Kenyataan Media
Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai isu TALAM
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
1.
Isu pengambilalihan hutang TALAM dilihat cuba
diketepikan oleh pihak Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Beliau masih
lagi berdolak dalih mengenai isu ini dan sejak kenyataan saya yang terakhir,
tiada pihak yang tampil memberikan jawapan yang benar-benar meyakinkan semua
pihak.
2.
Sekarang ini pula, beberapa NGO telah
mengemukakan persoalan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
mengenai proses pengambilalihan hutang TALAM yang bernilai RM392 juta itu.
Jumlah ini begitu tinggi untuk ditanggung oleh PKNS dan Pengurus Besar PKNS, En
Othman Omar wajar memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor.
3.
En Othman Omar perlu memberikan penjelasan sebab
utama mengapa PKNS sanggup mengambilalih hutang TALAM? Padahal, semua pihak
tahu PKNS diwujudkan pada asalnya bagi membantu golongan tidak mampu untuk
memiliki rumah dan hartanah. Adakah agenda asal PKNS ini telah dipadam oleh
pihak Kerajaan Negeri? Bukankan Kerajaan Negeri pernah berjanji akan
menyediakan rumah mampu milik kepada Rakyat Selangor? Banyak manakah rumah yang
telah disediakan?
4.
Kenapa pula sekarang PKNS menjadi satu badan
yang berperanan mengambil alih hutang Syarikat Korporat dan mengabaikan
kebajikan rakyat Selangot yang masih lagi belum mampu?
5.
Saya juga ingin menuntut penjelasan dari pihak
En Othman Omar mengenai peranan terbaru PKNS ini?
6.
Jika ini merupakan satu peranan baru PKNS, saya
berpendapat juga adalah wajar untuk PKNS mengambil alih hutang-hutang individu
kurang mampu yang masih berhutang dengan PKNS. Ini merupakan langkah yang lebih
adil memandangkan PKNS sanggup mengambil alih hutang bernilai jutaan ringgit.
7.
Saya memohon agar rakyat Selangor dapat menilai dengan
objektif sikap Kerajaan Negeri yang tidak mengamalkan prinsip accountability
yang dilaungkan oleh mereka sendiri. Kenapa bersikap ‘double standard’ terhadap
hutang kepada PKNS? Akhirnya, siapa sebenarnya yang memutuskan untuk mengambil
alih hutang TALAM ini?
Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
No comments:
Post a Comment