Tuesday, August 9, 2011

AKTA KEBANKRAPAN 1967 WAJIB DIKAJI SEMULA.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Semalam saya telah mengeluarkan kenyataan memohon agar Akta Kebankrapan 1967 di kaji semula.

2. Laporan penuh mengenai cadangan penambahbaikan yang telah saya utarakan boleh dibaca di sini. KLIK SINI

6 comments:

  1. undang2 bangkrap ini...pada saya merupakan undang2 yg paling kejam di dunia...kalau dah takde duit macammana nak bayar utang...semua di rampas...ape bende pun takde......yg tak terbabit pun merana sama...kadang2 yg kene tu hanya menjamin sahaja...tapi sengsaranya tuhan saja yg tau...yg meminjam dah lari dengan mercedes(kereta mewah) ....cubelah cari kaedah utk melindungi penjamin nie...

    ReplyDelete
  2. Saya berada di sana ketika itu dan memahami apa yang dato sampaikan. Satu tindakan bijak yang mencerminkan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan terutamanya terhadap golongan usahawan yang teraniaya dek akta kebankrapan ini. Teruskan tradisi membela rakyat, dato.

    ReplyDelete
  3. Akta kejam ini WAJIB dihapuskan dari muka bumi ini. Kalau yg pinjam tu kena itu adil sbb dia yg pinjam..klu penjamin yg kena tapi ada kes peminjam terlepas...bukan kah gila namanya

    ReplyDelete
  4. Akta ini patut disemak dari tahun-ketahun , kerana nilai duit tidak sama dari tahun ketahun. Contohnya 1985 nilai 20 sen boleh dibuat belanja sekolah ,tapi sekarang tahun 2011. Nilai 20sen sebiji kuihpun tidak dapat dibeli kerana nilai kuih 50sen sekarang ini.
    bergitu juga dengan nilai RM 30 ribu akta bankrap sudah tidak relaven . Nilainya kena naik ikut perkembangan zaman.
    Memakan riba sudah menjadi perkara biasa dizaman ini.Sudah untung mahu untung lagi , pokok tak dapat bayar, bunga mesti banyak.
    Memakan riba sampai jadi darah daging anak bini dirumah.Meminjam dengan bunga yang tinggi adalah alasan YAHUDI .Nabi pun tidak galakkan berhutang selain makanan dan pakaian.
    Bank diMalaysia dilihat menipu dalam pertolongan, bererti dalam senyumnya untuk mengenakan orang.Lebih senang kail bersalut umpan , sekali anda anda termakan janji sampai kerumahpun kena gari.
    Lihatlah para graduan muda diacu-acukan dengan kebenaran memiliki kereta dengan hanya sekeping ijazah, salesman pula hendak komisen yang lebih memujuk mereka ini dengan kereta yang mewah. Macam mana hendak bayar PTPTN ,Ansuran kereta, sewa rumah, bayar tol, minyak, bil api air astro, sumbangan pada mak ayah , bantuan pada adik-adik sekolah , duit poket, duit simpanan nak khawin dan sebagainya .
    kebanyakan mereka purata bergaji RM 2,200.cuba kita lihat kemana duit mereka , bil saja RM200,Top up RM100,Ansuran kereta RM650, minyak bulanan RM10 sehari jadi RM300 duit minyak , makan dikantin RM10sehari jadi RM300,bantuan emak dikg RM200,Duit hiburan RM300 sebulan,duit simpanan RM100 sebulan dan duit brodband RM100,Duit baju, dobi,gunting rambut, barang dapur,angaran RM300 lebih....
    Jadi apayang tinggal pada budak-budak ini ,awal-awal lagi dah jadi muhflis sebab riba dan akta yang tidak pernah dikaji-kaji..
    Kesian kita hidup dalam berhutang, mati pun dalam berhutang. sepatutnya mereka pihak mencipta akta berpijak dibumi nyata iatu jangan kerana RM200 dah kena muhflis sebab nak amalankan riba hidup sampai akhir zaman..

    ReplyDelete
  5. Akta kebankrapan memang perlu dikaji..tapi, kena ingat.kalau jumlah hutang RM30k dinaikkan kepada rm50k, maknanya hutang individu yang contohnya RM32k dan memang tidak mampu dibayar.individu kena menanggung faedah yang akan berjalan sehingga perintah bankrap diperoleh. sebab bank pun tak boleh ambil tindakan kebankrapan kerana hutang tidak lebih rm30k. perlu diingat..bila perintah bankrap diperoleh, secara automatik semua hutang dan interest akan terhenti.Dan hanya dikira sehingga tarikh bankrap sahaja. Pikir2 kan lah....

    Kebanyakkan tidak puas hati penjamin kena bankrap. ini bukan salah kepada akta kebankrapan, ini bermula dari akta sewa beli sendiri. kalau dalam akta sewa beli @ perjanjian sewa beli mmg dah tertulis yg penjamin kena bertanggungjawab kpd hutang, mmgla bank akan ambil tindakan kepada peminjam dan penjamin.

    Rasanya masalah sebagai penjamin adalah masalah individu itu sendiri. jgn mudah menjadi penjamin. dan, fahami apa maksud penjamin itu.

    Hutang tetap hutang, sbb itu akta kebankrapan dibuat utk membantu individu yg tidak mampu. xkan nak lepas tangan selepas pakai duit bank.slps seronok bwk kereta.. rasanya klau dah bankrap, pergi ke insolvensi, hanya akan bayar bulanan yg kecil, berbanding ansuran bulanan semasa pinjaman dibuat sebelum itu. takkan itu pun tak puas hati??? nak hutang tu trus dibiarkan aje???

    ReplyDelete
  6. Akta Kebankrapa ini wajar dikaji semula. Samada terhadap Peminjam atau pun Penjamin kepada peminjam. Akta hanya memberi hak kepada Si Pemiutang untuk mendapat kembali kerugian mereka melalui beberapa kaedah seperti merampas dan melelong harta benda si Peminjam atau Penjamin. Akan tatapi tidak kepada Peminjam atau Penjamin. Didalam apa jua keadaan undang-undang tidak boleh dilihat sebagai bias atau berat sebelah. Peminjam atau Penjamin tidak boleh dihukum terus menerus selama-lamanya sebagaimana yang disuarakan oleh beberapa penulis diatas akan tetapi perlunya HAD MASA yang berpatutan untuk membebaskan samada Peminjam dan Penjamin pada tempoh-tempoh tertentu. Jika semua hak ditarik daripada mereka ini, bagaimana mereka dapat membantu didalam pembangunan ekonomi negara dan keluarga? Sekatan akan hanya merosakkan bangsa dan negara itu sendiri.

    ReplyDelete