Wednesday, December 22, 2010

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM DAN OKU.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Pada 19 haribulan disember 2010, bersamaan dengan hari ahad saya bersama-sama dengan ahli Pergerakan Pemuda Umno Selayang telah menganjurkan program 'Pemuda Prihatin : Jom Kembali Ke Sekolah' bersama-sama dengan anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di Selayang.

2. Program anjuran Pemuda Umno Selayang dengan kerjasama Pihak Pengurusan Pasaraya Mydin Cawangan Selayang ini melibatkan 20 orang anak yatim dan 5 orang kurang upaya (OKU)  daripada Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Shakar, Rawang Selangor yang akan kembali ke sekolah pada sesi persekolahan awal tahun.

3. Saya telah menyarankan akan perlunya syarikat-syarikat korporat untuk terlibat aktif dalam bekerjasama dan menyokong dalam program-program Tanggungjawap Sosial Korporat (CSR) bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan yang kurang bernasib baik.

4. Alhamdulillah , dalam program yang tidak sebesar mana ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Mydin Cawangan Selayang kerana telah bersama menjayakan program ini dengan memberikan diskaun terhadap barangan yang dibeli.

 5. Di bawah ini disertakan beberapa foto anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dalam program ini.





3 comments:

  1. Anak yatim tanggungjawab masyarakat. Tahniah kerana peka pada keperluan mereka.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sahabat GT. Kita bertanggungjawap untuk saling membantu sesama insan. innamalmukminunaikhwatun.

    ReplyDelete
  3. tahniah.........

    teruskan program2 pemuda yang sebegini mulia. diharap DSS dapat memastikan blog ini sebagai saksi dan menjadi titik kira permulaan konsisten setiap aktiviti2 yang dilaksanakan dari hari ke minggu ke bulan dan tahun yang mendatang . Juga sebagai coretan manis & sejarah untuk dikemudian hari .

    SELAMAT TAHUN BARU 2011

    Dikesempatan ini juga ingin saya mengemukakan idea penambahbaikan bagi DSS iaitu untuk setiap program2
    yg ingin dilaksanakan harus perlu dititik beratkan juga(serampang dua mata') mendekatkan lagi serta merapatkan golongan 'GENERASI MUDA' dan sekaligus menawan & membuka jiwa & hati mereka untuk tetap kekal bersama saf UMNO (GEN-Y2k)

    pemuda umur bawah 30-an begitu jurang beda menerima atau menyukai parti UMNO buat masa kini. malah mereka selesa terasing dgn dunia hari ini.

    **** pastikan BUKAN PROGRAM SS (syok sendiri)


    >>>>>>>sesungguhnya

    NA'WAITU SEBAGAI PEMIMPIN AMAT PENTING

    &&&&&&&&&&&&&

    Moga diberkati & dirahmati ALLAH S.W.T dan sentiasa mendapat HIDAYAH serta TAUHID YANG MAHA ESA. AMIN.

    ReplyDelete