“BEPU sedia bekerjasama merealisasikan program Teraju : Keusahawanan dan Penciptaan kekayaan ”
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2011 – Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU) menyambut baik pelancaran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, semalam.
Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan menyifatkan bahawa penubuhan Teraju yang menumpukan 5 bidang utama ini tepat pada masanya dalam usaha memperkukuhkan ekonomi Bumiputera. Beliau turut mencadangkakan agar Teraju mensasarkan penglibatan golongan muda atau professional dalam agenda pelaksanaanya.
“Teraju perlu fokus dalam mengatur strategi pelaksanaanya bagi memastikan matlamat utama untuk memperkukuh dan mengelak pertindihan pembangunan ekonomi Bumiputera dapat direalisasikan sepenuhnya”.
Sohaimi menambah “ Teraju perlu memberi fokus kepada agenda-agenda Bumiputera yang tertinggal atau yang terlepas pandang selama ini. Golongan muda dan profesional merupakan kumpulan sasaran yang perlu diberi pendedahan dan galakan sepenuhnya bagi memastikan keberkesanan Teraju”.
Sohami turut menyarankan agar Kerajaan menyediakan bajet khas untuk mempromosikan Teraju khususnya kepada orang melayu bagi mengalakan penyertaan golongan ini dalam program Teraju. “Promosi secara besar-besaran perlu dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi bagi menjayakan program ini” tambah Sohaimi lagi.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan Husni Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Teraju dan yakin dengan kemampuan beliau untuk mengemudi Teraju. Saya juga berharap pihak pembangkang tidak akan mempolitikkan isu kewujudan Teraju ini pada Pilihan Raya Umum akan datang”.
“BePU sedia berkerjasama dengan Teraju bagi mengenal pasti program-program baru supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan, ujar Sohaimi mengakhiri perbualan.”
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU)
No comments:
Post a Comment