Friday, December 24, 2010

ISU LOGO 1MALAYSIA. PAKATAN SELANGOR KONTANG IDEA.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Ketakutan kerajaan Negeri Selangor terhadap logo 1Malaysia yang menjadi isu hangat ketika ini mengundang saya untuk memberikan penjelasan dan pandangan.

2. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang melaungkan ide-ide keterbukaan, memperjuangkan hak asasi dan demokrasi sewajarnya mereka  tidak menolak ide dan gagasan yang mahu membangunkan  rakyat secara fizikal dan spiritual.

3. Apa perlunya logo 1Malaysia digeruni  hingga menyebabkan kerajaan pakatan terpaksa 'mengharamkan' simbol ini daripada dipamerkan di negeri selangor ?

4. Logo 1Malaysia itu melambangkan visi negara untuk mewujudkan masyarakat berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan kepada perlembagaan dan rukun negara.

5. Jelas bagi saya, maksud terma 1Malaysia itu sendiri menyuburkan perpaduan dan menyemai semangat kenegaraan yang kuat merangkumi kesemua bangsa-bangsa yang ada di malaysia.

6. Alasan Pakatan Selangor yang menyatakan logo 1Malaysia itu bermotifkan politik adalah cernaan bacaan politik lemah yang sudah lama melingkar dalam pemikiran mereka.

7. Jika benar 1Malaysia diharamkan dari segi promosinya di negeri selangor, adakah mereka juga akan menolak ide wawasan 2020 yang jelas diakui oleh masyarakat malaysia sebagai garis panduan kebangkitan secara keseluruhan  sebuah negara bangsa ?

8. Sewajarnnya mereka tidak terlalu fokus dan analatikal dalam isu-isu remeh temeh yang layak diletakkan dalam kategori gimik politik.

9. Rakyat selangor khasnya menunggu ide-ide pembaharuan dan penambah baikan yang dijanjikan oleh pakatan rakyat.

10. Hingga ke hari ini, bukan sahaja penambah baikan tidak dapat dilakukan malah manifesto janji pilihanraya sebelum pru 2008 masih tidak kelihatan.

11. Ketirisan dan kelemahan pakatan selangor dalam urus tadbir PKNS, kegagalan uruselia pasir negeri, defisit belanjawan negeri yang jatuh merudum 2 tahun berturut-turut wajar diperbaiki dengan lebih kemas oleh kerajaan negeri.

12. Saya menyeru agar mereka berhentilah melakukan gimik politik  yang tidak menguntungkan rakyat.

4 comments:

  1. Salam,

    Dato', idea Fuckatan semakin kering.. sekering harta selangor yg diorang lesapkan dan gadaikan...

    ReplyDelete
  2. khalid gegel.. dia akan keluarkan simbol sendiri nnt~

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat GT dan reez

    Sudah tiba masanya rakyat selangor persoalkan kredibiliti pakatan dalam mentadbir negeri.

    ReplyDelete
  4. buang karen je layan arahan bongok sikhalid ni. apa dia ingat sgor tu hak mutlak bapak suku sakat dia je ke? mangkuk tu lupa kot ada adun di sgor tu bn punya. 1 malaysia x boleh pakai di sgor maksudnya nak bwk sgor keluar malaysia ke? ish!ish! ish!, gobloknya...

    ReplyDelete