Thursday, May 19, 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN SELAYANG SAHUT CABARAN.


Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. 2 minggu yang lepas Pemuda Umno Bahagian Selayang telah selesai menyempurnakan Mesyuarat Agung tahunannya.

2. Antara intipati ucapan saya adalah akan menggerakkan secara optima jentera Pemuda Umno Bahagian Selayang untuk mendaftarkan pengundi baru.

3. Alhamdulillah Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaludin memandang ide ini sebagai keutamaan. Dalam satu kenyataannya beliau berkata Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan sedaya upaya untuk mendaftar hampir 100 ribu  pemuda umno yang masih belum mendaftarkan diri untuk menjadi pengundi.

4. Saya beranggapan perkara ini harus dipandang serius. Dikalangan pendapat pemerhati politik, cerminan jumlah pertambahan pengundi baru itu sedikit sebanyak melambangkan kekuatan sokongan kepada sesebuah parti.

5.Anak muda sudah mula faham erti perjuangan mempertahankan maruah Agama dan Bangsa. Insyaallah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan matlamat ini.

6. Di bawah adalah sinopsis petikan Ketua Pemuda Umno Malaysia mengenai isu ini.

PUTRAJAYA, 19 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendaftar 112,000 ahlinya yang belum mendaftar sebagai pemilih dalam tempoh dua bulan ini.
 
Khairy berkata Pemuda Umno sedang mengenal pasti 112,000 anggotanya yang belum mendaftar sebagai pemilih.

No comments:

Post a Comment