Thursday, December 30, 2010

SYABAS PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Apa yang perlu kita ucapkan kepada pasukan bolasepak malaysia, selain ucapan tahniah. Ia mengambil masa 16 tahun untuk pasukan bolasepak Malaysia kembali  menjadi gergasi bolasepak Asean.

2. Prestasi, komitmen tinggi dan komited kesemua pemain dalam pasukan bolasepak Malaysia yang menjuarai Piala Suzuki di stadium Gelora Bung Karno Jakarta cukup mengujakan.

3. Saya secara peribadi mengidamkan kebangkitan semula maruah bolasepak Malaysia. Perhatikanlah akan mana-mana temasya sukan baik Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik sudah pasti perlawanan bolasepak akan menjadi tumpuan.

4. Pasukan ini wajar dikekalkan bagi meneruskan kelangsungan kebangkitan bolsepak negara. Seharusnya matlamat yang lebih tinggi perlu dicita-citakan dalam membangkitkan terus maruah bolasepak negara di persada antarabangsa. Piala Asia seharusnya menjadi matlamat utama.

5. Pada pandangan saya, sudah tiba masanya beberapa cadangan ke arah penambahbaikan mutu bolasepak peringkat nasional dilakukan.

6. Persatuan bolasepak peringkat negeri harus memikirkan secara serius bagaimana mereka dapat mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru di peringkat sekolah untuk dijadikan pemain pelapis. 

7. Sukan bolasepak jika baik perjalanan pengurusan dan prestasinya, boleh dijadikan satu bentuk industri sukan yang baru. Negara Amerika Latin , Eropah dan beberapa negara Asia telah menjalankan kajian dengan serius tatacara memartabatkan industri bolasepak kebangsaan.

8. Bukan sahaja pihak kerajaan terlibat secara langsung,  malah beberapa sektor swasta juga boleh memainkan peranan dalam memajukan industri bolasepak. Sebagai contoh, kebanyakan kelab-kelab bolasepak di Jepun dan Korea mampu mencapai prestasi yang tinggi kerana sokongan berterusan daripada syarikat swasta.

9. Apabila saya melihat prestasi pemain kebangsaan semalam, pada pandangan saya terdapat lebih kurang 3-4 orang pemain yang layak dihantar atau diberi peluang menyertai kelab-kelab bolasepak di luar negara. Bila agaknya kita dapat melihat pemain Malaysia  beraksi di Liga  J-League ?

10. Anak muda pada zaman ini sudah kembali meminati secara serius akan bidang sukan dan pastinya bolasepak bakal menjadi tumpuan.

11. Selaku Ketua Pemuda Umno  Bahagian Selayang saya mencadangkan agar Perhubungan  Umno di setiap negeri   dapat menganjurkan liga di bahagian masing-masing dan seterusnya mempunyai Trophi liga di peringkat negeri. Saya yakini ramai bakat-bakat baru di peringkat remaja dapat dicungkil seterusnya digilap oleh Persatuan Bolasepak Negeri.

12. Apa pun syabas saya ucapkan kepada skuad Rajagopal dan kesemua pemain. Lega rasanya apabila nostalgia bolasepak era supermokh sudah kembali menjadi kenyataan.

13. Syabas dari saya Dato' Sohaimi Shahadan atau lebih mudah dikenali dengan panggilan DSS.

Tuesday, December 28, 2010

JCORP UMUM TIDAK MENJUAL QSR DAN KFCH.

LABIS 27 Dis. – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menafikan Johor Corporation (JCorp) bercadang untuk menjual kepentingannya dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Berhad.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi JCorp berkata, isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.

"Isu (penjualan kepentingan dalam QSR Brands dan KFC Holdings) itu tidak timbul sama sekali. Ia sama sekali tidak benar,” katanya ketika ditanya pemberita selepas melawat rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di sini hari ini.

Johor Corporation (JCorp) di dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia tiada rancangan untuk menjual aset-aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. – Bernama

Monday, December 27, 2010

ISU JCORP DAN KFC. KENYATAAN SAYA.


 Berikut adalah transkrip kenyataan saya mengenai kemelut isu yang membabitkan JCORP dan KFC.

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kemelut pemilikan QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) memerlukan campur tangan kerajaan bagi memastikan salah satu daripada syarikat yang menjana ekonomi bumiputera tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, campur tangan itu perlu kerana isu penjualan kedua-dua syarikat berkenaan tidak seharusnya timbul sehingga mendatangkan beberapa persoalan.

Tegasnya, adalah jelas QSR dan KFCH merupakan lubuk emas sehingga menampakkan tindakan untuk menjualnya sebagai keputusan yang aneh.

"Kenapa ia perlu dijual sedangkan umum mengetahui bahawa syarikat itu adalah lubuk emas. Apakah ada yang tidak kena atau terdapat tekanan dari pihak luar?

"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam Johor Corporation (JCorp). Mungkin juga berlaku sesuatu yang aneh di luar JCorp yang memerlukan siasatan dan campur tangan dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu itu mula hangat apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhammad Ali Hashim terlibat dalam merancang penjualan QSR dan KFCH.

Bekas peneraju syarikat konglomerat itu mula menarik perhatian media pada tahun ini apabila beliau meletakkan jawatannya Julai lalu walaupun tempoh kontraknya berakhir pada bulan ini.

Kisah JCorp menarik perhatian korporat tempatan apabila anak syarikatnya Kulim Bhd. (Kulim) yang menguasai kepentingan dalam QSR menerima tiga cadangan pengambilan alih daripada pihak luar.

Bagaimanapun, kesemua cadangan pengambilan alih itu ditolak dan kemuncak kepada rentetan tersebut, Muhammad Ali bakal disingkirkan daripada kerusi Pengerusi Kulim dan KPJ Healthcare Bhd. dan Damansara Realty Bhd. menjelang mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada Januari ini.

Sohaimi menambah, Pemuda UMNO terpanggil untuk memperjuangkan isu berkenaan kerana lebih dua dekad lalu, perjuangan Pemuda UMNO Sungai Besi membolehkan KFC dimiliki oleh syarikat bumiputera.

Menurutnya, pada 1980-an, status halal restoran tersebut yang mendapat sambutan hangat diragui menyebabkan berlaku perkelahian dalam rali yang panjang sehingga memberi peluang Inovest dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memilikinya. 

"Pemilikan bukanlah agenda utama tetapi hasrat melihat KFC mengamalkan status halal yang mutlak merupakan perjuangan Pemuda UMNO. 

"Perjuangan itu bermula dengan kepentingan agama tetapi pemilikan ekonomi merupakan satu bonus. QSR dan KFCH mesti diselamatkan demi mengimarahkan ekonomi bangsa di samping memastikan status halalnya terjamin," ujarnya.
 

Sunday, December 26, 2010

PERTAHANKAN PEMILIKAN KFC.


MEMPERTAHANKAN PEMILIKAN KFC
Dato’ Sohaimi Shahadan
(Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia)

1. Perjuangan kita Pemuda Umno untuk KFC mempunyai sejarah yang panjang dan lama.

2. Kenapa J-Corp perlu menjual Rangkaian Restoran KFC? Apakah mereka menerima tekanan dari orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi dan sanggup menggadaikan maruah bangsa?

3. Tahun 1980an, Pemuda UMNO Sungai Besi meragui status halal ayam goreng KFC. Sedangkan sejak masa itu lagi sambutan orang-orang Melayu yang beragama Islam terhadap makanan segera ini cukup tinggi. 

4. Kita mengesyaki apakah makanan yang disajikan ini betul-betul halal? Perkelahian dalam rali yang panjang antara Pemuda UMNO Sungai Besi dengan pengurusan KFC pada masa itu yang diketuai oleh pemilik asalnya mendiang Low Cheng Ghee telah memberi peluang kepada Inovest dan PNB memiliki KFC pada tahun 1985. 

5. Pemilikan bukanlah agenda utama, tetapi hasrat untuk melihat restoran makanan segera ini mengamalkan status halal yang mutlak adalah merupakan perjuangan pemuda UMNO. Perjuangan bermula dengan kepentingan agama. Pemilikan ekonomi adalah suatu bonus.

6. Walau apa pun Inovest dan PNB telah membayar lebih dari RM50 juta kepada pemilik KFC untuk memiliki rangkaian restoran mereka, suatu nilai yang amat besar pada masa itu. 

7. Memang betul Low Cheng Ghee kecewa dengan penjualan perniagaan yang diasaskan beliau, tetapi beliau juga telah memperolehi bahagiannya, Hanya mengeluarkan modal awal lebih kurang RM200,000 ringgit sahaja untuk memulakan dua buah restoran KFC, dalam masa 10 tahun beliau telah memiliki tunai melebihi RM50 juta.

8. Kesilapan pengurusan Innovest yang diketuai oleh arwah Dato’ Dr. Mokhzani telah menyebabkan beliau terpaksa menjual saham KFC sedangkan ini adalah cash cow yang menguntungkan.

9. Innovest yang mengalami kerugian terpaksa menyedut keuntungan KFC sehingga menimbulkan kemarahan pemegang saham yang lain. Inilah sesuatu yang aneh, sepatutnya Dato’ Dr. Mokhzani menjualkan Innovest yang merugikan, tetapi dijualnya KFC. 

10. Tentu sekali ini hanya pilihan yang ada, pelabur tidak akan membeli sesuatu yang rugi, pelabur hanya akan membeli perniagaan yang menguntungkan.

11. Kelebihan PNB sebagai pelabur utama Bumiputera pada masa itu telah menyelamatkan restoran ini untuk terus mempastikan kehalalan makanannya terjamin. Sekurang-kurangnya untuk meneliti dan memantau.

12. Pergolakan pengurusan dan telakan politik dalaman dan luaran membuatkan pemilikan KFC terus bertukar tangan, walau pun diketahui, ia adalah lubuk emas yang sepatutnya tidak dijual. Sehinggalah rangkaian makanan segera ini berjaya dimiliki oleh Kumpulan J-Corp. 

13. Kini persoalannya ialah kenapa KFC perlu dijual oleh J-Corp? Apakah yang tidak kena dan tekanan dari mana? Mesti ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku di dalam J-Corp atau mungkin sesuatu yang aneh telah turut berlaku di luar J-Corp.

14. Pengalaman sejarah yang kita lalui telah kita saksikan, sesuatu yang terlepas dari tangan kita akan menjadi amat sukar untuk dimiliki kembali. Malah ia akan menjadi amat tidak mungkin untuk dimiliki kembali. 

15. Singapura yang kita lepaskan, terlepaslah malah seluruh perairan Selat Tebrau untuk laluan kapal keluar masuk ke Pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Langsat pun tidak akan kita miliki sehingga hari kiamat. 

16. Apakah sedikit bekalan ekonomi untuk anak cucu kita di masa akan datang juga turut hendak digadaikan?

17. Kenapa J-Corp pelu menjual kepentingan pemilikan KFC perlu disiasat. 

18. Sekiranya mereka mengahadapi masalah dalaman, kita pasti KFC bukannya punca dan masalah, KFC hanya alat yang mereka perlu gunakan untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. 

19. Tetapi kerajaan dan institusi perniagaan Bumiputera yang lain perlu peka dengan tindakan J-Corp ini. KFC mesti diselamatkan demi mengimarahkan ekonomi bangsa dan paling penting untuk mempastikan status halalnya terjamin.

20. Sekiranya tindakan itu berpunca dari tekanan luaran kita juga perlu bertindak segera. Perjuangan Pemuda UMNO Sungai Besi lebih dua dekad yang lalu perlu kita teruskan demi memertabatkan ekonomi bangsa dan menjaga maruah agama.

Friday, December 24, 2010

ISU LOGO 1MALAYSIA. PAKATAN SELANGOR KONTANG IDEA.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Ketakutan kerajaan Negeri Selangor terhadap logo 1Malaysia yang menjadi isu hangat ketika ini mengundang saya untuk memberikan penjelasan dan pandangan.

2. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang melaungkan ide-ide keterbukaan, memperjuangkan hak asasi dan demokrasi sewajarnya mereka  tidak menolak ide dan gagasan yang mahu membangunkan  rakyat secara fizikal dan spiritual.

3. Apa perlunya logo 1Malaysia digeruni  hingga menyebabkan kerajaan pakatan terpaksa 'mengharamkan' simbol ini daripada dipamerkan di negeri selangor ?

4. Logo 1Malaysia itu melambangkan visi negara untuk mewujudkan masyarakat berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan kepada perlembagaan dan rukun negara.

5. Jelas bagi saya, maksud terma 1Malaysia itu sendiri menyuburkan perpaduan dan menyemai semangat kenegaraan yang kuat merangkumi kesemua bangsa-bangsa yang ada di malaysia.

6. Alasan Pakatan Selangor yang menyatakan logo 1Malaysia itu bermotifkan politik adalah cernaan bacaan politik lemah yang sudah lama melingkar dalam pemikiran mereka.

7. Jika benar 1Malaysia diharamkan dari segi promosinya di negeri selangor, adakah mereka juga akan menolak ide wawasan 2020 yang jelas diakui oleh masyarakat malaysia sebagai garis panduan kebangkitan secara keseluruhan  sebuah negara bangsa ?

8. Sewajarnnya mereka tidak terlalu fokus dan analatikal dalam isu-isu remeh temeh yang layak diletakkan dalam kategori gimik politik.

9. Rakyat selangor khasnya menunggu ide-ide pembaharuan dan penambah baikan yang dijanjikan oleh pakatan rakyat.

10. Hingga ke hari ini, bukan sahaja penambah baikan tidak dapat dilakukan malah manifesto janji pilihanraya sebelum pru 2008 masih tidak kelihatan.

11. Ketirisan dan kelemahan pakatan selangor dalam urus tadbir PKNS, kegagalan uruselia pasir negeri, defisit belanjawan negeri yang jatuh merudum 2 tahun berturut-turut wajar diperbaiki dengan lebih kemas oleh kerajaan negeri.

12. Saya menyeru agar mereka berhentilah melakukan gimik politik  yang tidak menguntungkan rakyat.

Wednesday, December 22, 2010

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM DAN OKU.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Pada 19 haribulan disember 2010, bersamaan dengan hari ahad saya bersama-sama dengan ahli Pergerakan Pemuda Umno Selayang telah menganjurkan program 'Pemuda Prihatin : Jom Kembali Ke Sekolah' bersama-sama dengan anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di Selayang.

2. Program anjuran Pemuda Umno Selayang dengan kerjasama Pihak Pengurusan Pasaraya Mydin Cawangan Selayang ini melibatkan 20 orang anak yatim dan 5 orang kurang upaya (OKU)  daripada Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Shakar, Rawang Selangor yang akan kembali ke sekolah pada sesi persekolahan awal tahun.

3. Saya telah menyarankan akan perlunya syarikat-syarikat korporat untuk terlibat aktif dalam bekerjasama dan menyokong dalam program-program Tanggungjawap Sosial Korporat (CSR) bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan yang kurang bernasib baik.

4. Alhamdulillah , dalam program yang tidak sebesar mana ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Mydin Cawangan Selayang kerana telah bersama menjayakan program ini dengan memberikan diskaun terhadap barangan yang dibeli.

 5. Di bawah ini disertakan beberapa foto anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dalam program ini.





Monday, December 20, 2010

KOMENTARI MENARIK TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

 Saya berkesempatan membaca komentari menarik daripada negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke 4.

 Di bawah ini adalah transkrip yang saya ambil daripada blog Tun Mahathir mengenai komennya tentang MAHA yang disiarkan di dalam blog chedet pada 7hb disember 2010.

1. By the time I visited MAHA Show at Serdang Saturday morning, 1.8 million people had been ahead of me. The papers reported today that altogether 2.7 million people visited the show this year.

2. This year's show is clearly bigger and better. The Ministry of Agriculture and its agencies like MARDI and FAMA must be congratulated.

3. I noted that the Ministry of Agriculture has made tremendous progress in upgrading Malaysian agriculture. The farmers and fishermen should not languish in poverty if they make use of the techniques developed by MARDI, FAMA and other ministry agencies and departments.


Saturday, December 18, 2010

SALAM PERKENALAN.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah akhirnya saya berkesempatan untuk membuka ruang cetusan dalam ruangan media baru. 

2. Memahami akan keperluan betapa perlunya 'enggagement' secara maya antara saya dan pembaca media baru, maka blog ini akan saya gunakan secara sepenuhnya untuk menyatakan program , pandangan politik  serta mengupas isu-isu semasa yang semakin tampak memerlukan pandangan saya.

3. Insyaallah di dalam kesempatan menulis ini, beberapa perkara mengenai kegiatan dan penglibatan sepenuh masa saya selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, mengetuai Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan disiarkan secara turutan.

4. Bukan sekadar itu, penglibatan saya selaku Pengerusi Kolej Politek Mara dan Ahli Lembaga Pengarah Marditech juga akan disiarkan secara aktif.

5. 2 Minggu lepas, program MAHA baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah sambutan rakyat berbilang kaum terhadap konsep idea tani ini cukup menggalakkan. 

6. MAHA telah membibitkan ide permulaan untuk usahawan baru memulakan perniagaan. Malah  peniaga-peniga kecil berskala IKS juga telah mendapat laba yang besar dalam memperluaskan sejurusnya mempromosikan barang jualan serta perkhidmatan mereka.

7. Media baru adalah platform terbaik saya untuk mencetus pendapat dan mengupas isu politik. Insyaallah para pembaca budiman dapat membaca kompilasi pendapat dan pandangan politik dan isu semasa saya selepas ini.

8. Semoga kita dapat berbicara dan berdiskusi dalam konteks yang lebih matang dan profesional. Saya mengizinkan pandangan dan pendapat yang berlainan namun seharusnya tatkala kesemua ide ini dicernakan, matlamat kita untuk memenangi hati rakyat sewajarnya diletakkan sebagai keutamaan utama.

Salam Muhibah saya hulurkan kepada pembaca yang budiman.

KUNJUNGAN YAB DATO' SERI NAJIB , PERDANA MENTERI MALAYSIA.






Assalamualaikum wb dan salam 1Malaysia.

1. Foto ini dirakamkan sewaktu kunjungan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ke kiosk Biro Ekonomi Pemuda Umno dan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Selangor.

2. Kunjungan YAB Perdana Menteri ini dilakukan sewaktu program MAHA yang telah dilangsungkan 2 minggu yang lepas.

3. Saya telah memberikan penjelasan akan peranan dan perlaksaan program yang telah kami aturkan sepanjang program MAHA berlangsung.

4. Alhamdulillah program MAHA ini telah berjaya menarik hampir sejuta lebih pengunjung. Apa yang penting bagi saya adalah peluang peniaga kecil dan sektor IKS dalam memperluaskan lagi promosi barangan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

FOTO MAJLIS BIRO EKONOMI PEMUDA UMNO.


Wednesday, December 8, 2010