Saturday, February 12, 2011

KENYATAAN MEDIA : DAP PENANG WAJIB MOHON MAAF KEPADA PENIAGA.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1.Saya merujuk kepada insiden terbaru perobohan gerai milik peniaga-peniaga melayu di Taman Pelangi, Juru Pulau Pinang.

2. Dalam insiden perobohan gerai milik peniaga melayu ini jelas menampakkan kelemahan pengimplementasian arahan oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri pakatan.

3. Seperti contoh, notis perobohan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah bertarikh 6 februari 2011. Notis 30 hari pengosongan gerai telah diberi.

4.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Gerai-gerai ini telah dirobohkan tak sampai seminggu notis diberi.

5. Mana perginya  istilah integriti yang kerap dilaungkan dalam siri ceramah mereka ?

6.Mana pergi akauntabiliti dalam mengurus tadbir sebuah kerajaan. Kenapa janji sepertimana yang telah dinyatakan di dalam notis perobohan mereka langgar ?

7. Dalam surat notis tersebut, dinyatakan kesalahan peniaga melayu ini adalah melanggar Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 (seksyen 72 Akta133).

8.Dalam foto-foto insiden tersebut  menunjukkan ada sikap double standard kerajaan negeri yang jelas nampak selektif dalam memilih gerai mana yang wajib diroboh. Gerai yang sama kesalahannya yang berada berdekatan dengan mangsa, langsung tidak diganggu.

9.Jika benar mereka mahu menjadi pentadbir yang obey (patuh) kepada arahan undang-undang, sewajarnya mereka juga melaksanakan perkara yang sama terhadap peniaga bukan melayu yang berniaga di tepi jalan sepanjang Jalan Raja Uda , Butterworh.

10. Mana pergi pejuang pas ? Kenapa tidak mahu membela peniaga melayu yang jelas teraniaya ini ?

11. Adakah mereka sudah tidak mampu lagi untuk bersuara menyatakan pandangan dan seterusnya kow tow kepada regim DAP ?

12. Saya melihatkan situasi pengusiran ini dengan penuh gusar. Tatkala di dalam siri ceramah mereka melaungkan kebajikan rakyat,ketuanan rakyat namun implementasi cakap mereka rupanya tidak serupa bikin.

13. Saya mendesak agar pihak kerajaan negeri segera memohon maaf dan memberikan pampasan munasabah kepada peniaga yang teraniaya. Bukan sekadar itu, satu tapak perniagaan baru juga wajib diberikan semula kepada mereka.

14.Sebarang bentuk rundingan dan pampasan hendaklah memberikan keutamaan yang secukupnya kepada peniaga yang teraniaya.

Sekian
Dato' Shohaimi Shahadan
Exo Pemuda Umno Malaysia
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan

1 comment: