Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Sungguh kelam kabut melihatkan gelagat kepimpinan kerajaan negeri selangor dalam menangani isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
2. Kita diberitahu bahawa Menteri Besar Selangor sebenarnya telah mengetahui terlebih awal akan kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor tiga bulan yang lepas.
3. Sewajarnya Pimpinan Kerajaan Negeri sudah menyediakan beberapa nama cadangan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam tatacara menggantikan penjawat awam yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
4. Sayang sekali mereka tidak bertindak seperti yang sepatutnya.
5. Namun tatkala nama Datuk Mohammed Khusrin dicadangkan oleh SPA dan seterusnya diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Khalid Ibrahim menyanggah pula perkenan Duli Tuanku.
6. Lebih memilukan apabila saya melihat gelagat segelintir pemimpin pakatan yang begitu sibuk untuk mempolitikkan isu perlantikan Datuk Mohammed Khusrin hingga ke tahap melakukan solat hajat.
7. Corak pemikiran mereka untuk kerap mempolitikkan sesuatu perkara sebenarnya sudah melampaui batas.
8. Semalam seperti yang dilaporkan oleh berita dalam sidang media Menteri Besar, Khalid Ibrahim secara tak sengaja bersetuju pula dengan perlantikan Datuk Mohammed Khusrin yang telah dilantik oleh SPA ! Sila rujuk kenyataan Khalid Ibrahim di sini.
9. Hari ini mereka terpaksa menutup kesilapan. Satu usul untuk mengadakan sidang DUN tergempar akan dilakukan dalam masa terdekat.
10. Di atas ini adalah kronologi sikap kelam kabut kerajaan Pakatan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim.
11Pertama Kelam kabut kerana tidak mengemukakan cadangan nama kepada SPA tatkala kekosongan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berlaku , Kedua menyanggah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang menerima perlantikan Datuk Mohammed Khsurin dan dalam keadaan sidan media yang kelam kabut Khalid Ibrahim bersetuju pula dengan perlantikan Datuk Mohammaed Khusrin oleh SPA.
12. Hari ini gara-gara kerana ketaksuban politikal melampau, Adun Sri Muda dari PKR iaitu Shuhamie Shafie secara biadap telah menggertak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri atau bersedia menerima 'henyakan rakyat menentang Raja'. Kenyataan paling biadap pernah dikeluarkan oleh melayu dari parti PKR.
13. Kepada Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan Pakatan Selangor, hentikanlah sikap politiking melampau hingga boleh merosakkan apa yang telah kita bina sejak dulu lagi.
14. Rakyat perlu menilai strategi kotor politik PKR ini dan sanggup membuat apa saja utk mencari populariti. Mereka ingin mengalihkan perhatian rakyat dan mencari helah agar kelemahan dalam mentadbir negeri selangor. Menteri Besar harus bertanggung jawab terhadap segala isu dan kemelut perlantikan SUK selangor dan harus didesak mengadap dan memohon maaf dengan segera kepada Duli Yang Mah Mulia Tuanku Sultan Selangor
14. Rakyat perlu menilai strategi kotor politik PKR ini dan sanggup membuat apa saja utk mencari populariti. Mereka ingin mengalihkan perhatian rakyat dan mencari helah agar kelemahan dalam mentadbir negeri selangor. Menteri Besar harus bertanggung jawab terhadap segala isu dan kemelut perlantikan SUK selangor dan harus didesak mengadap dan memohon maaf dengan segera kepada Duli Yang Mah Mulia Tuanku Sultan Selangor
Sekian Terima Kasih.
DSS
SETUJUUUUUUUU !!!
ReplyDeleteLEPAS MOHON MAAF SUMBAT MASUK PENJARA SI PENDERHAKA ADUN SRI MUDA !
DATUK SUHAIMI SHAHADAN,
ReplyDeletePAKATAN SELANGOR NI WAJIB BUBAR DUN LAH. KITA PILIHANRAYA BALIK.... BANGANG !