Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Meruntun hiba perasaan saya apabila mendapat tahu akan insiden tanah runtuh yang telah mengorbankan 9 nyawa di Hulu Langat semalam.
2. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk mensedekahkan Al Fatihah kepada mangsa yang terkorban.
3. Namun pada masa yang sama, mangsa-mangsa yang terselamat itu janganlah kita lupa.
4.Saya menyeru agar rawatan susulan yang rapi diberikan kepada mereka.
5.Bahkah satu usaha untuk rawatan susulan pasca trauma juga dilakukan. Anak-anak ini memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kita. Rawatan pasca trauma ini perlu dilakukan bagi memulihkan semula semangat anak-anak ini.
6.Kepada seluruh keluarga mangsa, kami senantiasa bersamamu.
No comments:
Post a Comment