Wednesday, May 18, 2011

SEMOGA TUN DR MAHATHIR LEKAS SEMBUH.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Saya dimaklumkan bahawa Ayahanda Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN kerana masalah demam dan batuk.

2.Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Ayahanda Tun Mahathir cepat sembuh, amin.

3.Berikut adalah kenyataan akhbar yang saya petik daripada Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 18 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara awal pagi ini kerana demam dan batuk .

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, Perdana Menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal kira-kira 6 pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah itu.

“Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada intensif. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu.

“Selain itu, doktor turut menasihatkan beliau berehat dengan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga ahli terdekat ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment