Tuesday, December 28, 2010

JCORP UMUM TIDAK MENJUAL QSR DAN KFCH.

LABIS 27 Dis. – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menafikan Johor Corporation (JCorp) bercadang untuk menjual kepentingannya dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Berhad.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi JCorp berkata, isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.

"Isu (penjualan kepentingan dalam QSR Brands dan KFC Holdings) itu tidak timbul sama sekali. Ia sama sekali tidak benar,” katanya ketika ditanya pemberita selepas melawat rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di sini hari ini.

Johor Corporation (JCorp) di dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia tiada rancangan untuk menjual aset-aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. – Bernama

No comments:

Post a Comment