Saturday, December 18, 2010

SALAM PERKENALAN.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah akhirnya saya berkesempatan untuk membuka ruang cetusan dalam ruangan media baru. 

2. Memahami akan keperluan betapa perlunya 'enggagement' secara maya antara saya dan pembaca media baru, maka blog ini akan saya gunakan secara sepenuhnya untuk menyatakan program , pandangan politik  serta mengupas isu-isu semasa yang semakin tampak memerlukan pandangan saya.

3. Insyaallah di dalam kesempatan menulis ini, beberapa perkara mengenai kegiatan dan penglibatan sepenuh masa saya selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, mengetuai Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan disiarkan secara turutan.

4. Bukan sekadar itu, penglibatan saya selaku Pengerusi Kolej Politek Mara dan Ahli Lembaga Pengarah Marditech juga akan disiarkan secara aktif.

5. 2 Minggu lepas, program MAHA baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah sambutan rakyat berbilang kaum terhadap konsep idea tani ini cukup menggalakkan. 

6. MAHA telah membibitkan ide permulaan untuk usahawan baru memulakan perniagaan. Malah  peniaga-peniga kecil berskala IKS juga telah mendapat laba yang besar dalam memperluaskan sejurusnya mempromosikan barang jualan serta perkhidmatan mereka.

7. Media baru adalah platform terbaik saya untuk mencetus pendapat dan mengupas isu politik. Insyaallah para pembaca budiman dapat membaca kompilasi pendapat dan pandangan politik dan isu semasa saya selepas ini.

8. Semoga kita dapat berbicara dan berdiskusi dalam konteks yang lebih matang dan profesional. Saya mengizinkan pandangan dan pendapat yang berlainan namun seharusnya tatkala kesemua ide ini dicernakan, matlamat kita untuk memenangi hati rakyat sewajarnya diletakkan sebagai keutamaan utama.

Salam Muhibah saya hulurkan kepada pembaca yang budiman.

No comments:

Post a Comment