Sunday, October 28, 2012

KENYATAAN AKHBAR : ISU PENJUALAN ASET MILIK PKNS.

KENYATAAN AKHBAR 

PENGERUSI BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Biro Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli . Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual.

Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ?

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ?

Dari pemerhatian, kami melihat menteri besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.

Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh  oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di selangor.

Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan  dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.

Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ?

Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini  nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ? Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan.

Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat selangor.

Thursday, October 18, 2012

EMPANGAN SUNGAI SELANGOR MAKIN MENYUSUT.



Paras Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa lalu.

Demi untuk melihat dan meninjau sendiri keadaan empangan tersebut, hari ini Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, diketuai pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan telah melawat dan meninjau keadaan sebenar empangan tersebut.

Ujarnya, tahun lepas memang ada penyusutan air kerana fenomena cuaca, namun difahamkan krisis ini akan berterusan. Ini kita tak jangka kerana ianya fenomena alam, sungguhpun hujan lebat turun setiap hari sekarang ini, tidak ada jaminan empangan ini akan dipenuhkan

Tambahnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan pihak kerajaan negeri akan membuat pembenihan awan bagi menangani krisis penyusutan air di Selangor.

“Pembenihan awam bukan jalan penyelesaian kepada isu air di sini kerana pembenihan awan ini mungkin sesuai untuk menangani masalah jerebu dan menangani indeks cuaca yang kurang baik, bolehlah.

Sebenarnya kerajaan negeri kena keluarkan kenyataan yang jelas, yang betul-betul fakta ataupun melalui agensi yang berkenaan untuk memaklumkan kepada orang ramai dan rakyat apa yang terjadi. Kita perlu diberikan kefahaman paras kritikal kerana kita faham air ini, bukan semunya air sebaliknya di bawahnya ada keladak, lumpur dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Tambahnya, kita kena tahu paras kritikal air dan keduanya paras minimum penggunaan air yang patut ada di empangan ini. Seterusnya, kita lihat isu air sekarang ialah isu sumber air dan penyelesaian yang dibuat mestilah penyelesaian jangka panjang kerana ini selepas krisis air pada tahun 1997-1998, barulah Empangan Sungai Selangor ini dibuat.

“Selepas 14 tahun, ia juga ada kaitan juga dengan Empangan Langat 2. Jika kita lihat Empangan Langat 2 ini bertujuan untuk pembelian air dari dari Pahang, sumber air yang berasingan dari negeri Selangor. Air ini akan masuk dan diproses, dan lebihan air yang banyak lebih dari 15 peratus penggunaan di Selatan Selangor.

Jadi, ini adalah alternative tetapi saya masih tidak faham, kenapa kerajaan negeri berdolak-dalik dalam isu ini dan dalam keadaan yang begini pun masih bahawa air ini adalah keutamaan kepada rakyat negeri Selangor dan perlu ditangani dengan cermat, ditangani dengan serius.

Saya Nampak kerajaan negeri ambil sambil lewa dan berlawan dengan kerajaan pusat atas alasan yang mereka sendiri tahu jadi saya percaya rakyat Selangor perlu sedar dan diberikan pemahaman kejadian yang sebenarnya seperti krisis air dan maklumat asas proses air ini berlaku, serta implikasi-implikasinya dalam jangka masa panjang,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Tambahnya, satu tindakan jangka masa panjang perlu dibuat sekarang untuk atasi isu air untuk beberapa tahun ke depan bukannya nak buat pembenihan awan,  nak rawat air lombong dan sebagainya. 

Sumber Bloger sahabat gunung.

Tuesday, October 16, 2012

LAPORAN AUDIT TERBAIK, BUKTI KECEKAPAN PENTADBIRAN DS NAJIB.



Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61.  Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi.  Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.  Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. 

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.  Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga. 

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti. 

Saturday, October 13, 2012

BUKTI AIR EMPANGAN SELANGOR MEROSOT.



Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya.

Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan dan sungai masih dipenuhi dengan air.

Hakikatnya, tujuan sebenar tinjauan itu dilakukan hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Selangor daripada isu sebenar berkaitan bekalan air terawat yang semakin kritikal di kebanyakan loji rawatan air di seluruh negeri.

Satu perkara yang tidak diceritakannya kepada khalayak ialah, air mentah yang memenuhi empangan dan sungai tidak akan selamanya akan penuh atau kekal parasnya pada takat tertentu.

Ada tikanya akan surut sama ada kerana perubahan cuaca, disebabkan penggunaan harian yang tinggi selepas dirawat dan dibekalkan loji rawatan kepada pengguna ataupun disebabkan proses penyejatan.

Berdasarkan maklumat terkini (Lihat Bacaan Paras Air Empangan, 08 Oktober 2012) dan bila dibandingkan dengan bacaan paras air empangan pada 2 Julai 2012 lepas, jelas menunjukkan adanya penurunan paras air di beberapa empangan. 

Paling ketara di Empangan Sungai Selangor yang merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh ke paras bacaan 199.7 juta meter, agak hampir kepada paras kritikal yang kiranya berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini.

Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter.

Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter. Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara.

Dalam pada itu, mengikut makluman yang diterima, portal MyNewsHub juga ada membuat laporan eksklusif berkaitan perkara ini selepas mereka melakukan tinjauan ke beberapa empangan dan sungai sekitar Selangor. 

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan terbaru dari MB Selangor pada 7 Oktober lalu, katanya, rakyat tidak perlu cemas dengan penyusutan paras air yang dilaporkan berlaku di beberapa empangan dan loji rawatan air tika ini.

Katanya, kerajaan negeri telah maklum perkara tersebut dan telah siap sedia untuk melakukan proses pembenihan awam seandainya hujan masih tidak turun dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober 2012 lepas.

Tidak diketahui kenapa perlu menunggu 22 hari sebelum melakukan proses tersebut, apakah perlu ditunggu empangan dan sungai kering dahulu baru mahu bergegas untuk mencari jalan alternatif lain menyelesaikannya?

Walau apapun, perkembangan terbaru ini tentulah menambah lagi sesak di kepala rakyat Selangor. 

Belum pun selesai isu air terawat yang semakin kritikal di loji rawatan sedia ada, terpaksa pula menunggu lebih tiga minggu untuk melihat kerajaan negeri bertindak mengatasi masalah penyusutan paras air mentah di empangan.

Susah betul hidup berketuakan orang politik yang hanya pandai bercakap dan tahu mencipta seribu satu alasan tapi begitu lemah sekali dalam menyegerakan tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Friday, October 12, 2012

RAKYAT TERUS TUNTUT AIR PERCUMA DARIPADA KERAJAAN SELANGOR.



Dalam tempoh 30 hari, 5,500 pengguna air di Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tujuan yang sama.

“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.

Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan.

“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen berkenaan,” ujarnya lagi.

Wednesday, October 10, 2012

SANTAI BAJET AKTIVITI PEMUDA UMNO SELAYANG.


Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Selayang telah mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Ronda-Ronda Santai bajet 2013- Terima Kasih PM” sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang tidak melupakan dan memberikan keutamaan kepada anak muda dalam sesi pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.

Ketuanya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, Pemuda UMNO mengadakan program ini dalam bentuk santai untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa orang muda hari ini telah bangkit untuk bersama-sama dan BN menjadi Pilihan Orang Muda.

“Dalam gerak kerja ini, kita juga akan mengantung banner-banner untuk memberikan maklumat kepada rakyat tentang apa sahaja yang disumbangkan, faedah-faedah dan juga  suntikan dana untuk anak muda kita hari ini.

Ini juga merupakan tanda sokongan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak yang telah memperuntukkan lebih RM50 juta khas kepada orang muda, contohnya BR1M RM250 kepada orang muda, begitu juga dengan rebet telefon yang pastinya menjadi kegemaran orang muda dan bermacam-macam lagi,” ujarnya yang juga merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam masa yang sama, Ketua UMNO bahagian Selayang, Shukur Idrus yang merasmikan program ini berkata, komitmen dan penyertaan ramai anak muda dalam program ini membuktikan bahawa dakwaan anak muda tidak menyokong Barisan Nasional dan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib jauh meleset sama sekali.

“Saya lihat, di mana-mana sahaja program yang dianjurkan Pemuda UMNO dan Pemuda BN, begitu ramai sekali anak-anak muda bersama-sama  dalam program yang dianjurkan.

Jadi apa sahaja kenyataan yang mengatakan anak muda tidak menyokong kepimpinan Barisan Nasional meleset sama sekali dan hari ini saya dapat melihat bahawa ramai di kalangan anak muda ini telah kembali untuk memberikan sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor.

Monday, October 8, 2012

RAKYAT SELANGOR TUNTUT AIR PERCUMA.



Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.

Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.

Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.

“Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan  untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.

Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.

Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong.

Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini).

Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270!

“Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main. Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.

Kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi.

GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin.

Thursday, October 4, 2012

KENYATAAN AKHBAR.


SHAH ALAM – Pakatan pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat melalui ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan ‘Bajet bayangan 2013’ di Parlimen baru-baru ini.

Bajet tersebut yang berteraskan Buku Jingga kononnya untuk memenuhi aspirasi rakyat dan bagi menunjukkan mereka lebih baik daripada bajet yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pakatan pembangkang boleh menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam bajet mereka tetapi sebagai rakyat kita perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai autoriti untuk melaksanakannya.

Usah terpedaya kerana sekiranya berkuasa sekalipun mereka tidak mampu melaksakannya seperti mana manifesto pilihan raya umum yang lalu kerana bagi pakatan pembangkang, ia bukan satu perjanjian untuk dilaksanakan.

Sebaliknya apa yang dibentangkan oleh perdana menteri adalah satu janji yang wajib untuk ditepati, malah bajet itu sendiri merupakan satu komitmen daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Salah satu dalam bajet pakatan pembangkang untuk menaikkan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta sebanyak RM1,100 sebulan. Ini hanya gimik politik untuk menarik sokongan rakyat khususnya di kalangan pekerja sektor swasta.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 tetapi hanya untuk anak syarikat yang berkemampuan tetapi hakikatnya sampai sekarang masih belum terlaksana.

Apa yang rakyat perlu ketahui ialah bajet bayangan yang dikemukakan itu hanya akan menyebabkan kerajaan mengalami defisit, malah tidak kompeten untuk perbelanjaan negara.

Ini kerana:
  
i.     Banyak syarikat, terutamanya syarikat kecil dan sederhana (SME) tidak akan dapat membayar gaji setinggi itu.  Jika mereka dipaksa, maka kebanyakannya akan gulung tikar kerana kos operasi melambung naik.  Jika syarikat SME gulung tikar, sudah tentu menyebabkan pengangguran yang teruk.

** Overall share of GDP for Selangor (2005 and 2006): 21%

**Jumlah SME di Selangor ialah sebanyak 300,000. Kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sekiranya 1 syarikat SME mempunyai 5 pekerja, jumlah keseluruhan pekerja yang terlibat dalam SME ialah 1.5 bilion.


ii.    Jika ada syarikat yang dapat membayar gaji minimum RM1,100, ianya akan menyebabkan kos produk meningkat yang seterusnya akan menyebabkan harga barangan jualan meningkat tinggi.  Ini akan menyusahkan rakyat yang terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi.

iii.   Tahap gaji minimum yang terlalu tinggi (RM1,100) juga akan menakutkan pelabur-pelabur baru termasuk pelabur asing untuk melabur di negara ini.

iv.  Kenaikan gaji minimum yang terlalu tinggi ini bukan sahaja untuk kakitangan kerajaan, tetapi semua termasuk pekerja ladang, kedai mamak dan sebagainya. Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk membayar gaji sahaja.

Apa yang nyata, setiap bajet bayangan pakatan pembangkang gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin SME sedia ada mampu meningkatkan produktiviti.

Bagi rakyat biasa, tentu sekali apa yang digula-gulakan oleh pembangkang itu sangat menarik tetapi sebenarnya banyak lompang dan kelemahan terutama untuk menunaikan janji-janji itu.

Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji atau mimpi yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod sepanjang mentadbir negeri-negeri di bawah mereka.
  

DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

4 OKTOBER 2012

MENOLAK BAJET KELENTONG OLEH PAKATAN.



Pakatan pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat melalui ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan 'Bajet bayangan 2013' di Parlimen baru-baru ini.
Bajet tersebut yang berteraskan Buku Jingga kononnya untuk memenuhi aspirasi rakyat dan bagi menunjukkan mereka lebih baik daripada bajet yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Pakatan pembangkang boleh menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam bajet mereka tetapi sebagai rakyat kita perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai autoriti untuk melaksanakannya.
"Usah terpedaya kerana sekiranya berkuasa sekalipun mereka tidak mampu melaksakannya seperti mana manifesto pilihan raya umum yang lalu kerana bagi pakatan pembangkang, ia bukan satu perjanjian untuk dilaksanakan.
Sebaliknya apa yang dibentangkan oleh perdana menteri adalah satu janji yang wajib untuk ditepati, malah bajet itu sendiri merupakan satu komitmen daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat," ujarnya di sini hari ini.
Tambahnya, salah satu dalam bajet pakatan pembangkang untuk menaikkan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta sebanyak RM1,100 sebulan. Ini hanya gimik politik untuk menarik sokongan rakyat khususnya di kalangan pekerja sektor swasta.
Kerajaan negeri Selangor sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 tetapi hanya untuk anak syarikat yang berkemampuan tetapi hakikatnya sampai sekarang masih belum terlaksana.
"Apa yang rakyat perlu ketahui ialah bajet bayangan yang dikemukakan itu hanya akan menyebabkan kerajaan mengalami defisit, malah tidak kompeten untuk perbelanjaan negara.
Ini kerana banyak syarikat, terutamanya syarikat kecil dan sederhana (SME) tidak akan dapat membayar gaji setinggi itu. Jika mereka dipaksa, maka kebanyakannya akan gulung tikar kerana kos operasi melambung naik. Jika syarikat SME gulung tikar, sudah tentu menyebabkan pengangguran yang teruk.
Jumlah SME di Selangor ialah sebanyak 300,000. Kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sekiranya 1 syarikat SME mempunyai 5 pekerja, jumlah keseluruhan pekerja yang terlibat dalam SME ialah 1.5 bilion," ujarnya.
Jika ada syarikat yang dapat membayar gaji minimum RM1,100, ianya akan menyebabkan kos produk meningkat yang seterusnya akan menyebabkan harga barangan jualan meningkat tinggi. Ini akan menyusahkan rakyat yang terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi.
Tahap gaji minimum yang terlalu tinggi (RM1,100) juga akan menakutkan pelabur-pelabur baru termasuk pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Kenaikan gaji minimum yang terlalu tinggi ini bukan sahaja untuk kakitangan kerajaan, tetapi semua termasuk pekerja ladang, kedai mamak dan sebagainya. Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk membayar gaji sahaja.
"Apa yang nyata, setiap bajet bayangan pakatan pembangkang gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin SME sedia ada mampu meningkatkan produktiviti.
Bagi rakyat biasa, tentu sekali apa yang digula-gulakan oleh pembangkang itu sangat menarik tetapi sebenarnya banyak lompang dan kelemahan terutama untuk menunaikan janji-janji itu.
Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji atau mimpi yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod sepanjang mentadbir negeri-negeri di bawah mereka," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Wednesday, October 3, 2012

MAMPUKAH ANWAR SELESAIKAN ISU AIR ?


MASALAH air Selangor masih diperkatakan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beria-ia mahu menstruktur semula bekalan air negeri itu di sebalik gesaan Kerajaan Pusat supaya dipercepatkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Pembinaan Langat 2 perlu disegerakan kerana penstrukturan bekalan air negeri itu akan memakan masa. Tambahan pula kerajaan negeri Selangor masih terkial-kial mendapatkan persetujuan untuk mengambil alih kepentingan daripada empat syarikat konsesi bekalan air.

Jika perkara penting ini tidak dimiliki bagaimana hendak menstruktur bekalan air negeri. Khalid perlu diingatkan selalu bahawa hendak membina Loji Rawatan Air Langat 2 akan memakan masa dan bukannya bila sudah tidak ada air baharu hendak membinanya.

Kerajaan Pusat berusaha sedaya upaya menentukan pembinaan projek Langat 2 tetap dijalankan dengan pengeluaran tender kepada syarikat yang berminat membantu kerajaan. Tetapi dengan masalah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang banyak berdolak-dalih menyebabkan masa semakin suntuk bagi menyiapkannya.

Minggu lepas sahaja dilaporkan permohonan syarikat pembuat sarung getah Top Glove di Kapar, Selangor supaya bekalan air kepadanya dinaikkan sebanyak 20 peratus (%) lagi telah ditolak kerana kekurangan air. Hal ini seolah-olah menidakkan aliran pertumbuhan ekonomi kepada rakyat Selangor.

Peningkatan permintaan air akan meningkatkan pengeluaran, menambah peluang pekerjaan, melonjak perniagaan dan sebagainya. Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak meluluskan permintaan Top Glove itu kerana tidak boleh memberi jaminan bekalan air dapat ditunaikan pada masa depan.

Dalam hal ini mampukah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut air yang semakin kritikal antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat. Inilah yang kita harap-harapkan, dan jangan impian ini hanya angan-angan sahaja.

Sebenarnya inilah juga harapan daripada suara hati Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri kepada Ketua Pembangkang itu minggu lepas.

Kerajaan Pusat hampir kepenatan memberi pelbagai jalan untuk mencegah krisis air yang dijangka berlaku pada 2014 daripada melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Inilah kawasan paling tinggi jumlah penduduk di negara ini.

Bukan itu sahaja, Selangor menjadi tarikan jumlah modal pelaburan terbesar yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) bagi sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama tahun ini. Selangor mendapat RM6.08 bilion pelaburan bagi sektor pembuatan. Bayangkan jumlah kos melepas kepada Selangor jika isu air ini berterusan.

Tahap kesabaran Kerajaan Pusat yang cukup tinggi kini semakin menipis berhubung pertelagahan pendapat antara pihak kerajaan negeri dan Pusat. Sebab itu Muhyiddin menyuarakan perkara ini kepada Anwar sendiri.

Anwar bukan sahaja pemimpin besar pakatan pembangkang tetapi juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid lebih ghairah memainkan peranan dengan menimbulkan bermacam-macam mainan kata-kata dan alasan. Beliau juga cuba menunjukkan projek bernilai RM8 bilion yang membawa masuk air tambahan dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai membazir. Dengan pendekatan itu, nampaknya projek itu tidak akan menjadi kenyataan.

Baru-baru ini Khalid memberi kata dua bahawa pihaknya hanya mengeluarkan 'arahan pembangunan' untuk loji rawatan itu jika Kerajaan Pusat bersetuju dengan pelan penstrukturan air negeri Selangor.
Putrajaya berulang kali menyatakan tidak ada halangan terhadap pelan tersebut. Tetapi pelan penstrukturan bekalan air Selangor itu bukan semudah yang dibayangkan oleh Khalid. Beliau kena berunding dengan empat syarikat konsesi air di Selangor berdasarkan terma 'kesanggupan penjual dan kemampuan pembeli' sebelum beliau mampu mengambil alih aset air negeri.

Setakat ini syarikat konsesi telah dua kali menolak tawaran pengambil alihan itu dan Khalid mahu Kerajaan Pusat masuk campur tangan, sedangkan urusan itu adalah rundingan perniagaan. Sebagai bekas peneraju dan pembuat keputusan dalam syarikat konglomerat, Khalid patut sedar perkara campur tangan ini.

Kerajaan Negeri Selangor pada 19 September lalu telah memaklumkan kepada Kerajaan Pusat tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).

Makluman telah dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September. Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan beliau.

Khalid menyatakan keengganan menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memulakan rundingan menunjukkan Kerajaan Pusat memang sengaja mahu mengingkari tanggungjawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) WSIA.

"Sehubungan itu, saya memaklumkan sekiranya menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas yang bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, saya beranggapan pihak kementerian tidak mempunyai sebarang bantahan untuk saya meneruskan penstrukturan ini," ujar Khalid.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Isu Bekalan Air Selangor menjelaskan hal sebegini penting tidak boleh diambil sikap bermusuh kerana air adalah masalah rakyat dan tidak boleh dipandang kecil.

Dalam reaksi Peter Chin terhadap kata dua 14 hari itu yang tarikhnya tamat lima hari lalu berkata: "Perkara yang dibangkit tidak mengikut saluran malah isu air menjadi bertambah rumit dengan melibatkan pemantauan dasar dan penyediaan dana khas."

Dengan demikian Muhyiddin terus menyuarakan hal ini kepada Anwar untuk mendapatkan bantuan memecahkan kebuntuan apabila mereka duduk bersebelahan dalam majlis jamuan tengah hari anjuran Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Rabu minggu lalu.

"Saya beritahu Anwar, sebagai Penasihat Ekonomi Selangor beliau perlu memberi nasihat yang betul. Saya minta beliau menasihat kerajaan Selangor bertindak secara positif supaya kerja pembinaan loji rawatan Langat 2 boleh dijalankan dan isu-isu pembangunan," kata Muhyiddin.

Apabila ditanya tentang reaksi Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar menunjukkan beliau membawa perkara itu kepada Khalid dan akan memaklumkan dalam tempoh seminggu.

Muhyiddin berkata beliau telah menjelaskan kepada Anwar bahawa perkara melibatkan kepentingan air jangan dipolitikkan kerana isunya adalah masalah kebajikan rakyat. "Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita akan berdepan dengan kemarahan rakyat," kata Muhyiddin.

Dalam sejarah negara, Selangor negeri pertama memberikan air secara percuma kepada pengguna bagi menunaikan janji pakatan pembangkang jika menang pilihan raya umum 2008.

Inilah tindakan membingungkan atau menggelikan hati yang kerajaan negeri terlalu memikirkan untuk mengambil alih perniagaan air tanpa memahami bahawa pengeluaran dan pengagihan air kepada berjuta-juta kediaman dan beribu-ribu industri menelan belanja yang dahsyat.

Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan boleh membayar sehingga RM9 bilion (tawaran kali kedua kepada pemegang konsesi air) untuk mengambil alih aset airnya. Walapun membayangkan kemampuan membayar sejumlah wang yang besar itu, tetapi bagaimana kerajaan negeri hendak mendapatkan balik pelaburannya itu apabila pada masa yang sama rakyat diberikan air percuma? Jelas ia tidak selari dan masuk akal. Kecuali ini adalah permainan seseorang untuk menguasai Putrajaya.

Baru-baru ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kerajaan negeri tidak ragu-ragu membatalkan projek pemindahan air jika kerajaan Selangor berpendapat mereka tidak perlukan air Pahang.

Kini, nampaknya harapan berjuta pengguna air di Lembah Klang terletak pada bahu Anwar. Adakah beliau sanggup berkorban dengan mengetepikan politik partisan dan memainkan peranannya sebagai negarawan?

Untuk seorang yang masak dengan mainan politik, Anwar mungkin lebih memahami ada perkara dalam hidup ini lebih penting daripada politik berbanding dengan kita rakyat biasa. Dan air sudah tentu keperluan penting dalam kehidupan kita.


Monday, October 1, 2012

MANIFESTO : TUNTUTAN TUNAIKAN JANJI MEMUNCAK.



Tuntutan rakyat negeri Selangor kepada kerajaan negeri yang sehingga kini masih gagal melaksanakan skim air percuma seperti yangdijanjikan pada manifesto pilihan raya umum lalu kepada penghuni flat dan pangsapuri semakin hari  semakin memuncak.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demonstrasi secara aman namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membukakan mata.

“Mereka langsung tidak  simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya berpendapatan rendah yang menhuni rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu dilaksanakan.

Ini menunjukkan sikap angkuh dan bongkak kerajaan negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan  sebenarnya omong kosong – sekadar ‘gula-gula’ untuk memenangi pilihan raya umum.

Rakyat sebenarnya sudah boleh membuka mata dan boleh menilai sendiri jenis apakah kepimpinan yang diamalkan oleh  pakatan pembangkang di Selangor ini kerana sejak daripada awal lagi kerajaan negeri sudah membuka tembelang mereka,” ujarnya selepas

Tambahnya, sikap membisu Abdul Khalid itu juga menunjukkan kerajaan negeri Selangor hari ini langsung tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami permasalahan rakyat marhaein.

Hari ini satu lagi siri demonstrasi secara aman dilakukan oleh penghuni Apartment Putra Perdana, Puchong yang menuntut agar mereka juga diberi hak untuk menikmati air percuma  20 meter padu setiap bulan atau kerajaan negeri membayar rebat bermula pada 2008.

Terdapat  11 apartment iaitu Siantan, Rista Villa, Kekwa, Kenanga, Teratai, Dahlia, Anggerik, Semarak, Kiambang, Ruvena dan Rozana yang mengandungi lebih 5,000 unit rumah yang telah dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan.

Bagaimanapun selepas menang di Selangor, pakatan pembangkang hanya melaksanakan skim tersebut dalam ‘keadaan tidak sepenuh hati’ itupun  selepas mendapat desakan pelbagai pihak yang menuntut janji tersebut dilaksanakan.

Namun begitu, pelaksanaanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana hanya pengguna yang menggunakan meter individu sahaja menerima skim sir percuma itu, manakala pengguna meter pukal dinafikan hak itu.

Pelaksanaan skim air percuma ini sahaja kerajaan negeri sekarang tidak adil walau parti mereka bernama Parti Keadilan Rakyat kerana kediaman berharga RM3 juta memperoleh keistimewaan itu tetapi kediaman flat dan apartmen terpaksa membayar 20 meter padu air.

“Sebelum ini, tiga demonstrasi secara aman menuntut air percuma telah dibuat oleh penduduk Apartment Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender dan Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras.

Justeru saya mendesak agar Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor lebih bertanggungjawab dan mengambil berat desakan yang dibuat oleh penduduk Apartment Putra Perdana ini kerana selepas ini satu lagi tuntutan saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” ujarnya lagi.

Terkini, 11 pangsapuri di Putra Perdana, Puchong melibatkan 5,000 unit pangsapuri yang dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri telah mengadakan bantahan secara aman bertempat di Rista Villa, semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat penduduk pangsapuri yang tidak berpeluang menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan dengan alasan meter pukal.

Pengerusi Badan Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Rushdan Mohamed berkata, rakyat Selangor memberi mandat kepada PR dengan harapan dapat merealisasikan  manifesto PRU12.

 “Dulu kami berharap kerajaan PR dapat membantu rakyat Selangor, dan bukan sekadar janji air percuma malah pelbagai lagi insentif ditaburkan hanya palsu, kalau janji tidak di kota kami akan tolak bulat-bulat pimpinan ini,”katanya ketika sidang media di Pangsapuri Rista Villa,semalam.

Peguam yang mewakili penduduk, Tetuan Kamarudin dan Partners melalui  peguam Kamarudin Ahmad berkata, sehingga Jumaat lalu sebanyak 4,000 saman telah difailkan terhadap ketiga-tiga defenden  tersebut iaitu Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim air percuma di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau turut menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak tidak bertanggung jawab berhubung keupayaan mereka untuk memenangi kes tersebut dan mendakwa sekiranya kalah, Kerajaan Negeri akan menyaman mereka semula.

 “Semua kes telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk di adili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto),”katanya.