SHAH ALAM –
Pakatan pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat melalui
ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan ‘Bajet bayangan 2013’ di
Parlimen baru-baru ini.
Bajet tersebut yang
berteraskan Buku Jingga kononnya untuk memenuhi aspirasi rakyat dan bagi
menunjukkan mereka lebih baik daripada bajet yang bakal dibentangkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pakatan
pembangkang boleh menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam bajet mereka tetapi sebagai
rakyat kita perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai autoriti untuk
melaksanakannya.
Usah terpedaya
kerana sekiranya berkuasa sekalipun mereka tidak mampu melaksakannya seperti
mana manifesto pilihan raya umum yang lalu kerana bagi pakatan pembangkang, ia
bukan satu perjanjian untuk dilaksanakan.
Sebaliknya apa
yang dibentangkan oleh perdana menteri adalah satu janji yang wajib untuk
ditepati, malah bajet itu sendiri merupakan satu komitmen daripada kerajaan
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Salah satu dalam
bajet pakatan pembangkang untuk menaikkan gaji minimum untuk pekerja sektor
swasta sebanyak RM1,100 sebulan. Ini hanya gimik politik untuk menarik sokongan
rakyat khususnya di kalangan pekerja sektor swasta.
Kerajaan negeri
Selangor sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum sebanyak
RM1,500 tetapi hanya untuk anak
syarikat yang berkemampuan tetapi hakikatnya sampai sekarang masih belum
terlaksana.
Apa yang rakyat
perlu ketahui ialah bajet bayangan yang dikemukakan itu hanya akan menyebabkan
kerajaan mengalami defisit, malah tidak kompeten untuk perbelanjaan negara.
Ini kerana:
i. Banyak syarikat, terutamanya syarikat kecil dan
sederhana (SME) tidak akan dapat membayar gaji setinggi itu. Jika mereka dipaksa, maka kebanyakannya akan
gulung tikar kerana kos operasi melambung naik.
Jika syarikat SME gulung tikar, sudah tentu menyebabkan pengangguran
yang teruk.
** Overall share
of GDP for Selangor (2005 and 2006): 21%
**Jumlah SME di
Selangor ialah sebanyak 300,000. Kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan dan
pembuatan. Sekiranya 1 syarikat SME mempunyai 5 pekerja, jumlah keseluruhan
pekerja yang terlibat dalam SME ialah 1.5 bilion.
ii. Jika ada syarikat yang dapat membayar gaji minimum
RM1,100, ianya akan menyebabkan kos produk meningkat yang seterusnya akan
menyebabkan harga barangan jualan meningkat tinggi. Ini akan menyusahkan rakyat yang terpaksa
membeli dengan harga yang terlalu tinggi.
iii. Tahap gaji minimum yang terlalu tinggi (RM1,100) juga
akan menakutkan pelabur-pelabur baru termasuk pelabur asing untuk melabur di
negara ini.
iv. Kenaikan gaji minimum yang terlalu tinggi ini bukan
sahaja untuk kakitangan kerajaan, tetapi semua termasuk pekerja ladang, kedai
mamak dan sebagainya. Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk
membayar gaji sahaja.
Apa yang nyata, setiap bajet bayangan pakatan
pembangkang gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana
pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin SME sedia ada mampu meningkatkan
produktiviti.
Bagi rakyat biasa, tentu sekali apa yang
digula-gulakan oleh pembangkang itu sangat menarik tetapi sebenarnya banyak
lompang dan kelemahan terutama untuk menunaikan janji-janji itu.
Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji
atau mimpi yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod sepanjang
mentadbir negeri-negeri di bawah mereka.
DATO’
SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia
4 OKTOBER 2012
No comments:
Post a Comment