Sunday, February 6, 2011

KPTM MENDAPAT ANUGERAH.



KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2011 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melakar kecemerlangan pertama dalam lembaran 2011 apabila dinobatkan sebagai penerima “The Malaysia Service Excellence Award 2010” di Hotel Legend, Kuala Lumpur Malam tadi.

Anugerah yang berprestij ini telah disampaikan oleh YBhg. Mejer Kehormat (Rela) Dato’ Dr. Haji Omar bin Awang yang merupakan Pengerusi Badan-badan Gabungan NGO kepada Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun dan disaksikan oleh kira-kira 500 orang tetamu jemputan. 
 
Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun berkata “ Anugerah ini merupakan bukti kesungguhan serta komitmen bersepadu oleh seluruh warga kerja KPTM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan”.

“ The Malaysian Service Excellence Award 2010 ” merupakan anugerah berprestij yang diberikan kepada KPTM di atas mutu perkhidmatan kolej ini. Pengiktirafan antarabangsa akan menyusul selepas ini di mana pihak SIRIM telah mengesyorkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 kepada KPTM dan kampus-kampus cawangannya, tambah Yusoff mengakhiri perbualan.

Program anjuran The Malaysia Trade and Industry Organisation ini merupakan program tahunan dan turut disertai oleh pelbagai agensi korporat dan badan-badan NGO.

No comments:

Post a Comment