Friday, January 14, 2011

ISU MPSJ : APA TINDAKAN PAS ?


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1) Saya meneliti akan perkembangan  terbaru mengenai isu larangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronie liu yang mengarahkan  agar Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menarik balik arahan melarang orang Islam berkerja di tempat yang menyediakan minuman keras.

2) Cuba kita teliti akan kronologi isu ini.

a) Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

 3) Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar MPSJ membatalkan penguatkuasaan tersebut dengan serta merta. 

4) 2 hari lepas, Setiausaha Agung Pas iaitu Dato Mustafa Ali telah meminta agar Pas Negeri Selangor untuk berpegang kepada prinsip yang telah diamanahkan oleh parti.

5) Isu MPSJ ini telah mengimbau semula akan cerita rampasan arak di kedai 7-11 yang pernah kecoh pada tahun lepas.

6) Persoalan saya, adakah Parti Pas akan tunduk kepada arahan YB Ronie Liu atau mereka akan mempertahankan MPSJ ?

13 comments:

  1. Tidak apa kalau YB DAP mahu pertahankan hak asasi mana-mana pihak (individu, para peniaga dan parti) tetapi jangan sampai dilihat sebagai memandai-mandai dalam bab agama. hik hik

    ReplyDelete
  2. Mesti la Ronnie Tiu tu tak bagi kuatkuasakan sebab, semua tempat ni tuan punya dia kafir tapi nk cari pekerja bangsa sendiri susah jadi kena la cari melayu. bila melayu dah tak lih kerja tempat2 ni maka bungkus la tempat tu. Gang dia, mesti la Ronnie Tiu nk pertahankan tuan-tuan punya tempat ini.

    Termasuklah 7-11, yang rata rata pekerja dia adalah budak-budak melayu. Ingat tak kejadian 7-11 di Shah Alam hari tu, macam mana Ronnie Tiu ni pertahankan 7-11.

    Tuan-Tuan "Haji" PAS sila lah pikir-pikirkan. Walaupun UMNO tu ada yang buruk masih lagi Islam. Islam takat mana biarlah Allah yang menentukan. Kalau Ronnie Tiu tu sanggup buat macam ni, makna dia nak memenangkan yang haram, sanggup kah umat Islam bersubahat dengan dia untuk menegakkan yang haram.

    Tepuk dada tanya la hati...

    ReplyDelete
  3. visit our blog at www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    ReplyDelete
  4. well, demi mempertahan sebuah prinsip dan kerjasama erat PAS-DAP-PKR.....elok teruskan aje penjualan arak tu...dak gitu rakan-rakan ustaz dan sheikh2 dalam PAS?

    ReplyDelete
  5. Bagus, sekarang telah ada suara suara supaya undang undang Syariah di titikberatkan ,tidak seperti zaman zaman dulu di mana tiada siapa yg mempersoalkan yg mana haram dan yg mana halal dari segi ugama Islam.Cuba buka Company's handbook untuk tahun ini dan kita boleh nampak 3 orang pengarah melayu dalam Syt arak terbesar d Selangor.Begitu juga dgn pengarah dan pengurusan tinggi Planet Hollywood,Hard Rock Cafe dsb.Jadi kita akan tunggu siapakah yg berani bersuara mengenai perkara ini dan kita akan tunggu siapa akan ....kena....

    ReplyDelete
  6. CONFIRMED PASDAP AKAN PERTAHAN ROHANI LIEWAT

    ReplyDelete
  7. PAS ni memang parti sesat dan menyesatkan, setan pun tak mau sekongkol dengan dia.

    Selangor dah dikuasai oleh parti DAPig, dan jangan mimpi PAS akan membantah.

    Suhaimi, korang mesti ingat, PAS hanya mahu tumbangkan Umno sahaja sebab diaorang sudah terpedaya dengan ajaran songsang Nik Aziz supaya memusuhi Umno.

    PAS dan juga pakatan perlu diserang dari setiap sudut dan blogger seperti korang mesti buat macam mana diaorang fitnah Umno.

    pakatan mesti ditumbangkan atau tidak, perangai haram jadah adun sri muda akan menular kepada melayu lain yang bangsat menjilat ponggong DAP .

    ReplyDelete
  8. minta la somebody pi jentik telinga ronnie liu ni..

    matsetokin

    ReplyDelete
  9. telor PAS dah kena picit....demi undi sanggup mendiamkan perkara perkara munkar di s'gor...lepas ni minta PAS buat sembahyang hajat ramai ramai supaya UMNO tumbang....

    ReplyDelete
  10. TIGA ABDUL (ABDUL DAP, ABDUL PAS, ABDUL PKR)January 15, 2011 at 8:54 AM

    saya rasa elok dibiarkan ajer DAP nak jual arak sebab perkara ini bagus untuk kesihatan.

    teruskan, PAS mana bole ckap apa pun. teloq elek.

    setakat berdegar2 kan stadium melawati boleh lah.
    sampai la ni, hasan ali x tutup pun kilang arak tu.

    itu kan janji2 pas,
    untuk juak2 PAS, ko pi ckp kat H. Ali supya buat apa yg dia dah ckp kat RLiu, ada teloq?

    ReplyDelete
  11. Masaalahnya mudah kalau kita berbalik ke Al Quran.Dengan berlandaskan ayat La IQRA FIDDIN'..apa yang harus difahami oleh si keparat2..tiada yang melarang mereka menjalankan aktiviti mereka asal sahaja jangan menghasut,mengesyorkan dan membabitkankan umat islam dalam kerja2 keji mereka tu..Itu sahaja.
    Bagi orang2 ISLAM yang yakin dengan ketentuan Allah ..rezeki tu ada dimana mana2 asal mahu di cari tidak perlu bersubahat dengan syetan2 tu..ULAT DALAM BATU LAGI KAN HIDUP..alasan yang mengalakkan masyarakat islam bersubahat tu tidak boleh diterima pakai....kalau sekadar menjadi pencacai dan pemuas nafsu haprak2 tu saje apa faedahnya...dengan memberi alasan yang demikian Ronnie dan sekutu2 yang seangakatannya...boleh di katakan menghasut umat 'Islam '..KDN mana.....

    Ini masaalahnya bila unsur2 yang negatif berbentuk hasutan dan boleh menjerumuskan umat di ambil mudah pehak2 yang dipertanggung jawabkan i.e KDN dan jabatan Agama..JANGAN semua dianggap sosial sehingga bercanggah dengan aqidah [menghalalkan cara di benarkan].

    KDN SYOK dengan berbahasa basi sahaja..tu yang payah.Kena lah bertegas...Wallahu wa'lam

    ReplyDelete
  12. Jangan lah di harapkan PAS{ dalam hal nie...tidak pernah lulus...Always Failed.....HOPELESS {TIDAK MEMPERJUANGKAN iSLAM sekadar mengisi TEMBOLOK DAN PERUT MEREKA SAHAJA] kita desak kerajaan.Walaupun Selangor tu state ..sesuatu yang boleh mengancam kestabiian umat Islam/negara , harus mereka campur tangan..i,e Apa kata Menteri agama Malaysia dalam hal ini..Mohon dirujukkan perkara ini ke Sulatan dan DYM AGONG..KERANA INI BERKAITAN DENGAN hal AGAMA..THEY HAVE THE FINAL SAY IN TIS.
    KALAU TUNGGU KDN ..TAK TAHULAH SAMPAI BILA..masih lagi nak memperhalusi ...Memo je ke DYMM..wallahuwa'lam

    ReplyDelete
  13. PAS pada satu ketika dahaulu memamg menjadi parti yang memperjuangkan ISLAM. Tidak bolejh berkompromi dalam ,elaksana hukum ALLAH. itulah yang kita carikan. Namu apabila zaman berubah dan senario politik jugak berubah, nafsu mengusaia segalanya, fatwa politik sering laungkan tanpa tentu tempat, hukum hakam kini dipermainkan oleh orang kafir, saudara sesama agam ISLAM dikafirkan, menolak perpaduan UMMAH dan meletakkan perjuangan liberal yang telah menyebabkan PAS tidak lagi berada dilandasan yang betul gara-gara dikuasai matlamat menawan PUTRAJA. kini saya terfikir apakah perjuangan ARWAH Fadzil noor datok Asri kini sudah dipesongkan. Renung-renungkanlah. Seandainya kita tidak lagi berdaya untuk memikir apa yang fakta dan sudah dimamah usia, seeloknya berundurlah kita darinya. berikan ruang dan peluang untuk generasi muda, TUN M saya respect kerana sanggup memberi laluan kepada pemimpin lain.

    ReplyDelete