Thursday, December 30, 2010

SYABAS PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Apa yang perlu kita ucapkan kepada pasukan bolasepak malaysia, selain ucapan tahniah. Ia mengambil masa 16 tahun untuk pasukan bolasepak Malaysia kembali  menjadi gergasi bolasepak Asean.

2. Prestasi, komitmen tinggi dan komited kesemua pemain dalam pasukan bolasepak Malaysia yang menjuarai Piala Suzuki di stadium Gelora Bung Karno Jakarta cukup mengujakan.

3. Saya secara peribadi mengidamkan kebangkitan semula maruah bolasepak Malaysia. Perhatikanlah akan mana-mana temasya sukan baik Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik sudah pasti perlawanan bolasepak akan menjadi tumpuan.

4. Pasukan ini wajar dikekalkan bagi meneruskan kelangsungan kebangkitan bolsepak negara. Seharusnya matlamat yang lebih tinggi perlu dicita-citakan dalam membangkitkan terus maruah bolasepak negara di persada antarabangsa. Piala Asia seharusnya menjadi matlamat utama.

5. Pada pandangan saya, sudah tiba masanya beberapa cadangan ke arah penambahbaikan mutu bolasepak peringkat nasional dilakukan.

6. Persatuan bolasepak peringkat negeri harus memikirkan secara serius bagaimana mereka dapat mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru di peringkat sekolah untuk dijadikan pemain pelapis. 

7. Sukan bolasepak jika baik perjalanan pengurusan dan prestasinya, boleh dijadikan satu bentuk industri sukan yang baru. Negara Amerika Latin , Eropah dan beberapa negara Asia telah menjalankan kajian dengan serius tatacara memartabatkan industri bolasepak kebangsaan.

8. Bukan sahaja pihak kerajaan terlibat secara langsung,  malah beberapa sektor swasta juga boleh memainkan peranan dalam memajukan industri bolasepak. Sebagai contoh, kebanyakan kelab-kelab bolasepak di Jepun dan Korea mampu mencapai prestasi yang tinggi kerana sokongan berterusan daripada syarikat swasta.

9. Apabila saya melihat prestasi pemain kebangsaan semalam, pada pandangan saya terdapat lebih kurang 3-4 orang pemain yang layak dihantar atau diberi peluang menyertai kelab-kelab bolasepak di luar negara. Bila agaknya kita dapat melihat pemain Malaysia  beraksi di Liga  J-League ?

10. Anak muda pada zaman ini sudah kembali meminati secara serius akan bidang sukan dan pastinya bolasepak bakal menjadi tumpuan.

11. Selaku Ketua Pemuda Umno  Bahagian Selayang saya mencadangkan agar Perhubungan  Umno di setiap negeri   dapat menganjurkan liga di bahagian masing-masing dan seterusnya mempunyai Trophi liga di peringkat negeri. Saya yakini ramai bakat-bakat baru di peringkat remaja dapat dicungkil seterusnya digilap oleh Persatuan Bolasepak Negeri.

12. Apa pun syabas saya ucapkan kepada skuad Rajagopal dan kesemua pemain. Lega rasanya apabila nostalgia bolasepak era supermokh sudah kembali menjadi kenyataan.

13. Syabas dari saya Dato' Sohaimi Shahadan atau lebih mudah dikenali dengan panggilan DSS.

1 comment:

  1. Untung nya rakyat Malaysia , menang bola dapat cuti umum , pulak lepas tu suruh bagi gaji lagi kalau kerja kat swasta atau kilang atau sebagai nya.
    Bengap nye Menteri Sumber Manusia ini, buku undang-undang Buruh mana dia pakai , buku mana dia baca... dah jelas dah kalam kitab tuu tulis dlam sek ?? manajika mesti lah menistiharkan 10 hari cuti umum yang wajib.. dan tak sebut pun mesti bagi cuti kalau suruh kerja mesti bayar gaji.. PM< nak istiharkan cuti itu hak dia.. hak dan undang-undang pula jangan lah kerana PM curuh cuti tak ikut dinaggap derhaka dan ingkar malah boleh disabitkan keslahan dibawah undang-undang..

    Kita tengok keberanian Menteri Sumber Manusia megheret majikan-majikan ingkar..

    Jangan lah jadi boodooh kalau nak pegang jawatan tersebut .. Malu kat orang

    ReplyDelete