Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1.Pihak penganjur demonstrasi haram bersih yang dilakukan pada 9hb julai 2011 sebenarnya tidak mewakili majoriti samada mewakili rakyat mahupun pengundi berdaftar di malaysia.
2.Pihak penganjur ini mendakwa ia mewakili suara rakyat malaysia yang membantah perjalanan sistem pilihanraya di malaysia. Bantahan dan demontrasi dilakukan sebagai siri kelangsungan 'suara rakyat' yang kononnya membantah ketidakadilan sistem SPR.
3.Hakikatnya sistem pilihanraya di malaysia telah berjalan dengan cukup adil sejak ia dilakukan pada tahun 1955. Hingga ke hari ini sudah hampir 12 kali pilihanraya umum dilaksanakan di malaysia.
4.SPR dari masa ke semasa telah memperbaiki dan menambahbaik ciri dan format pilihanraya bersesuaian dengan kehendak semasa.
5.Dakwaan mengenai ketidakadilan perjalanan sistem pilihanraya di malaysia sebenarnya mudah disangkal dan dinafikan oleh majoriti rakyat di malaysia. Jika benarlah sistem pilihanraya di malaysia tidak adil seperti yang didakwa oleh penganjur bersih, bagaimana pula justifikasi mereka apabila melihat kemenangan 4 pilihanraya secara berturut-turut yang dimenangi oleh parti pas di kelantan ?
6.Apa pula alasan mereka mengenai kemenangan pilihanraya di 5 buah negeri yang dimenangi oleh pembangkang ? Jika perjalanan pilihanraya tidak adil, adakah mereka mampu memenangi 5 negeri selepas PRU ke 12 ?
7. Sebenarnya alasan ketidakadilan yang dicanang oleh penganjur bersih ini adalah lapikan menutup kelemahan dan kesalahan ketara mereka sepanjang 3 tahun selepas PRU 2008.
8. Ditambah dengan kekalahan dalam siri-siri terakhir pilihanraya kecil yang menambahkan kebimbangan mereka mengenai penolakan rakyat terhadap gaya politik mereka.
9.Menutup kelemahan ini maka idea penganjuran demonstrasi haram bersih perlu dilaksanakan dengan kadar segera.
10.Dengan kaedah demonstrasi ini, harapan mereka untuk majoriti rakyat lupa akan kelemahan pentadbiran mereka akan berlaku.
11. 'Matlamat menghalalkan cara'. inilah kaedah yang digunapakai sepanjang perjalanan ke arah melakukan demonstrasi haram bersih.
12.Pujukan daripada KDYMM YDPA yang meminta agar penganjur demonstrasi haram ini untuk membatalkan rancangan ditolak mentah-mentah. Ini merupakan penghinaan secara terbuka terhadap KDYMM YDPA yang dilakukan oleh pemain dan penganjur demosntrasi yang kebanyakannya terdiri daripada pimpinan parti pembangkang.
13.Pasca demonstrasi, Ketua Pembangkang iaitu DSAI telah mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi bersih ini hampir sedikit arahnya menuju 'revolusi' merupakan satu betrayal,pengkhianatan dan penghasutan secara terbuka untuk menolak sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di malaysia.
14.Bersih merupakan ancaman kepada rakyat malaysia. Demonstrasi jalanan merupakan idea demokrasi picisan yang secara halus menolak hak perlaksanaan demokrasi di malaysia.
15.Bersih tidak mewakili suara majoriti rakyat malaysia, ianya sekadar didokong oleh segerombolan politikus desperado yang terhimpit dengan permaslahan diri sendiri dan parti.
16.Oleh itu kita yang mewakili suara kegusaran majoriti rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran memohon agar Perdana Menteri dan pihak KDN mengenakan tindakan paling tegas terhadap penganjur yang terlibat.
17.Menjaga hak majoriti senyap rakyat malaysia yang menolak demonstrasi haram bersih lebih penting daripada melayan suara penyangak demokrasi yang desprado kemarukkan kuasa melalui kaedah jalan raya.