Tuesday, May 24, 2011

MASALAH BENCANA PUN PAS KEMARUK POLITIK !

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Tragedi tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim At-Taqwa sudah 2 hari berlalu. Bagi saya inilah tragedi hiba yang melanda negara.

2.Alhamdulillah semua mangsa yang terlibat telah ditemui. Ucapan terima kasih rakyat ucapkan kepada kesemua petugas yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

3.Hasil usaha tangkas ini, ramai yang terperangkap dalam timbunan telah selamat kita temui. Alhamdulillah walaupun ada dikalangan mereka dilaporkan parah, namun keutamaan kita adalah memfokuskan kepada menyelamatkan nyawa  mangsa.

4.Bantuan mencurah-curah datang membantu kepada seluruh mangsa yang terlibat. Baik daripada pihak istana,parti politik, NGO mahupun individu. Di saat ini siapa yang menghulur bantuan bukan menjadi persoalan yang penting bagi kita adalah memberikan sokongan moral yang jitu di saat mereka di dalam kesusahan.

5.Inilah sikap mulia masyarakat malaysia. Menghulur bantuan pada yang perlu tanpa mengira siapa di antara.

6.Saya melahirkan rasa kurang senang dengan seorang ahli parlimen pas, dr zulkifli ahmad yang telah mengeluarkan kenyataan dangkal yang nampak begitu bodoh. Kenyataan beliau yang saya petik melalui laman blog ada menyebut bahawasanya ;

KEADILAN Selangor juga suka untuk mengingatkan kepada UMNO Selangor supaya tidak perlu menunjuk lagak hero dalam tragedi ini kerana disini bukanlah medan untuk berpolitik, sebaliknya bersamalah berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam membantu Anak-Anak Rumah Yatim Al-Takwa ini.

7. Beliau menuduh Umno Selangor menunjuk lagak dan cuba menjadi hero dalam tragedi ini. 

8. Apa punya tahap akal manusia bernama dr zulkifli ini sampai ke tahap menuduh pihak lain sebegitu. 

9. Pada tiap saat kecemasan sewajarnya kita menolak prasangka kurang cerdik dan kesumat politik, kerana keutamaan menyelamatkan mangsa adalah keutamaan semua pihak.

10. Nampaknya manusia bernama dr zulkifli ahmad ini punyai pendirian norma hidup yang slapstik,penuh kepura-puraan dan setiap saat hidupnya penuh dendam kesumat.

11. Di saat  rakyat menangisi tragedi ini, dr zulkifli ahmad sekali lagi menuding jari punca bencana alam ini datangnya dari kesilapan kerajaan dahulu merupakan alasan bodoh dari seorang ahli parlimen pas. 

12. Kalau beginilah jawapan seorang ahli parlimen, amatlah malang kepada rakyat kerana mempunyai segelintir ahli parlimen yang tidak tahu cara dan kaedah bila datangnya masalah. Setiap kali datang masalah,mereka sepantas kilat menuduh kesilapan kerajaan terdahulu.

13. Jika begini caranya mereka menyelesaikan masalah rakyat, maka amatlah rugi jika rakyat memilih mereka untuk kesekian kali.

14. Pesan saya pada ahli parlimen pas kuala selangor ini, tolonglah untuk seketika menjadi manusia sedikit. Jangan diikutkan sangat kesumat politik yang tak berkesudahan.

No comments:

Post a Comment