Tuesday, August 9, 2011

LAPORAN UTUSAN MENGENAI PROGRAM WAKAF AL-QURAN KE KEMBOJA.



KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pemuda UMNO dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) melancarkan Program Wakaf al-Quran dalam usaha menghantar 10,000 naskah al-Quran ke Kemboja.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program itu adalah bagi mengumpul dana RM400,000 bagi menampung kos pencetakan dan penghantaran kitab suci itu.

"Al-Quran dicetak dengan kerjasama Yayasan Restu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Pejabat Perdasama, di sini, hari ini.

Sohaimi berkata, Al-Quran akan dihantar ke negara itu pada Oktober ini dan dapat membantu kira-kira 500,000 orang Islam Melayu Champa di Kemboja yang menghadapi masalah kekurangan naskah al-Quran kerana kitab suci itu tiada dijual di pasaran tempatan.

Katanya, program itu merupakan kesinambungan penghantaran 10,000 naskah al-Quran, 200 naskah muqaddam dan 1,000 helai sejadah ke Kemboja oleh rombongan Kementerian Pertahanan dan Yayasan Restu, yang diketuai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 27 Julai lepas. – Bernama

2 comments:

  1. Good Idea. Tak semua pemimpin ada masa dan minat untuk melakukan perkara seumpama ini. Syabas dan tahniah kepada dato. Saya akan sentiasa menyokong dan mendokong usaha-usaha murni dato

    ReplyDelete
  2. tahniah pd bepu dn dato ss,jd contoh kpd ahli2 politik yg lain smada di pihak kerajaan or pembangkang.

    ReplyDelete