Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Selayang telah mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Ronda-Ronda Santai bajet 2013- Terima Kasih PM” sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang tidak melupakan dan memberikan keutamaan kepada anak muda dalam sesi pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.
Ketuanya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, Pemuda UMNO mengadakan program ini dalam bentuk santai untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa orang muda hari ini telah bangkit untuk bersama-sama dan BN menjadi Pilihan Orang Muda.
Ini juga merupakan tanda sokongan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak yang telah memperuntukkan lebih RM50 juta khas kepada orang muda, contohnya BR1M RM250 kepada orang muda, begitu juga dengan rebet telefon yang pastinya menjadi kegemaran orang muda dan bermacam-macam lagi,” ujarnya yang juga merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Dalam masa yang sama, Ketua UMNO bahagian Selayang, Shukur Idrus yang merasmikan program ini berkata, komitmen dan penyertaan ramai anak muda dalam program ini membuktikan bahawa dakwaan anak muda tidak menyokong Barisan Nasional dan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib jauh meleset sama sekali.
“Saya lihat, di mana-mana sahaja program yang dianjurkan Pemuda UMNO dan Pemuda BN, begitu ramai sekali anak-anak muda bersama-sama dalam program yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment