Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1) Saya meneliti akan perkembangan terbaru mengenai isu larangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronie liu yang mengarahkan agar Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menarik balik arahan melarang orang Islam berkerja di tempat yang menyediakan minuman keras.
2) Cuba kita teliti akan kronologi isu ini.
a) Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.
b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.
c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.
d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.
b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.
c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.
d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.
3) Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar MPSJ membatalkan penguatkuasaan tersebut dengan serta merta.
4) Jelas di sini, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini tidak sensitif dan peka akan terhadap isu agama islam khususnya yang berkaitan dengan urusan Halal dan Haram.
5) Saya mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor yang kebanyakkannya dibarisi oleh Adun beragama Islam untuk melakukan tindakan proaktif dan mengajar rakan-rakan mereka dalam Pakatan supaya lebih beradab dalam membincangkan isu Islam.
6) Ronie Liu telah beberapa kali cuba mengusik akan Hak Agama Islam sepertimana yang telah tersedia termaktub dalam Perlembagaan dan Enakmen Agama di setiap Negeri.
7) Pujian saya berikan kepada seluruh kakitangan MPSJ kerana mempertahankan maruah umat islam.
8) Malah saya menyeru agar kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri selangor untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan meluluskan undang-undang yang melarang umat islam berkerja di premis yang menjual arak.
9) Bukan sekadar itu, seluruh PBT di selangor juga dicadangkan agar menghentikan/membatalkan pemberian lesen untuk premis rumah-rumah urut, kelab malam dan pusat hiburan yang nampaknya semakin banyak tumbuh seperti cendawan pasca pilihanraya 2008.
10) Jelas di sini, Menteri Besar Selangor ternyata GAGAL untuk mengawal keadaan. Mungkin kerana terlalu taksub berpolitiking 24 jam hingga dia lupa tugasnya sebagai pelaksana dasar-dasar islam negeri selangor.
11) Apa tindakan parti pas ?
13) 3 hari lepas, Setiausaha Agung Pas iaitu Dato Mustafa Ali telah meminta agar Pas Negeri Selangor untuk berpegang kepada prinsip yang telah diamanahkan oleh parti.
14) Isu MPSJ ini telah mengimbau semula akan cerita rampasan arak di kedai 7-11 yang pernah kecoh pada tahun lepas.
15) Persoalan saya, adakah Parti Pas akan tunduk kepada arahan YB Ronie Liu atau mereka akan mempertahankan MPSJ ?
No comments:
Post a Comment