LABIS, 16 Januari 2011 – Seramai 100 orang warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah berkampung di Labis bagi menjayakan Program Sehari Bersama KPTM dan KPTM Prihatin . Program berbentuk informasi pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kg Sg Gatom, Labis.
Program Sehari Bersama KPTM ini merupakan satu program gabungan yang dianjurkan secara bersama oleh KPTM Kuala Lumpur, KPTM Batu Pahat, KPTM Bangi dean KPTM Kampus Kejurawatan, Kota Bharu. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama UMNO Bahagian Labis, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Labis.
Pengerusi KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan menjelaskan bahawa Program Sehari Bersama KPTM bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang peluang-peluang melanjutkan pengajian di KPTM. Selain itu, para pelajar yang hadir pada hari ini turut berpeluang untuk mendapatkan terus surat tawaran melanjutkan pengajian di KPTM sekiranya memenuhi syarat.
“ Program ini memberi peluang dan ruang untuk penduduk setempat khususnya para pelajar untuk berinteraksi secara terus dengan KPTM bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang KPTM” tambah Sohaimi lagi.
Program Sehari Bersama KPTM ini turut menyelitkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPTM bagi menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat disekeliling yang turut melibatkan Sohaimi bersama – sama dengan 40 orang pelajar KPTM Batu Pahat dan 25 orang pelajar Kejururawatan. Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma turut diberikan kepada penduduk setempat sebagai tanda keprihatinan KPTM. Golongan warga emas yang telah uzur tidak dipinggirkan di mana aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah telah dijalankan oleh pelajar Kampus Kejururawatan KPTM Kota Bharu.
Pada masa sama, Sohaimi dan juga Pengarah serta 40 orang pelajar KPTM Batu Pahat serta kakitangan-kakitangan lain yang turut serta dalam program ini tidak kekok bergotong royong membersihkan Surau Kg Sg Gatom.
Menurut Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), ini merupakan satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk disini. Golongan warga emas yang uzur tidak dipinggurkan dimana KPTM menerusi pelajar kejururawatan telah menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma dari rumah ke rumah.
“Melalui cara ini, kita bukan sahaja dapat mengeratkan silatulrahim, namun ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar KPTM yang terlibat dan juga kakitangan yang turut sama turun padang bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk setempat’, tambah Sohaimi mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment