Berikut adalah transkrip kenyataan saya mengenai kemelut isu yang membabitkan JCORP dan KFC.
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kemelut pemilikan QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) memerlukan campur tangan kerajaan bagi memastikan salah satu daripada syarikat yang menjana ekonomi bumiputera tidak terlepas ke tangan pihak lain.
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, campur tangan itu perlu kerana isu penjualan kedua-dua syarikat berkenaan tidak seharusnya timbul sehingga mendatangkan beberapa persoalan.
Tegasnya, adalah jelas QSR dan KFCH merupakan lubuk emas sehingga menampakkan tindakan untuk menjualnya sebagai keputusan yang aneh.
"Kenapa ia perlu dijual sedangkan umum mengetahui bahawa syarikat itu adalah lubuk emas. Apakah ada yang tidak kena atau terdapat tekanan dari pihak luar?
"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam Johor Corporation (JCorp). Mungkin juga berlaku sesuatu yang aneh di luar JCorp yang memerlukan siasatan dan campur tangan dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isu itu mula hangat apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhammad Ali Hashim terlibat dalam merancang penjualan QSR dan KFCH.
Bekas peneraju syarikat konglomerat itu mula menarik perhatian media pada tahun ini apabila beliau meletakkan jawatannya Julai lalu walaupun tempoh kontraknya berakhir pada bulan ini.
Kisah JCorp menarik perhatian korporat tempatan apabila anak syarikatnya Kulim Bhd. (Kulim) yang menguasai kepentingan dalam QSR menerima tiga cadangan pengambilan alih daripada pihak luar.
Bagaimanapun, kesemua cadangan pengambilan alih itu ditolak dan kemuncak kepada rentetan tersebut, Muhammad Ali bakal disingkirkan daripada kerusi Pengerusi Kulim dan KPJ Healthcare Bhd. dan Damansara Realty Bhd. menjelang mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada Januari ini.
Sohaimi menambah, Pemuda UMNO terpanggil untuk memperjuangkan isu berkenaan kerana lebih dua dekad lalu, perjuangan Pemuda UMNO Sungai Besi membolehkan KFC dimiliki oleh syarikat bumiputera.
Menurutnya, pada 1980-an, status halal restoran tersebut yang mendapat sambutan hangat diragui menyebabkan berlaku perkelahian dalam rali yang panjang sehingga memberi peluang Inovest dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memilikinya.
"Pemilikan bukanlah agenda utama tetapi hasrat melihat KFC mengamalkan status halal yang mutlak merupakan perjuangan Pemuda UMNO.
"Perjuangan itu bermula dengan kepentingan agama tetapi pemilikan ekonomi merupakan satu bonus. QSR dan KFCH mesti diselamatkan demi mengimarahkan ekonomi bangsa di samping memastikan status halalnya terjamin," ujarnya.
Alhamdullilah Dato' tangkas melihat ancaman kepada penghakisan ekuiti milik Melayu/Islam yang sangat strategik. Harap Dato' dapat terus meletakkan KFC/QSR/KULIM/KPJ/SINDORA (dan lain lain PLC / GLC) dalam radar pemantauan supaya kepentingan kita tidak disamun oleh penyamun tarbus (broker) yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.
ReplyDeletetahniah dan syukur pemimpin muda saperti anda melihat ancaman kehakisan milik melayu dalam syarikat kfc QSR. Semoga pandangan & keprihatinan anda telah menakutkan segelintir manusia yang rakus dan menunggu masa untuk "ngap" dlm keadaan JCorp berhadapan dgn krisis kepimpinan ekoran perletakkan jawatan TS Muhammad Ali Hashim.Saya berkongsi kebimbangan dengan saudara tentang kemungkinan kita "disamun" waktu siang oleh penyamun tarbus yang memang menunggu peluang untuk dijual semula kpd "tauke" seberang tambak yang tamak dan kiasu.
ReplyDelete