Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia
1) Dalam kesibukan urusan pentadbiran di KPTM, BEPU dll saya telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan aktiviti dengan ahli pemuda di Dun Rawang.
2) Tujuan perjumpaan dan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan tentang perubahan-perubahan perlembagaan parti.
3) Taklimat ini telah dilakukan pada tanggal 22 februari 2011. Selain memberikan informasi terbaru mengenai parti, masa yang terluang ini telah saya gunakan sepenuhnya untuk beramah mesra dengan ahli pemuda cawangan yang hadir.
4) Taklimat sebegini akan saya lakukan di setiap Dun di Bahagian Selayang.
5) Dalam sesi ini juga Penyelaras Umno Dun Rawang iaitu Dato Ir Haji Nasir bin Ibrahim turut hadir memberikan sokongan. Saudara Anuar Aziz AJK Umno Bahagian Selayang turut hadir memberikan sokongan.
No comments:
Post a Comment