Sunday, February 27, 2011
Friday, February 25, 2011
TAKLIMAT BERSAMA PEMUDA UMNO DI DUN RAWANG.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1) Dalam kesibukan urusan pentadbiran di KPTM, BEPU dll saya telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan aktiviti dengan ahli pemuda di Dun Rawang.
2) Tujuan perjumpaan dan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan tentang perubahan-perubahan perlembagaan parti.
3) Taklimat ini telah dilakukan pada tanggal 22 februari 2011. Selain memberikan informasi terbaru mengenai parti, masa yang terluang ini telah saya gunakan sepenuhnya untuk beramah mesra dengan ahli pemuda cawangan yang hadir.
4) Taklimat sebegini akan saya lakukan di setiap Dun di Bahagian Selayang.
5) Dalam sesi ini juga Penyelaras Umno Dun Rawang iaitu Dato Ir Haji Nasir bin Ibrahim turut hadir memberikan sokongan. Saudara Anuar Aziz AJK Umno Bahagian Selayang turut hadir memberikan sokongan.
Wednesday, February 23, 2011
PROGRAM KPTM DI PEKAN,
KPTM PRIHATIN, PUPUK NILAI MURNI PELAJAR
PEKAN,18 FEBRUARI 2011- Satu Program KPTM Prihatin telah dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Kuantan dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Pekan.
Seramai kira-kira 90 orang pelajar dan kakitangan terlibat serta dibantu oleh penduduk kampong memulakan aktiviti gotong-royong seawal jam 7.30 pagi dan berakhir hingga lewat petang.
Program yang dijalankan selama 2 hari ini merupakan program berbentuk kemasyarakatan yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat yang akan memberi manfaat kepada semua pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang ditekankan oleh KPTM.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Tuan Ibrahim bin Awang Ismail, ADUN Peramu Jaya yang turut sudi menyampaikan sumbangan hamper berupa keperluan dapur kepada penduduk kampong.
Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA, Encik Abdul Halim Sahardin, Ahli LembagaPengarah KPTM, Puan Nurul khamar Shariff, Pengarah KPTM Kuantan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Pengarah MARA Negeri Pahang, Pengarah IKM Tasya serta beberapa pemimpin masyarakat. Disamping itu beberapa artis tempatan turut didatangkan khas bagi sama-sama menjayakan program ini.

Dalam majlis sama, Ybhg Dato’ Sohaimi Shahadan turut menyampaikan sumbangan daripada KPTM sebanyak RM 2000.00 kepada Badan Kebajikan SK Pekan Jaya.
Selain merasmikan majlis, YB ADUN dan Ybhg Pengerusi turut menyerahkan bantuan dari rumah ke rumah penduduk kampong .Mereka yang menerima bantuan terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan dan uzur.
Beliau kemudiannya turut menyertai para pelajar dan kakitangan KPTM meneruskan kerja-kerja menaiktaraf Surau Al-Ikhsan, di kawasan perumahan Dato’ Shahbandar seperti mengecat, menggantikan atap yang rosak, membaiki kolah air serta membersihkan kawasan persekitaran.
Sebagai simbolik, 3 batang pokok kelapa telah ditanam olehYB ADUN, YBhg Pengerusi serta Pengarah KPTMKC Kuantan di perkarangan surau.

Rata-rata penduduk berpuashati malah menyifatkan aktiviti yang dianjurkan ini sebagai satu usaha murni KPTM merapatkan hubungan diantara penduduk kampong, golongan pemimpin serta para pelajar.
Tidak cukup dengan itu, mereka amat gembira apabila didatangi oleh para pelajar program Kejururawatan dari Kampus Cawangan Kota Bharu yang memberikan pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah.

“Tanggungjawab yang besar perlu dimainkan oleh para pelajar KPTM dalam memperluaskan skop pengajian mereka bukan sahaja dalam bidang akademik malah kepelbagaian ‘soft skill’ bagi menempatkan mereka setara malah lebih baik dalam persaingan di arena pekerjaan akan datang.
Melalui program-program seperti CSR ini,para pelajar didedahkan serta diberi peluang mendekatkan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat. Di sinilah nilai-nilai dan budaya yang baik ditonjolkan seperti menghormati orang tua, amalan bergotong-royong, pemuafakatan,menghargai masa dan sebagainya.
Ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar meningkatkan nilai kendiri dan akan sentiasa dijadikan amalan dalam kehidupan mereka kelak”, kata Sohaimi.

CikNorsafadiahaslidaMd Ali, 33 tahun, melahirkan rasa terharu di atas kunjungan ramai pihak serta memberikannya kata-kata perangsang selain menghulurkan bantuan untuk terus tabah melalui hari-hari mendatang.
Beliau diantara penerima sumbangan yang sejak berusia 12 tahun mengalami kecacatan anggota kaki akibat kebakaran.Kini, beliau hanya mampu duduk di kerusi roda dan tinggal bersama ibubapanya yang uzur.

KPTM dalam usaha melonjakkan pencapaian para pelajarnya, kini sedang giat memperkemas sistem pengurusan di setiap kampus bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelajar sekaligus menyiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tambahan bagi menambah kualiti diri. Program seperti yang dianjurkan ini sudah pasti meninggalkan kesan positif serta mampu melatih mereka menjadi insan yang lengkap, rohani dan jasmani.
Sunday, February 20, 2011
PAS TERPAKSA BERCAKAP MENGENAI RASIS (SEBUT MELAYU).
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Dalam konvensyen membincangkan forum 'undi melayunya' di Shah Alam semalam, pas nampak jelas terjebak dalam mainan rakan-rakan mereka dalam Pakatan.
2. Saya masih ingat tatkala Pakatan mengadakan ceramah mereka di Kelab Sultan Sulaiman pada April 2008, mereka mereka melaungkan akan idelisme Ketuanan Rakyat. Konsep Ketuanan Rakyat itu menolak politik ras .
3. Keadaan ini berterusan sehinggalah pembohongan demi pembohongan mereka didedahkan, kecelaruan dalam menetapkan pendirian akhirnya memaksa rakyat melakukan perubahan.
4. Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan yang terbaru Tenang telah menyaksikan penolakan besar-besaran pengundi melayu terhadap Pas.
5. Apa yang menyumbang kepada penolakan rakyat terhadap Pas adalah kerana kecelaruan minda dan keangkuhan pimpinan pas yang senantiasa dan kerap menghina maruah bangsa melayu.
6. Konsep 1Malaysia semakin menyanggah mainan politik sempit Pakatan.
6. Konsep 1Malaysia semakin menyanggah mainan politik sempit Pakatan.
7. Sudah diperjelaskan dalam artikel panjang Tun Mahathir yang membidas pas minggu lepas, Umno telah melaksana satu dokrin paling unggul dalam halatuju membentuk jatidiri bangsa apabila dalam Draf Perlembagaan diwajibkan pasangan Bangsa Melayu ini mestilah beragama Islam.
8. Selama ini pas cukup konsisten dalam hal menghina maruah bangsa. Melayu adakala digelar jahiliah, kafir, munafik, haram diundi parti berpaksikan ras. Malah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pun pernah digelar 'bodoh' sewaktu sehari sebelum pembuangan undi di Pilihanraya Hulu Selangor.
9. Siapa pernah menyangka segelintir pimpinan pas lah yang menjadi dalang menjual kalimah ALLAH untuk disamaratakan dengan konsep Pluralisme Agama.
10. Semalam sekali lagi pas cuba menyedap dan menyejukkan hati pengundi melayu. Kononnya mereka akan kembali dalam memartabatkan semula Perjuangan Melayu. Sungguh slapstik.
11. Apakata pas jika orang melayu mencabar mereka, laksanakan Dasar Hudud dan Negara Islam (Isle) terlebih dahulu sebelum menjilat balik ludah dan kahak yang pernah mereka hamburkan kepada orang melayu.
12. Pas mahu bercakap mengenai melayu, tak takut pada tuan mereka iaitu DAP ke ?
Thursday, February 17, 2011
AKHIRNYA KHALID TEWAS.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Petang semalam Dato' Khusrin Munawi akhirnya selamat mengangkat sumpah rahsia di depan Menteri Besar Selangor.
2. Setelah menjatuhkan maruah Dato' Khusrin , Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa akur kepada kehendak semasa. Kehendak rakyat selangor yang mahukan gimik politik jijik ini dihentikan dengan serta merta.
3. Ini adalah pengajaran besar kepada Pakatan Selangor. Akibat terlalu fanatik untuk mempolitikkan segala isu, akhirnya mereka ini tersembam jua ke muka bumi.
4. Krisis perlantikan SUK ini bakal mencatat sejarah. Pertembungan yang tidak sepatutnya berlaku antara pemain politik dan kakitangan awam.
5.Kita tidak pasti apa akan berlaku selepas ini. Dalam menilai kredibiliti dan tingkah laku pelik pemimpin pakatan, adakala macam-macam perkara boleh berlaku.
6. Saya tiada kepedulian untuk memikirkan perangai pelik mereka, sebaliknya meminta dan menyeru puluhan ribu kakitangan awam Negeri Selangor agar terus melaksanakan tugasan anda dengan cemerlang.
7. Sejarah telah dibuktikan pada hari ini, Allah swt tidak akan Redha akan sikap pemimpin ada perasaan takabur dalam menjalankan tugas dan amanah selaku pentadbir.
8.Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan. Tidak kira dari mana kita datang, apa jua profesion dan latarbelakang kita wajib untuk menolak Pakatan ini pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti.
Monday, February 14, 2011
KHALID IBRAHIM : FOKUSLAH MENTADBIR NEGERI.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
Kerajaan Selangor Terus Mempermainkan Rakyat
1. Akhirnya selepas usaha untuk meminda undang-undang tubuh negeri Selangor gagal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa akur dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.
2. Sebelum ini pelbagai reaksi pemimpin pakatan pembangkang Selangor menentang keputusan Sultan untuk melantik Mohd Khusrin sebagai SUK yang baru sehingga ada yang sanggup menderhaka terhadap titah baginda Sultan.
3. Walaupun Khalid Ibrahim mengumumkan untuk mengadakan majlis angkat sumpah simpan rahsia, namun, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.
4. Mengapa Menteri Besar Selangor tidak membenarkan Khusrin menyertai kesemua mesyuarat kerajaan negeri, mengapa perlu dikhususkan mesyuarat exco?
5. Jika dua mesyuarat exco kerajaan negeri diadakan (satu boleh dihadiri SUK dan satu lagi tidak), ini bermakna ada rahsia yang cuba disembunyikan kerajaan pembangkang Selangor.
6. Jika benar kerajaan Selangor adalah kerajaan rakyat yang mengutamakan kepentingan rakyat, mengapa mereka perlu takut. Kerajaan Selangor perlu lebih telus dan terbuka jika benar tiada penyelewengan dalam pentadbiran.

Saturday, February 12, 2011
KENYATAAN MEDIA : DAP PENANG WAJIB MOHON MAAF KEPADA PENIAGA.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1.Saya merujuk kepada insiden terbaru perobohan gerai milik peniaga-peniaga melayu di Taman Pelangi, Juru Pulau Pinang.
2. Dalam insiden perobohan gerai milik peniaga melayu ini jelas menampakkan kelemahan pengimplementasian arahan oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri pakatan.
3. Seperti contoh, notis perobohan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah bertarikh 6 februari 2011. Notis 30 hari pengosongan gerai telah diberi.
4.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Gerai-gerai ini telah dirobohkan tak sampai seminggu notis diberi.
5. Mana perginya istilah integriti yang kerap dilaungkan dalam siri ceramah mereka ?
6.Mana pergi akauntabiliti dalam mengurus tadbir sebuah kerajaan. Kenapa janji sepertimana yang telah dinyatakan di dalam notis perobohan mereka langgar ?
7. Dalam surat notis tersebut, dinyatakan kesalahan peniaga melayu ini adalah melanggar Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 (seksyen 72 Akta133).
8.Dalam foto-foto insiden tersebut menunjukkan ada sikap double standard kerajaan negeri yang jelas nampak selektif dalam memilih gerai mana yang wajib diroboh. Gerai yang sama kesalahannya yang berada berdekatan dengan mangsa, langsung tidak diganggu.
9.Jika benar mereka mahu menjadi pentadbir yang obey (patuh) kepada arahan undang-undang, sewajarnya mereka juga melaksanakan perkara yang sama terhadap peniaga bukan melayu yang berniaga di tepi jalan sepanjang Jalan Raja Uda , Butterworh.
10. Mana pergi pejuang pas ? Kenapa tidak mahu membela peniaga melayu yang jelas teraniaya ini ?
11. Adakah mereka sudah tidak mampu lagi untuk bersuara menyatakan pandangan dan seterusnya kow tow kepada regim DAP ?
12. Saya melihatkan situasi pengusiran ini dengan penuh gusar. Tatkala di dalam siri ceramah mereka melaungkan kebajikan rakyat,ketuanan rakyat namun implementasi cakap mereka rupanya tidak serupa bikin.
13. Saya mendesak agar pihak kerajaan negeri segera memohon maaf dan memberikan pampasan munasabah kepada peniaga yang teraniaya. Bukan sekadar itu, satu tapak perniagaan baru juga wajib diberikan semula kepada mereka.
14.Sebarang bentuk rundingan dan pampasan hendaklah memberikan keutamaan yang secukupnya kepada peniaga yang teraniaya.
Sekian
Dato' Shohaimi Shahadan
Exo Pemuda Umno Malaysia
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Friday, February 11, 2011
KENYATAAN MEDIA : BEPU SEDIA BERKERJASAMA DENGAN TERAJU.
“BEPU sedia bekerjasama merealisasikan program Teraju : Keusahawanan dan Penciptaan kekayaan ”
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2011 – Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU) menyambut baik pelancaran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, semalam.
Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan menyifatkan bahawa penubuhan Teraju yang menumpukan 5 bidang utama ini tepat pada masanya dalam usaha memperkukuhkan ekonomi Bumiputera. Beliau turut mencadangkakan agar Teraju mensasarkan penglibatan golongan muda atau professional dalam agenda pelaksanaanya.
“Teraju perlu fokus dalam mengatur strategi pelaksanaanya bagi memastikan matlamat utama untuk memperkukuh dan mengelak pertindihan pembangunan ekonomi Bumiputera dapat direalisasikan sepenuhnya”.
Sohaimi menambah “ Teraju perlu memberi fokus kepada agenda-agenda Bumiputera yang tertinggal atau yang terlepas pandang selama ini. Golongan muda dan profesional merupakan kumpulan sasaran yang perlu diberi pendedahan dan galakan sepenuhnya bagi memastikan keberkesanan Teraju”.
Sohami turut menyarankan agar Kerajaan menyediakan bajet khas untuk mempromosikan Teraju khususnya kepada orang melayu bagi mengalakan penyertaan golongan ini dalam program Teraju. “Promosi secara besar-besaran perlu dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi bagi menjayakan program ini” tambah Sohaimi lagi.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan Husni Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Teraju dan yakin dengan kemampuan beliau untuk mengemudi Teraju. Saya juga berharap pihak pembangkang tidak akan mempolitikkan isu kewujudan Teraju ini pada Pilihan Raya Umum akan datang”.
“BePU sedia berkerjasama dengan Teraju bagi mengenal pasti program-program baru supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan, ujar Sohaimi mengakhiri perbualan.”
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU)
Thursday, February 10, 2011
DAP BIADAP DAN TIADA PERIKEMANUSIAAN.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1. Kenapa perlu ada double yang jelas terhadap layanan kepada peniaga melayu di penang ?
2. Berdasarkan pengamatan saya setelah video dan beberapa foto didedah, jelas hanya peniaga melayu sahaja yang menerima padah daripada kezaliman DAP Penang.
3. Integriti dan Transperensi ? Tak perlu bercakap mengenai integriti jika notis merobohkan gerai yang diberikan tempoh sebulan, tak sampai seminggu ia dilaksanakan ?
4.Jelas mereka cukup konsisten dalam mengadakan siri penghalauan rakyat 'ala-ala yahudi' di penang.
5.Apa pandangan Parti Pas mengenai perkara ini ? Masih nak bercakap mengenai Ketuanan Rakyat atau Ketuanan Guan Eng ?
Wednesday, February 9, 2011
BERSABARLAH MENGHADAPI DUGAAN.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1. Banjir besar di Johor masih belum pulih sepenuhnya.
2. Daerah Segamat dan Batu Pahat masih lagi ditenggelami banjir. Namun petugas-petugas yang membantu mangsa di sana masih terus meneruskan misi menjaga ribuan rakyat yang terlibat.
3. Dalam keadaan kita menghadapi dugaan banjir, timbul pula krisis huru hara di mesir.
4. Alhamdulillah, perkara di mesir nampaknya sudah hampir selesai.
5. Terima Kasih kita ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak di atas keperihatinan dan kecekapan kerajaan menyelesaikan masalah yang luar biasa ini.
6. Kepada rakan-rakan petugas sukarelawan yang bertungkus lumus menyelamatkan ribuan pelajar di mesir saya ucapkan tahaniah. Tanpa ada sikap pilih kasih,tak mengenal siapa di antara anda telah melaksanakan tugas dengan komited dan gemilang.
7. Insyaallah saya akan turun membantu mangsa banjir di Johor.
8. Saya mendoakan keselamatan kepada semua pihak yang terlibat di sana. Bersabarlah menghadapi dugaan Allah swt. Insyaallah keadaan akan pulih seperti biasa semula.
Sunday, February 6, 2011
KPTM MENDAPAT ANUGERAH.
KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2011 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melakar kecemerlangan pertama dalam lembaran 2011 apabila dinobatkan sebagai penerima “The Malaysia Service Excellence Award 2010” di Hotel Legend, Kuala Lumpur Malam tadi.
Anugerah yang berprestij ini telah disampaikan oleh YBhg. Mejer Kehormat (Rela) Dato’ Dr. Haji Omar bin Awang yang merupakan Pengerusi Badan-badan Gabungan NGO kepada Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun dan disaksikan oleh kira-kira 500 orang tetamu jemputan.

Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun berkata “ Anugerah ini merupakan bukti kesungguhan serta komitmen bersepadu oleh seluruh warga kerja KPTM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan”.
“ The Malaysian Service Excellence Award 2010 ” merupakan anugerah berprestij yang diberikan kepada KPTM di atas mutu perkhidmatan kolej ini. Pengiktirafan antarabangsa akan menyusul selepas ini di mana pihak SIRIM telah mengesyorkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 kepada KPTM dan kampus-kampus cawangannya, tambah Yusoff mengakhiri perbualan.
Program anjuran The Malaysia Trade and Industry Organisation ini merupakan program tahunan dan turut disertai oleh pelbagai agensi korporat dan badan-badan NGO.

Tuesday, February 1, 2011
BLOGER MEMBERI SUMBANGAN BESAR DI TENANG.
Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. PRK Tenang telah melabohkan tirainya. Seperti yang kita ketahui, BN telah berjaya meningkatkan majoriti kemenangan yang luar biasa.
2. Pelbagai pihak harus diberikan ucapan tahniah di atas sumbangan besar mereka.
3. Saya meneliti pergerakan satu entiti baru iaitu media baru atau mudah dikenali dengan gelaran bloger. Jelas serangan dan cara mereka mematahkan hujah dan fitnah pembangkang cukup mengkagumkan.
4. Pihak pembangkang berjaya mengoptimakan medium media baru ini sewaktu pilihanraya 2008. Jelas penetrasi media baru di lembah klang telah berjaya membawa impak dan keputusan yang besar sewaktu PRU 2008.
5. Berdasarkan kepada statistik kepenggunaan internet, penduduk Lembah Klang berada dikalangan penduduk tertinggi menggunakan internet. Untuk makluman dianggarkan lebih 10juta pengguna internet bergiatkan aktif di Lembah Klang.
6. Medium ini wajib untuk Umno dan Barisan Nasional gunapakai sebagai alternatif terbaru penyampaian maklumat politik.
7.Rangkaian Media Baru ini jelas boleh mempengaruhi hampir 4juta pengundi muda. Mereka ini penentu keputusan PRU ke 13 nanti kerana hasil maklumat yang lengkap,tepat dan mutahir mampu mempengaruhi pola pengundian di kampung dan luar bandar.
8. Alexa Ranking telah membuktikan bahawa bloger-bloger pro umno ini telah mengusai perang siber politik. Membanggakan.
9. Pemain utama bloger pro umno yang berjaya memecah penguasaan media baru seperti Gerakan Anti Pkr,Pisau,Unspinners, Papagomo,Medan Info Kita,Panglima Perang Siber,Kita Gempur,AIDC,Azli Shukri,House PK,RBF( sekadar menyebut beberapa nama ) sudah dikenali di arena media baru.
10. Selain nama di atas, terdapat puluhan lagi bloger yang jelas berjaya memberikan impak besar kepada halatuju dan memperbetulkan semula pandangan masyarakat. Maafkan saya, nama-nama bloger ini adalah amat ramai dan tak mampu saya menyebutnya satu persatu. Namun semangat anda dalam pemerhatian khusus saya.
11. Insyaallah, saya akan berusaha untuk melakukan engagement dengan anda semua. Peranan anda amat saya hargai dan jasa anda saya ucapkan jutaan terimakasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)