangan 'silent majority' yang membidas motif sebenar perhimpunan bersih.

2. Penentangan daripada beberapa kumpulan yang mewakili rakyat terbesar nampaknya tidak boleh dibendung lagi. Pemuda Umno telah menubuhkan NGO Patriot bagi menangkis gerakan bersih. Manakala puluhan NGO yang besar seperti Perkasa telah menggerakkan momentum kesedaran kepada rakyat akan motif sebenar bersih.

3. Setakat ini, sudah hampir 1600 lebih laporan polis telah dilakukan oleh rakyat yang membantah bersih, satu ide lucu tema demokrasi yang menggunakan kepala lutut .

4.Rakyat harus menyalahkan penganjur bersih sekiranya berlaku kesesakan luar biasa sebelum dan selepas bersih dilangsungkan. Pihak polis telah memberikan peluang untuk mereka berdemonstrasi di kawasan stadium, namun mereka tetap memilih politik jalanan sebagai cara menyatakan bantahan kononnya SPR tidak bertindak adil.

5. Inilah gaya politik yang jelas menampakkan kebobrokan IQ yang cukup low class kualitinya. Mana mungkin SPR itu bertindak tidak adil namun pada masa yang sama mereka telah memenangi 5 buah negeri selepas pilihanraya umum yang ke 12. 

6.Apa alasan SPR itu tidak adil jikalau beberapa siri awal pilihanraya kecil (bermula di prk kuala trengganu) mereka telah menang hampir 8 kerusi .

7. Rakyat wajib melakukan penilaian yang serius terhadap motif bersih.

8. Barisan Nasional telah tewas di 5 buah negeri selepas pilihanraya umum 2008. Barisan Nasional telah dinafikan majoriti kerusi 2/3 di parlimen. Barisan Nasional telah tewas hampir 8 kerusi pada siri pilihanraya kecil pasca 2008. Cuba tanya pada diri sendiri, pernahkah kita mendengar protes dari kalangan pimpinanan BN yang membantah ketidakadilan SPR ?

9.Perkara ini wajib digemburkan. BN tidak melatah walaupun pernah tewas selepas 2008. BN bangkit dan memperbetulkan semula perjalanan dalam semangat demokrasi yang cukup tinggi. BN bangkit dan belajar dari pengalaman lampau.

10. Akhir kebangkitan ini telah menyebabkan sokongan rakyat  kepada BN semakin terus meningkat. Lihat sahaja dalam beberapa siri di pusingan terakhir pilihanraya kecil yang jelas menampakkan kembalinya sokongan rakyat kepada BN, bermula di manek urai,hulu selangor dan yang terakhir di pilihanraya negeri di sarawak.

11. Rakyat wajar bangkit menentang penyangak bersih. Bersih tidak mewakili hampir 27 juta pandangan rakyat malaysia, Bersih juga tidak mewakili hampir 10 juta pengundi di malaysia. Bersih hanyalah perkakas kepada sang politikus yang sedang terhimpit dengan masalah peribadi dan parti.

4 comments:

  1. Salam. Dah seribu laporan polis. Bila nak tangkap bawah ISA?

    ReplyDelete
  2. ok dato... xtikl berdiri teguh d blakang dato dan bn...

    ReplyDelete
  3. Thanks For Stating Your Mind On This Issue. LATE Is The Laziness By The Hour.

    1. Sementara Menteri UMNO Masih Berkuasa, Kenapa Tidak Menggunakan Kuasa Yg Diamanahkan?

    2. Amat Jauh Berbeza & Sungguh Tidak Responsive Jika Di Bandingkan Pemerintah Singapore Dengan Malaysia. Singapore Mengawal-Selia Ekonomi Mereka Dgn Penuh Regimental. Ekonomi Mereka Merupakan Kuasa Mereka & Di Protect Ketat Assets Mereka Ini.

    3. YAB PM Mengorbankan Pelbagai Resources Utk Menjana Iklim Pelaburan & Peningkatan Ekonomi Dgn Pelbagai Program Transformasi, NAMUN Ianya Seperti Tidak Di JAGA Dgn Santun & Regimental Seolah-olah Segala Pelan Tersebut Bullet-Proof Dgn Ketidakstabilan Politik & Keharmonian Penduduk.

    4. Sejarah Telah Membuktikan Anwar Ibrahim, Mencetuskan PENIPUAN Dgn Mendakwa Ada Bukti 6 KOTAK Semasa Meniup Helah REFORMASI Pada 1998. MENGAPA TIDAK DI DAKWA Anwar Di Bawah Akta Hasutan?

    5. Mengapa Tidak Di Dakwa BERSIH Di Bawah Akta Hasutan?

    6. Atau MUNGKIN UMNO Mahu Membuktikan MELAYU TIDAK CEKAP, LEMAH & PERLU DI GANTI DGN REGIMENTAL ADMINISTRATION YG TEGAS SEPERTI SINGAPORE?

    7. Mungkin DAP/PAP Perlu Di Beri Peluang Memerintah Kerana UMNO Yg Ada Kuasa TAK FAHAM BAHASA & TAK TAHU GUNAKAN KUASA DENGAN CEPAT & TEPAT Untuk Menjaga Iklim Pelaburan, Ekonomi & Keharmonian Rakyat?

    8. Ada Akhbar Cina Ambil Peduli Dgn Cerita BERSIH, Kerana Org Cina Tahu, MELAYU INI BANYAK SANGAT CAKAP, TAPI NO ACTION!!!

    9. Walk The Talk. The RAKYAT IS WATCHING UMNO : Since U R In The Warlord's Circle. TELL THEM THE REAL ISSUE..Unless All The GTP/ETP/NKRA/GNI/NKEA Is Just Another Sweet Song Like Islam Hadhari...

    Semoga Di Beri Keberanian Yg Santun Dlm Menjaga Daulat Melayu Islam. Semoga Kita Membuat Keputusan Yg Lebih Bijaksana Dgn Cepat & Tepat.

    Salam Hormat

    ReplyDelete
  4. tangkap saja pemimpin bersih ni. buang pegi LIBYA

    ReplyDelete